jump to navigation

Selamat Hari Ulang Tahun abi!! January 22, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

birthday-abi-2.jpg 

Hari ini, 22 Januari, tanggal Khamis keliwon mengikut kalendar masyarakat Jawa kira-kira 27 tahun yang lalu, terdengar tangisan bayi comel di sebuah kampong terpencil di Pontian, Johor. Itulah abi Safiyyah. Alhamdulillah, abi dikurniakan lagi kesempatan menghirup udara segar di Subuh tahun ke-27 Masihi hayatnya…. Segala kesyukuran dan puji-pujian buat Tuhan yang menciptakan sekalian alam.. meh kita dengar tazkirah abi..

Melangkah ke alam 27 tahun memberi makna yang besar. Menukilkan kisah 26 tahun lalu yang penuh liku, dugaan, godaan dan yang seumpamanya. Entah pahala entah dosa yang mendahului. Entah apa dan berapalah pula sumbangan yang telah terlukis di atas peta ketamadunan Islam sejagat. Acapkali juga, umur yang bertambah mengingatkan kita untuk bersyukur seadanya atas nikmat dipanjangkan hayat. Sekerap itu jugalah kita memungkinkan diri kita untuk terus melupai satu hakikat yang pasti. Tikamana masa yang berdetik semakin laju dan nafas yang dihirup semakin pendek dek umur yang semakin menghampiri ajal yang sudah tersurat. Apalah agaknya kesudahannya….

Dari Abu Hurairah R.A., katanya, Rasulullah SAW bersabda; “Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati, dan jangan pula mendoakannya sebelum mati itu datang sendiri. Kerana apabila kamu telah mati maka terhentilah kamu dari beramal. Sesungguhnya, bertambah panjang umur seorang mukmin bertambah pula kebaikan yang dapat diperbuatnya“. [HR Muslim]

Justeru, Safiyyah dan ummi mendo’akan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat buat abi. Muga amal kebajikan semakin bertambah baik dari hari ke hari, bak mafhum hadith, amal yang Allah sukai adalah amal yang sedikit tapi berterusan. Muga muhasabah diri di kala umur semakin lanjut ini menjadikan motivasi abi jauh lebih tinggi dalam usaha menginfaqkan diri mendidik ummah. Muga hayat abi yang mendatang terisi dengan rahmat kebaikan Allah SWT. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian dunia dan akhirat seperti yang selalu didoakan oleh Rasulullah SAW,

اَللَّهُمَّ اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلاََخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Allah! Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, serta hindarlah kami dari siksa api neraka.

Oh ya, sebelum Safiyyah terlupa, Safiyyah nak ucapkan tahniah buat Pak Long dan mak Long belah abi yang menerima kehadiran orang baru tanggal 17 Januari yang lalu. Tak sabau nak keluar dah, tak sempat nak sambut sama ngan abi nyer birthday.. hihi. Hah, Pak Long bila nak bawak Khair Isyraf datang Melaka? Bleh Safiyyah buli-buli sikit ;D. Cay Pak Long, jaga baby tu bebaik tau…

Buat abi yang tersayang, Selamat Hari Ulang Tahun ke-27!! Muga Allah kurniakan umur yang barakah, kesihatan untuk beramal dan diperluaskan rezeki. Ameen ya Rabbal alamin….

Pen off..

Advertisements

Comments»

1. ummy safiyyah - January 23, 2008

Heppy besday to abi..kalau kawan2 safiyyah nak tahu..safiyyah dan abi belum mandi lagi tau..tapi ummy dah kejut safiyyah sbb nak potong kek abi..ummi nak gi keje..so ummy sorang jer dah mandi..thehhe untuk abi semoga panjang umur dan murah rezeki..amin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: