Promosi Seumur Hidup October 2, 2009
Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.Tags: al-Islam, Tarbiyyah
add a comment
Ini bukan cerita promosi perabot. Hari raya dah masuk minggu kedua. Juga bukan promosi tiket kapal terbang AirAsia ke Old Trafford. Ia cerita pembugaran dan rejuvenasi kehidupan.
Sketsa Pagi Sabtu
“Ummi bawak plastik apa tu?”
“Ni haa.. ambikkan belon tuk Safiyyah. Tumix buat promosi, bagi perencah ajinomoto sekali ni”
“Bukan ke ajinomoto termasuk dalam barangan yang kita boikot?”
“….”
“Hmm.. dia nak promosi lah tu. Biasalah, mesti rugi banyak dah kene boikot. Nak kasi nama up balik, kenelah bagi percuma.. “
“Samalah apa-apa produk lain pon yang. Maggi, Bata, Colgate, Pampers… walaupon generasi seperti kita dah kenal dan melekat dah kat kepala sejak kecik lagi, belum semestinya generasi muda macam Safiyyah akan terus kenal produk produk tu. Kena selalu dan terusan dibuat promosi dan iklan. TV, media cetak dan sebagainya.”
“Kalau tak, boleh bungkus bisnes dibuatnya.”
Itu ceritera Sabtu lepas. Usai berbelanja barangan dapur untuk resepi rumah separa terbuka, kami berbual seperti biasanya. Dan seperti lazimnya, kehidupan yang berlalu pantas di depan mata harus disaling kaitkan dengan bisikan ruhiyyah. Kacamata agama pendeknya. Agar ia membekas kekal. Terpasak dalam akarnya, mengesani dan mempengaruhi lagak seharian.
Promosi Beragama dalam Kehidupan
Alaa.. abang Ngah dah besau panjang maknya. Dah masuk U pun. Takda apa nak dirisaukan lah. Pandailah dia jaga diri tu….
Sepertinya pernah didengar klise di atas. Bujukan si abah. Harapan dan kepercayaan menggunung yang dibahukan kepada anak kesayangan. Pun begitu, kepercayaan yang sedemikian kerap bertukar menjadi rengusan tak sudah. Didikan beragama yang seolah terhenti pada satu ketika mungkinnya kelak kan memakan diri. Saya kerap berhadapan kes seperti ini. Siswa yang kononnya sudah bijak mengatur urus kehidupan. Akhirnya tertewas kerana putusnya tarbiyah keTuhanan. Menyangka diri sudah mendap dan tepu dengan ilmu agama menjadikan mereka bersahaja dalam aspek keazaman memperbaiki diri setiap masa.
Hal ini tidak terkecuali buat sang dai’e. Agak dangkal meletakkan sangkaan anak-anak kita mampu terus thabat dalam jalan ini tanpa pantauan yang menyeluruh. Panji da’wah harus terus mapan berkibar dan seharusnya dipastikan semakin tinggi. Justeru, anak-anak kita ini tidak harus jemu ditarbiyyah selagi nyawa dikandung badan.
Kerisauan saya singgah tatkala melihat mutu pemuda pemudi Islam yang semakin sirna. Tragiknya, pabila melihat ayah berketayap putih dan ibu bertudung labuh. Masakan cetakan anaknya sedemikian rupa. Justeru, buat ibu dan ayah di luar sana, nasihat saya teruskanlah mengesani anak kita sehingga salah seorang di antara kita mendapat panggilanNya. Kerapkan, laburkanlah barang sesen dua menelefon anak mahupun ziarah bertanya khabar.Ia tidak sahaja untuk anak-anak, bahkan dalam konteks lebih luas meliputi timbal balik suami isteri, majikan dan pekerja, anak dan ibubapa.
Kita punya Harapan Besar
نُرِيْدُ دُعَاةَ مُسْلِمِيْن لَا مُسْلِمِيْن فَقَط
Kita mahu menjadi du’at (pendakwah) untuk orang Islam bukan menjadi orang Islam sahaja
Kita punya mimpi indah. Ingin melihat sinar Islam menerangi alam. Ini bukan cerita dongeng. Ia suatu kepastian yang dijanjikan. Makanya, kerjanya pasti menuntut komitmen yang tinggi dan tiada kesudahan. Sambung bersambung merentas generasi. Kita bukan memasarkan produk biasa. Kita punya jenama yang amat hebat cetakannya.
Promosi Islam tidak akan terhenti setakat tarbiyyah kendiri.
Promosi Islam tidak pula melambat tatkala rumahtangga Islam sudah tegak berdiri.
Tidak juga promosi ini terhenti tatkala masyarakat sudah mula memerhati simpati.
Perlu terus diperhebat tatkala khilafah sudah kukuh berpaksi.
Nah, jangan dilupa tatkala puas hati memamah diri, pastikan tragedi lama berulang kembali.
Ayuh sahabat yang saya kasihi, hidupkan promosi ke arah amal Islami tanpa mengira sempadan masa, geografi, dan generasi. Makin hebat si penjual, makin hebat penerimaannya. Bahu membahu, kukuhkan saf… ayuh kita martabatkan kembali produk ini kembali ke tangga asalnya.
Al-Islam Huwal Hal !!
Wassalam,
A.S.
Mencongak Hari Mendatang September 14, 2009
Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Sketsa Kehidupan.Tags: 2 Tahun, Safiyyah Khairah, Ulangtahun
add a comment
Kalendar Hijiriah menunjukkan 25 Ramadhan. Malam ini sahaja sudah 2 kali muntah. Tanda dah makin berumur agaknya. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan Safiyyah sekeluarga peluang memperhebat amal sepanjang baki Ramadhan 1430 Hijrah ini.
Genap sudah 2 tahun hijrah umur kita. Allah masih sayangkan Safiyyah. Muga ada ruang dan peluang untuk Safiyyah turut sama menyumbang kepada kebangkitan agama dan ummah yang tercinta. Moga du’a ummi dan abi melihat mujahidah sulungnya ini menjadi barisan penerus perjuangan da’wah menunjukkan hasil sedikit masa lagi. Ameen.
Hehe, jangan tiru aksi di atas jika acik acik sedang memandu. Tapi pada yang beralasan takleh solat atas keta tu, pikir pikirkanlah ye. Oh ye, dah 6 hari di minggu terakhir Ramadhan ni. Jom iktikaf!
“Usahlah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah Allah…“
Salam 2 Tahun
SKKR
Ayuh, Ketatkan Sarungmu!! September 9, 2009
Posted by ibnukhair in Tarbiyyah.Tags: 10 malam terakhir, Al-Qadr, Iktikaf, Ramadhan
add a comment
Dari Aisyah RA, katanya “Apabila masuk sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, Nabi SAW lebih giat beribadah malam-malamnya, beliau lebih tekun dan beliau mengetatkan kain sarungnya (menjauhi isterinya untuk lebih mendekati Allah SWT” - Riwayat Muslim.
Fajar 19 Ramadhan bakal menyingsing. Menandakan berbaki 10 hari Ramadhan mengambil kira percaturan festival Ramadhan kali ini hanya menghidangkan 29 hari sahaja. Buat mereka yang mengerti kalkulus amal, pastinya tiada perkiraan kali kedua tentang ikut sama berburu baki 10 Ramadhan ini.
Janji umpan al-Qadr yang sangat pasti adanya menjadi habuan sang pemburu. Sweetdream, hot coil, tilam herba mahupun katil spring 10 inci bakal berhabuk. Tawaran hebat yang entah kan dapat ketemu di tahun hadapan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya bukan suatu yang baru, malahan rempah kehidupan insan mulia yang kita kasihi, SAW. Lihatkan lagi pesan Aisyah R.A.
Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim
Buat mereka yang butuhkan suatu yang berharga, di sana perlunya pengorbanan. Buat mereka yang dambakan kasih Baginda SAW di hari kelak, di sana perlukan pembuktian. Buat mereka yang faham tentang gesaan hadith di atas, rumah kata pergi, baitullah melambai mari. Buat mereka yang kenal erti mati yang hampir dan hidup yang kurang pasti kan menjangkau 83 tahun, di sana adanya gambaran rahmat Ilahi. Oh, al-Qadr!

Saya ingin keluar berburu. 3 hari penuh dan bakinya terpaksa berkongsi dengan kesibukan duniawi. Ah, ruginya. Apapun yang 3 itu harus dioptimakan. Kalian kepingin? Apa tunggu lagi, siapkan perkakas mu, al wakt hual hayyah ya akhi!! Jumpa saya di sana.

Nah, tunggu apa lagi? Ketatkan sarungmu !!
“Memburu al-Qadr”
A.S.
Lajukan Langkahmu.. Jalan Masih Jauh! September 3, 2009
Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.Tags: Fastabiqul Khairat, Masa, Muhasabah
7 comments
Saya kira ianya fenomena yang agak memeritkan. Kebanyakan subjeknya orang kita. Orang kebanyakan menggelarkannya sindrom “orang Melayu”. Malahan, lebih memeritkan ianya turut menular pada jiwa mereka yang ingin berbuat kebajikan. Saya adakalanya begitu. Tulisan ini menuntut diri saya berubah. Jika anda terkesan, mari berubah bersama saya!
Tika pulang pasca Merdeka tempohari, kereta Kelisa tua saya menderu laju membelah angin pagi. 120 dan 130 menjadi nombor bidaan. Ada bicara butuhkan kesegeraan. Bergerak sesudah Subuh setelah peluk cium bersama keluarga tercinta. Tidak selalu pulang ke kampung. Makanya, waktu yang sedikit itu harus dioptimumkan agar abah dan emak tidak berkecil hati.
Mengetahui jarak jalan yang masih panjang dengan bebanan usaha untuk mengekalkan kesegaran sehingga destinasi yang dituju tiba mengkehendaki saya untuk bersedia awal. Mengetahui kepentingan untuk berada tepat atau setidak-tidaknya dalam lingkungan 15 minit (frasa yang tidak sepatutnya menghuni kotak minda) dari aturcara penganjur menjadikan otak saya ligat menghitung kelajuan dan baki kilometer perjalanan. Ia cerita tentang asimilasi kepentingan sesuatu objek, kejauhan capaiannya serta reaksi sikap saya terhadapnya.
*****
Kring.. Kring….
Saya mengerling ke arah OMNIA lusuh. Tertera jam 08:50 pagi. Waktu Malaysia.
“Akhi, berapa orang nak ambil?” ujar seorang (more…)
Selamat Hari Ulangtahun Ummi! August 31, 2009
Posted by ibnukhair in Aktivisma, Kampungku.Tags: Bersama Masyarakat, ISMA, Kampung
add a comment
Ummi.. Ummiiii…
Dikaulah ratu hatikuu….
Tiap kali dengar gemersik laungan merdeka.. tika itu menggamit perasaan rindu buat ummi saya yang comel ini. Dah setahun lagi meninggalkan hari muda. Doa Safiyyah di bulan yang terbuka hijab dan makbul segala do’a ini, muga Allah kurniakan barakah dalam kehidupan mendepan ummi, pertambahkan lagi taufik dan hidayah-Nya untuk terus memperbaiki diri di atas jalan da’wah ini, menjadi isteri yang lebih taat buat abi dan ibu mithali buat kami, dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk terus beramal dan semoga dipertunjukkan dengan segala macam jenis kebaikan dan dorongan kearah mengerjakannya. A’la kulli hal, muga Allah permudahkan. Thanks to acik Azie yang buatkan kek untuk Ummi..
Tahun ni, merdeka bersama yai dan nyai di Kampung One (Felda Tunggal, 1 in Malaysia). Huhu, lama tak balik, banyak dah berubah kampung abi ni. Pagi merdeka memecut balik ke Melaka untuk Seminar Fiqh. Sudahnya, melalak la Safiyyah kekurangan tido. Sorry la acik acik yang terganggu dengan sore gemersik kita eh. Sorry juga to abi, and ummi.. biasalah tu sindrom dak cute tak cukup tido.. thehehe…
Oh ye, nak promosikan banner program ISMA seperti kat bawah ni. Silalah kepada ammu dan acik dan sesiapa yang berminat mengejar pahala di bulan penuh barakah ni untuk menyumbang tenaga. Moga orang-orang kampung yang mendapat bantuan ni senantiasa mendoakan rahmat untuk para sukarelawan.

Kat Alor Gajah akan ada khidmat bakti membersihkan tanah perkuburan. Kat Melaka Tengah dan Jasin, insyaAllah gotong royong mengecat dan mengemas rumah terpilih. Bekal makanan kepada yang kurang bernasib baik juga akan diagih-agihkan. Secara kasarnya, dari jam 9 pagi ke tengahari di lokaliti seperti berikut
05 Sep: Alor Gajah
06 Sep: Jasin
13 Sep: Melaka Tengah
So, sesapa berminat leh kontek abi kita or ammu-ammu power rangers kat bawah ni
Ammu Aizat – 013-219 7270
Ammu Aizam – 013-6285880
Acik Amalia – 013-2668701
Jom. Berbakti kepada masyarakat!
“Ummah Didahulukan, Ukhuwah Diutamakan” **
“Eppy Besday Ummi”
SKKR
** pinjam tagline YM! ammu Azril
Chasing the Game of Ramadhan August 18, 2009
Posted by ibnukhair in Uncategorized.Tags: Analogi Kehidupan, Fastabiqul Khairat, Ramadhan
3 comments
“Chua, go go, tinggal bola tu.. biar aku baling..” teriakku lantang sambil langkah mengayun deras. Laju tapakku mengutip bola yang keluar padang. Separuh masa kedua berbaki 10 minit. Ketinggalan 1-2 kepada pasukan lawan bukanlah suatu yang diinginkan. Apatahlagi, tikamana ketinggalan seperti itu, masih mampu berjalan longlai mengutip bola. Itu mungkin. Mungkin hanya jika pasukanku mendahului lawan. Teknik melengahkan permainan. Pengaruh BPL barangkali…
Selaku general midfield di atas padang, tugasku untuk mengerah segenap ahli pasukan, kiri dan kanan, atas dan bawah terus berjuang ke titisan peluh terakhir terasa berat. Namun motivasiku cukup jelas. Kekalahan tanpa usaha tidak sama sekali. Terkadang mereka terlupa yang (more…)
Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H August 5, 2009
Posted by ibnukhair in Aktivisma, Umum.Tags: Ramadhan, Seminar Penghayatan Ramadhan 1430
2 comments
Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh… Allahumma balighna Ramadhan.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.
InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H tanggal 16 Ogos 2009 ini bertempat di Masjid Al-Azim.
Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka untuk bersama merasai (more…)







