jump to navigation

Pulang ke Kampung ?? October 12, 2007

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Seawal pagi, abbi, ummi dengan bantuan Tok Wan sudah berkemas. Barang-barangku yang telah ummi siapkan berbulan yang lalu disusun rapi ke dalam but kecil Kelisa. Sedikit ceria terlakar di wajah Tok Wan.

Hmm.. dapatlah Wan dukung baby hari ni” bual Tok Wan sendirian.

Setelah sabar menunggu.. akhirnya aku mengucapkan terima kasih kepada misi-misi yang selama ini melayan karenahku. Wan mendakapku kemas, gembira menatap wajah kecilku dan terus membawaku menaiki ambulan yang telah disediakan [dengan bayaran RM60]. Sesampainya di Hospital Besar Melaka, aku didaftar masuk ke wad rapi kanak-kanak. Terus sahaja tanpa berlengah, abbi merayu untuk memindahkan rawatanku ke Hospital Kemaman. Namun, doktor sedikit enggan dan meminta abbi menunggu sehingga diberikan dos antibitoik terakhir. Ummi dan abbi sekali lagi pulang hampa.

Abbi optimistik. Hari Jumaat, hari penuh barakah. Hari yang didalamnya satu saat doa termakbul. Abbi sangat yakin hakikat itu.

Dari Abu Hurairah RA, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya pada hari Juma’at itu ada suatu saat, apabila sesorang Muslim memohon kebajikan kepada Allah pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan permohonan itu. Dan saat itu hanya sebentar” HR. Muslim.

Petang itu, abbi dan ummi kembali. Penuh mengharap, peluang terakhir. Alhamdulillah, perjuangan abbi dipermudahkan. Doktor membenarkan. Dalam diam, hatiku berdetik riang. Ini bermakna, aku akan memulakan perjalananku pulang ke kampung. Berpeluang mendengar takbir raya di Kemaman. Oh, alangkah indahnya.

Oh ya, dan esok aku tidak akan ber”aku” lagi.. Kerna esok hari yang ketujuh, dan abbi sudah pasti mencongak nama indah dan terbaik buat diriku …

Advertisements

Comments»

1. nurultiomanisland - November 6, 2007

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani…
semoga keluarga ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat
amin…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: