jump to navigation

Salam Maal Hijrah 1429. January 11, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Assalamualaikum Warohmatullah,

Muga Allah merahmati kamu dengan keredhaan-Nya pada hari penghulu hari ini. lama dah Safiyyah dok update website. Sibuk belajar senyum, belajor borak-borak ngan ummi and abi.. sedar tak sedar Safiyyah dah masuk 3 bulan dah… alhamdulillah..

Dalam sedar tak sedar juga, ummat Islam seantero dunia memasuki fasa baru 1429 Hijriah. Satu era yang menuntut ummah bergerak lebih pantas, berfikir lebih luas dalam gelanggang globalisasi, dunia tanpa sempadan. Safiyyah dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 Hijriah. Kalau kita bilang-bilang, hitung-hitung, tahun Islam baru menjangkau 1429 tahun.. walhal takwim Masihi sudahpun lebih terkedepan, 2008 Masihi. Hmm.. tapi kenapa ye kengkawan Saidina Umar al-Khattab RA masih mahu memartabatkan bulan Islam dalam misi pengiraan hari, bulan dan urusan kerajaan. Mengapa tidak sahaja bisa digunakan tahun Masihi yang dikuasai dari peninggalan tamadun Rom dan Parsi. Kengkawan pernah fikirkan? Haa… jom- jom kita sesama fikir… 🙂

Oh ye, baru minggu lepas abi dok sibuk cerita pasal minggu peperiksaan di tempat kerja abi. Abi kena jadik invigilator, alaaa yang dok jaga orang buat exam tu. Dok round-round dengan gaya yang agak menggerunkan, gaya nak tangkap orang meniru dan sebagainya, supaya bebudak takut dan cocentrate jawab soalan. Haa, kalau kengkawan pernah masuk dewan periksa, sure kengkawan tengok muka pucat ditoreh tak berdarah, muka bersungguh-sungguh jawab periksa, dengan tangan kanan tak berhenti menulis dan tangan kiri dok tekan mesin kira-kira… 2 jam atau 3 jam yang begitu khusyuk.. ketakutan.. dan abi hanya berjalan menyeluk saku, adakalanya mengerling tajam pada bunyi merengus yang sesekali kedengaran. Adakalanya juga, para pemeriksa hanya duduk memerhati dari belakang dewan. Itupun mereka masih senyap, takut dicekup sekiranya berkelakuan mencurigakan. So, apa pengajarannya ye kawan-kawan…

Cuba pula kita bayangkan 2 malaikat yang famous namanya kita hafal sejak kecil lagi (kecil cam Safiyyah ni laa). Malaikat Raqib wa Atid yang kerjanya mencatat amal. Namun, pernahkah kita terlintas untuk mempamerkan ketakutan ataupun mungkin kesungguhan dalam gerak kerja kita atau mungkin pula berkira-kira dalam setiap langkah yang kita buat, agar tidak disergah malaikat yang 24/7/365 duduk di samping kita mencatat amal baik dan buruk. Kalaulah manusia boleh meletakkan keazaman mereka untuk takut dosa mereka tercatat dan juga mengejar ganjaran pahala yang terlalu mudah diperoleh lantaran percayanya mereka pada kehadiran 2 malaikat ini, seolah-olah mereka berada di dewan peperiksaan yang terbuka, yang senantiasa diperhatikan tidur mahupun jaga… fuhh nescaya majulah dunia ini tanpa sebarang kekacauan. Malangnya, mereka hanya takut dengan bayangan manusia …

Makanya wahai sahabat pembaca sekalian, setahun lagi takwim Hijrah sudah berlalu, genap setahun juga buku amalan kita sudah terekod. Entah apa prestasinya. Entah apa sumbangan kita pada agama yang kita cintai ini. Entah apa pula halnya dengan helaian dosa yang tidak terkira panjangnya. Justeru, tahun baru Hijrah bukan sekadar mengingatkan kita untuk sekadar mengalunkan melodi nasyeed 1 Muharram, bukan pula menikmati cuti awam yang diberikan kerajaan dengan menonton pelbagai siaran menarik yang dihidangkan, namun ia menuntut satu muhasabah tentang amalan kita yang lepas.

Sahabatku, kita berada di dalam dewan peperiksaan yang maha luas. Ke mana sahaja kita melangkah, ke sudut ceruk mana kita cuba menyorok, masih ada pemeriksa yang mahu mengikut.. Justeru, 1429 Hijrah ini, biarlah kita pasangkan tekad baru untuk berusaha memaksimakan amal-amal kita, berusaha mewujudkan qudwah pada diri kita agar dapat kita mempertontonkan pada masyarakat sekitar betapa indahnya hidup seorang individu Muslim yang takutnya hanya pada Allah yang satu.

Ok lah rakan-rakan, ramai yang komplen nak tengok gambor terbaru Safiyyah yang kiut miut ni..thehehe. Ha, nilah komplikasi kamera hasil usaha abi yang asyik dok sempat dek mengejar masa yang senantiasa terisi. Bak kata ummi “Ambek gambor dah banyak, bilenye nak upload bi 😀 ”

safiyyah-4-month.jpg

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: