jump to navigation

25 Ramadhan.. October 7, 2007

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

37. Jalan BBU 1/7, Tmn. BBU..

Kring kring….

Sudah kali yang 22 ummi mendail no. yang tertera di skrin tepon Motorola V3i, dan 22 kali jugalah deringan telefon itu tidak berangkat.

Tidak sedar ke abang ni, hmm..” getus hati Ummi, penuh kesabaran. Dan Ummi mencuba untuk yang ke 23 kalinya, penuh harap. Pagi 25 Ramadhan yang hening itu tidak mampu melenyapkan peluh yang menitik di dahi ummi. Kesakitan yang ditanggung sejak pukul 1 pagi semakin dirasai. Jam sudah menunjukkan pukul 2:35 pagi. Barang kelengkapan sudah tersiap sedia dihadapan pintu. Hanya deringan telefon yang masih belum terjawab…

Masjid MMU..

Entah kali keberapa Abbi menggulingkan dirinya, berusaha untuk melelapkan mata yang seakan tidak lelap. Malam ke 6 beriktiqaf dimasjid. Hari yang diwar-warkan sebagai hari Lailatul Qadr menurut teori falsafah Imam Ghazali. Tetiba, dirasakan seakan badannya bergetar. Digosok perlahan matanya.. Dalam malap lampu masjid, mata Abbi membulat melihat jam di dinding. Pukul 2:40 pagi.

2:40 pagi!!” Dengan tidak semena, abbi terus tersentak. Badannya yang dari tadi dibaringkan diatas permaidani biru empuk kini sudah bersandar di tiang kipas masjid. Hati abbi jadi tidak keruan, berpusing pusing mencari telefon bimbit miliknya.

“Zaujah Dearie” terpampang di skrin Nokia 1110i yang baru berusia 2 bulan itu. Cemas seketika. Tanpa lengah, beg oren koyak rabak kesayangan abbi dicapainya, dan tanpa sedar kakinya terus melangkah deras ke motorsikal yang diletakkan di belakang masjid.

Sorry sayang.. dah lama ke call? Abang balik sekarang eh… Sayang sesiap eh..” ujar Abbi seolah-olah telah faham apa yang berlaku, dan deruan Yamaha 110 memecah keheningan pagi…

Hospital Pantai Ayer Keroh..

Jam 3:30 pagi, ummi dan abbi sudah berada di labour room, menanti penuh cemas. Kumat kamit mulut abbi berdoa, mengharap permata Lailatul Qadr agaknya. Bidan cuba menenangkan. Maklum lah, kelahiran pertama. Abbi menemani ummi, dibacakan al-Maryam untuk cuba menenangkan ummi yang makin ketara sakitnya. Saranan bidan untuk abbi pergi balik bersahur seakan tidak kedengaran. Bersemangat abbi kulihat. Tidak henti-henti memberi kata semangat, sambil dibacakan tadarus Quran buat ummi. Merdu..

Sambil menunggu, siaran radio ERA ditukar ke IKIM FM. Pasti abbi nak kan permata kesayangan nya mendengar bacaan ayat suci dan nasyid indah yang kedengaran di corong radio. 5:15 a.m. …abbi mula menjamah kurma bekalan ummi, meneguk sesuap air suam. Mujur ummi sudah bersedia awal.

5:45 pagi..

Allahuakbar allahuakbar!
Allahuakbar allahuakbar!

Azan Subuh 25 Ramadhan berkumandang penuh semangat. Serentak itu, kedengaran esak tangis anak kecil. “Uwekkk… uweekk..

Alhamdulillah..bayi al-Qadr..” detik hati abbi, tenang menyambut kelahiranku. Bayi kecil seberat 2.18 kg itu ditatap penuh kasih, lahir menyahut seruan Ilahi. Keluar dari tidur dan rehat di perut ummi.. Bangun di kala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi setelah kenyang bersahur..

اَللّهُمَّ فَقِّهَا فِي الدِّين، وَعَلِمْهَا اَلتَّقْوِيل، وَهْدِهَا إِلاَ صِرَطَ اْلمُسْتَقِيم

Ya Allah, kurniakanlah pada diri zuriatku ini kefaqihan dalam urusan agamamu, kebolehan mentakwil dan dipertunjukkan jalan yang lurus..amin

Sesudah dibersihkan, abbi mengazankan dan mengiqamahkan ku. Tiada titisan air mata, namunku pasti jauh dalam lubuk hati abbi satu getar kesyukuran yang teramat sangat buat Rabbul Izzati atas kurniaan Ramadhan kali ini.

.: 07 Oktober 07 :.

Advertisements

Comments»

1. nurultiomanisland - November 6, 2007

berkat doa ummi dan abbi…
al-hamdulillah…
bayi sekecil ini lahir dengan selamatnya di dunia…
inilah safiyyah khairah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: