jump to navigation

“Eid Mubarak” – Safiyyah Khairah October 13, 2007

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

“الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ ِبعَقِيقَتِهِ، يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ، وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأسُهُ

Daripada Samrah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Bayi itu ditebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya” HR. Abu Daud.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil hamd…

Hari ketujuh melihat dunia seisinya. Hari pertama melihat rumah Tok Wan. Dan yang terlebih pentingya, hari ini hari kemenangan, Hari Raya Eidul Fitri yang pertama buatku. Abbi awal-awal pagi sudah bersiap. Merebut sunnah nabi untuk membersihkan diri di pagi raya. Diriku juga menanti untuk dimandikan dan dipakaikan baju baru 😀 Sambil itu, sabar menunggu kepulangan abbi.

Safiyyah Khairah..

Abbi terus masuk mencariku sepulangnya dari Solat Eid. Ditangannya tergenggam kemas sebiji kurma. Didakapku kemas.

Hari ini, abbi jalankan tanggungjawab abbi yang seterusnya. Abbi namakan baby sayang, Safiyyah Khairah” tutur abbi lembut sambil ummi memerhatikan. Senyum terukir.  .

 Safiyyah Khairah

Sejurus kemudian, mulut abbi terlihat kumat kamit mengunyah kurma. Dipastikan ianya lumat dan mampu dihadam untuk ditahnikkan (membelah mulut) buat Safiyyah. Dioleskan hingga ke lelangit dalam. Sambil itu, disertakan doa’-doa’ buat Safiyyah. Sungguh besar harapan abbi dan ummi. InsyaAllah, Safiyyah pastikan membesar sebagai mujahidah solehah.

Abbi bacakan kisah Safiyyah r.a, isteri Nabi Muhammad SAW. Isteri Nabi SAW yang cantik dan bijak. Seorang yang wara’, senantiasa menangis pabila melagukan ancaman dari qalamullah. Seorang isteri yang disanjung Rasulullah SAW.

Pagi itu, Safiyyah terima banyak kunjungan sanak sedara. Semua kata, “Tadelah kecik sangat, besar je tu“. Hah, tu lah, doktor tu takmo percaya. Safiyyah seronok sebab pakcik makcik bagi Safiyyah duit raya. Safiyyah nak simpan, nak bagi kat kengkawan Safiyyah kat Palestin. Ntah raya ntah idak depa tuu…Isk isk..

Haa, petang tu.. Abbi cukur rambut Safiyyah. Best woo… Cejuk sikit kepala Safiyyah. Hihi.. Pasti ini kali pertama dan terakhir Safiyyah botak. Safiyyah kan anak perempuan… :p Petang tuh Pak Long and Mak Long belah abbi datang melawat. Hmm.. caylah kengkawan, Safiyyah dah penat menulis, nak pie mandi sat.. Jumpe lagi..

Safiyyah lepas cukur

Upss, lupe plak… sebelum undurkan diri, Safiyyah, Abbi dan Ummi nak ucapkan Eid Mubarak!! Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Nanti kami nak buat majlis di Melaka. Kengkawan jemput datang ye :D. Ma’asalamah!!

Advertisements

Comments»

1. Kak Cat - October 30, 2007

Assalamualaikum…Tahniah di atas kelahiran Safiyyah Khairah! 🙂 Semoga Saffiyah menjadi anak yang solehah. Amin.

Eid mubarak dan maaf zahir batin gak! 🙂

2. ibnukhair - October 30, 2007

Salam Auntie Cat.. Masheh ye.. Eid Mubarok to Auntie sekeluarga.. Bila nak balik Malaysia and kasik duit raya kat raya kat Safiyyah ;D ?

3. sofea zulaikha bt mohamad azlan - October 31, 2007

-From sofea zulaikha to safiyyah-

nak kawan boleh??hahahaha

4. ibnukhair - October 31, 2007

Eid Mubarok Kak Sofea.. Boleh boleh… nanti Safiyyah boh link Kak Sofea kat tepi tuh eh.. Haa.. Kak Sofea dah pandai watper je?

5. nurultiomanisland - November 6, 2007

assalammualaikum…
abbi. ummi dan safiyyah…
nanti kalau dah bersedia nak buat open house jangan lupa jemput rakan-rakan yang jauh ni…
insyaallah ada rezeki pasti jumpa di melaka…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: