jump to navigation

Bila Safiyyah menulis.. October 31, 2007

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Salamun ‘alaikum rerakan sekalian. Lama tak update. Abbi pun lama dah tak jumpe Safiyyah, dah dekat 2 minggu dah, rindu abbi. Nanti, pas siapkan kerja abbi, Sabtu ni abbi nak ambil Safiyyah ngan Ummi bawak balik. yeay!! Upss.. alhamdulillah..

Hah, kengkawan nak tau kenapa abbi kita pilih nama Safiyyah Khairah tak? Safiyyah didefinisikan sebagai antara lainnya untroubled, serene, pure, best friend. Whereby, Khairah membawa erti ‘the best’. Jadinya, dalam bahasa ibunda, ianya boleh diterjemahkan sebagai ‘rakan sejati yang terbaik, ketulenan terbaik, keamanan dan ketenangan yang terbaik’. Ameen. Kedua-dua suku kata juga mengambil kira perihal muannas dan muzakkar agar tidak mencacatkan nahu Arabnya, demikian terang Ustadz Zaidi. Takpa, nanti dah besau Safiyyah belajau Arabic.

Berat Safiyyah pun dah bertambah. Alhamdulillah, berkat minum susu ibu. Susu ibu merupakan khasiat terbaik untuk bayi membesar sihat dan kuat. Hah dah macam pakar perunding laktasi pulak. Hehe..

Hari ini, Safiyyah nak berceloteh perihal kenapa dalam usia semuda ini, perlunya latihan untuk menarikan jemari samada dalam usaha penceritaan semula saat-saat masam manis kehidupan mahupun menjelmakan apa yang terlihat, terdengar, tersentuh oleh pancaindera dalam bahasa yang mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Salafus soleh mengibaratkan “setitis tinta lebih tajam dari mata pedang“.

Sungguh, anak-anak sebaya Safiyyah perlu dilatih untuk berdamping dengan softskill seperti ini dek menyedari bahawa adakalanya penulisan dari insan kecil ini mampu merubah persepsi dan menyentuh dalam hati-hati pembaca. Seperkara lagi, dengan menyemai habit menulis, kita secara tidak langsung memupuk kerajinan membaca, ketelusan memerhati kejadian Rabb yang amat indah, ketelitian mendengar butir bicara orang lain serta paling tidaknya mencetus satu polimik ‘keperibadian yang hidup’ yang mampu memberi erti pada insan disekeliling kita.

Hah, kengkawan tunggu apa lagi. Papan kekunci sudah berhabuk, tetikus dah tak sabar men’cicit’. Hmm.. lapar plak bila berceloteh bab akedemia ni, Safiyyah nak cari Ummi dulu cay. Kita jumpa lagi!!

Advertisements

Comments»

1. nurultiomanisland - November 6, 2007

satu nama yang sungguh unik…
sesuai dengan maksud serta sepadan dengan orangnya…
sejuk perut ummi yang kandungkan bayi ini…
berkat doa abbi yang sentiasa berada di samping ummi tatkala ummi di dalam susah mahupun senang…

2. Nurul Irra Binti Ab Wahid - November 7, 2007

smoga safiyyah menjadi insan yang brguna kpada bangsa, agama dan negara
ingatlah sgala pengorbanan ummi dan abbi safiyyah.

taniah diucapakan kepada puan tengku zunida kerana mendapat cahaya mata perempuan yang comel

3. ibnukhair - November 7, 2007

Jazakumullah Khair buat auntie Nurul (x2) ;p InsyaAllah, Safiyyah istiqamah untuk menjadi yang terbaik.

Jemputlah ke Melaka Sabtu ni ye..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: