jump to navigation

Hari-Hari Yang Sukar… October 11, 2007

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Akhir ramadhan 1428H merupakan antara detik-detik yang menguji hidup Abbi dan Ummi. Ummi telah dibawa pulang sehari selepas melahirkanku. Namun, pulang Ummi keseorangan.. aku masih ditahan di wad pediatrik atas sebab kekurangan berat ketika kelahiran.

Baby terpaksa ditahan kerana itu baby ada kurang berat juga. Jadi, itu level glukosa ada rendah kerana pankreas juga ada kecik. So, kami kene tahan untuk monitor tahap glukosa baby” begitulah kata Dr Athi yang merawat ku..

Hari-hariku di hospital, terus-menerus diberikan susu botol. Kasihanku lihat Ummi yang bersungguh untuk menyusukanku, sanggup menahan sakit untuk datang menjengukku di hospital. Hari terus berlalu. Tangan dan kakiku kehitaman kesan cucukan picagari untuk memberikanku tambahan glukosa dengan bantuan cecair ‘hidrocot’. Entah bila penderitaan ini akan berakhir.

… 26 Ramadhan, 27 Ramadhan, 28 Ramadhan, 29 Ramadhan….

Pelbagai alasan sudah abbi berikan untuk membawaku pulang. Tahap glukosa yang meningkat juga masih belum menjanjikan alasan untuk membolehkanku keluar. Kesianku lihat Tok Wan dan Mak Usu yang datang dari Kemaman, masih belum dapat melihat wajah comelku sejak sampai ke Melaka. Esok, sudah Ramadhan terakhir. Mungkinkah Tok Wan akan beraya sehelai sepinggang di Melaka? Hmm…

Alhamdulillah, lewat petang itu Ummi dan Abbi dikurniakan ilham untuk menggunakan alasan masalah kewangan untuk terus menerima rawatan. Mujur kali ini doktor menerimanya. Esok pagi aku akan dipindahkan ke Hospital Melaka. Perjalanan pulang ke Kemaman masih berliku. Mungkinkah lulus permohonanku untuk bertukar ke Hospital Kemaman? Esok, Jumaat, 30 Ramadhan bakal menentukan…

Advertisements

Comments»

1. nurultiomanisland - November 6, 2007

betul-betul hari yang sukar…

moga berkat kesabaran ummi dan abbi ada hikmah di sebaliknya…

amin…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: