jump to navigation

Demam yang panas… February 5, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Cuaca yang tidak keruan kebelakangan ini agak menyukarkan. Masuk hari ini, sudah lebih seminggu hidung Safiyyah berhingus. Kesukaran bernafas semakin menjadi-jadi dengan hadirnya pakej demam dan batuk sekaligus..

Kasihan Safiyyah lihat ummi dan abi yang tak lena tidur, bersengkang mata menjaga Safiyyah. Dengan muntahnya, karenah tidak mahu menelan ubatnya, apetahlagi rengekan akibat sukar tidur. Oh, alangkah besarnya jasa ummi dan abi.

Safiyyah mendo’akan agar ummi dan abi senantiasa dikurniakan kekuatan untuk saling membantu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Dalam kepenatan menjaga Safiyyah, agar tidak juga melupai tanggungjawab mereka mendidik ummah menjadi insan rabbani. Agar kesibukan melayan karenah Safiyyah ini tidak pula menjadi penyebab kelalaian mentaati perintah Allah yang teramat pentingnya itu.

Jauh disudut hati ini, sangat berharap agar dikurniakan hati yang senantiasa menginginkan ketaatan buat kedua-dua insan yang banyak baktinya dalam hidup Safiyyah yang baru se”empat bulan” jagung ini. Begitu juga dengan rakan-rakan diluar sana. Adakalanya kita acapkali melupakan penat jerih insan yang bergelar ibu dan ayah, ummi dan abi, mama dan papa. Walhal, tidak pernah kita rasai kepenatan, pening duka mereka, kasih sayang dalam kesibukan harian dan pelbagai macam lagi.

Janganlah kita menjadi seperti kaum-kaum yang tercela dalam kitab suci Allah. Yang ingin selalu disuakan bukti, namun tidak pernah pula bukti itu menambahkan iman mereka. Justeru, tidak juga perlu kita menunggu saat ketika kita bergelar ibu dan ayah, barulah kita cuba-cuba merasai apa yang ibu dan ayah kita lalui. Cukuplah dengan rentetan sejarah, penulisan, teguran seorang yang bergelar ayah dan ibu. Mereka telah melalui jalan ini dan hanya berpesan sekadar mungkin untuk melihat anaknya jauh lebih cemerlang.

Buat rakan-rakan juga diri ini, marilah bersama kita beriltizam untuk mentaati kedua orang tua. Safiyyah juga mengharapkan do’a rakan-rakan agar cepat sembuh dari sakit yang menguji  ini. Muga sabar ummi dan abbi dikurniakan balasan seadanya oleh Rabbul Izzati…

“Allahumma fighli waliwalidaiya warhamhum kama rabbaiyani saghigha….”

 Ameen….

Advertisements

Comments»

1. muadz - February 5, 2008

aslm, khair, ape cerite. ni ana muadz as-sotoni. dah ade anak dah, alhamdulillah.. semoga sihat2 selalu!

2. ibnukhair - February 6, 2008

Salamun alaik ya akhi…

Kaifa hal? Ana bi khair alhamdulillah… Tungge enta balik, nak bawak Safiyyah berubat dengan Dr. Muadz 🙂 So, dah sampai kat Malaysia belom.. Kontek ar ana at khair at ismamelaka dot net


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: