jump to navigation

Berpendirian.. November 22, 2007

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Ape pulak celoteh Safiyyah kali ni eh? Mesti kengkawan nak tanya camtukan? Hehe.. Mari kita membaca!!

Safiyyah laa nie dok tau menangis je.. tu pun kalau rasa lapau ataupun pampers dah lombap. Tapikan, kelmarin Safiyyah dah pandai menyebut.. ahah agak agak kawan apa yang keluar dari mulut Safiyyah?? Punya la Safiyyah lapar, dok rengek, guling kiri kanan, orang tak boh layan, Safiyyah pun nangis seslow, datangla abi angkat Safiyyah, pujuk-pujuk. Lapar punya pasal, Safiyyah manalah makan pujuk, apelah abi ni 😀

Tetiba abi bagi idea, “lapar eh… panggillah ummi..” bisik abi.

Dalam tengah nak melalak tuh, Safiyyah pun test ar saranan abi.. “Ummiiiiiiiiiii… Ummiiiiiiii wekkk wekkk…” Terkejut muka abi. Apa lagi. Abi pun mengalan ar lagi,, “Panggill lagi panggil… sampai ummi datang…ummi.. ummi.. sebut..

Ummiiiiiiiiiii… Ummiiiiiiii wekkk wekkk…” Lucu la jugak bunyinya… sebab tengah melalak kan. tapi menjadi jugak taktik tu.. Ummi yang tengah sibuk memasak pun tersenyum menjengah, “Wah, dah pandai panggil ummi eh” Habis merah pipi Safiyyah ummi cubi-cubit. Thehehe.. takpelah janji dapat apa yang Safiyyah idamkan.

Apa kaitannya dengan pendirian? Sebenarnya semalam abi belik roti gardenia cekelat kegemaran dia. Sedar-sedar dah kena tambah 10 sen sebab harga dah jadik 60 sen. Bilalah masa pulak roti nie naik harga. Membebel la abi tentang hak pengguna. Bercerita kisah kepenggunaan jadinya. Merenung jauh sikap rakyat Malaysia yang acapkali melenting bila harga naik, tapi tup tup rileks je bila harga dah naik. Hangat-hangat tahi ayam.

Persoalannya, adakah gandum zaman tok nenek dulu kurang sedap berbanding gandum zaman Safiyyah ni? So, mengapa sekarang kene bayar lebih. Apakah sebabnya? Pernahkah kawan-kawan terfikir? Atau adakah minyak hari ini menjadikan motor lebih vroom dari motor kapcai Tok Ki zaman 70-an dulu tuh..

Mari kita kaji sikap kepenggunaan kita. Katalah ok,,, minyak and gandum tu keperluan harian laa Safiyyah. Nak boikot camna? Tapi mari kita sesama menyemak betapa ketelitian kita dalam memilih jenis barangan. Pendirian kita terhadap isu Palestin. Betapa kita menyedari kuasa kepenggunaan yang ada pada kita. Atau kita masih beralasan untuk tidak dapat hidup tanpa barang-barang yang akhirnya menyalurkan M-16, Grenade, Calliber, Rifle, Tanks dan sebagainya kepada Al-Yahuds laknatullah. Dan adakah kita hari ini masih mampu menutup mata, memekakkan telinga mendengar saban hari bedilan senjata terhadap insan tidak berdosa, saudara kita nun di sana. Dan ingatlah Sabda Rasulullah SAW, yang antara maksudnya,

Dan barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam (walaupun apa bangsa, warna kulit dan kedudukan) maka bukanlah dikalangan mereka ..

Boikot Israel

Justeru, kita perlu percaya yang kita ada peranan. Dan lebih dari itu, kita juga perlu yakin pada pendirian kita. Sungguhpun kita terpaksa menelan air liur melihat iklan pelbagai rasa di kaca TV. Apalah sangat pengorbanan kita untuk mengekalkan pendirian dengan menjadi seorang yang begitu teliti dalam pemilihan barangan harian. Apalah sangat untuk kita cuba memberi wala’ wal bara’ yang masih bersaki dalam diri ini pada orang mukmin. Mereka bertumpah darah. Mereka berkosong perut menahan lapar dahaga. Dan kita hanya perlu sedikit sensitiviti dan pendirian.

Tatkala mereka nampak oleh Jalut dan tentaranya, mereka pun (Thalut dan tentaranya) berdo`a: “Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir“. [2:250]

Dan pada Qalamullah itu ada bingkisan sejarah. Rentetan kemenangan orang Islam yang jumlahnya jauh sangat sedikit. Maka, adakah kita yang hari ini mencakupi 1/3 dunia masih mahu mengatakan “Apalah sangat kalau aku tak beli barang ni pun, depa kuasa ekonomi dunia, kuat sangat. Biaq orang lain je ar boikot!!

Dimanakah pendirian kita..

Advertisements

Comments»

1. ummy safiyyah - December 10, 2007

abby..letaklah gambar safiyyah banyak2..kawan2 safiyaah nak tgk..mana gambar safiyyah yg cute2 yg byk2 abby ambik dengan camera E0400 abby tue..

2. pencilboxradioactive - April 20, 2008

askum safiyyah:)

hmmm…coretan kali ni mmg terlalu dalam utk difikirkan:)
kalau kita sendiri menyokong israel..siapa yang hendak menolong umat Islam kan?

semoga saffiyah yang comel ini terus bersemangat ye:P


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: