jump to navigation

Al-Imtihan May 14, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

 

Kira-kira 5 tahun yang lalu, dialog ini tidak pernah lekang dari mulut saya… Setibanya musim peperiksaan..

Eh, dah pukul 12 lah, saya minta diri dulu, nak balik mandi then nak solat and get ready for exam! Exam kul 2:30… Gudluck eh! 

Ataupun… tika azan Subuh berkumandang…. DI pagi hari peperiksaan..

“Hmm.. Subuh subuh.. Mandiand solat..then boleh belek mana yang patut.. Kan ke Allah kabo waktu ni paling afdhal kalau nak baca 🙂 “

Dan kemudiannya, bekas alatulis dipastikan berisi lengkap, pen dan pensel dicuba uji… liquid paper juga tidak ketinggalan.. Pembaris, ID, Exam slip… oh ye… kalau ada apa apa hajat.. releasekan dulu.. then kemudian berwuduk…. Langkahan kaki mula diorak tatkala kewajipan sudah tertunai, Tenang… diiringi doa dan ulangan al-Insyirah.. Mohon dipermudahkan…

Itu saya, anda bagaimana pula?

Musim peperiksaan kini menjelang kembali. Rata-rata pelajar IPT sehariannya berperang dengan masa… Menelaah buku tidak kira di mana… Dahulunya saya juga berada ditempat mereka, merasai perit jerih memerah minda.. Hari ini, masih juga di medan periksa, namun mungkin mejanya sahaja yang kurang serupa.. Perspektif seorang penjaga peperiksaan gelarnya.. Saya mulain bicara dengan serangkap pertanyaan yang memerangkap…

Tidak segankah kamu menggelarkan diri kamu seorang engineer… sedangkan diri kamu belum diuji dengan peperiksaan untuk kertas EEM1026 – Engineering Math II atau mungkin EHM3066 – Engineer and Society ? – Mr. K

Al-imtihan.. ujian.. periksa… penilaian… Satu kosa kata yang mencengkam minda.. Apapun gambaran yang cuba diberi, saya secara peribadi merasakan, setidak-tidaknya mula merasai, yang ianya merupakan satu sinopsis ringkas, gambaran awal hari penilaian yang digembar-gemburkan dengan bayangan membolak balik dan menggerunkan dalam kalimat Allah yang kemas dan padat. Didunia ini sudah butuh ditunjukkan bagaimana persiapan sesorang manusia dan hasil natijahnya berdasarkan persiapan peperiksaan yang mereka lakukan. Sudah 2 hari menjaga periksa… Dan 2 hari juga dipampangkan pelbagai karenah manusia yang berelar pelajar.. Maka tontonan itu bakal berlalu begitu sahaja kiranya ianya tidak dianalisa dengan teliti.. Apakah pengajaran yang boleh diperolehi… Antara rentetan aneh yang mungkin dapat dikongsi..

  • Subjek A yang kelihatan relax dan cool.. tidak membawa apa-apa… Sekadar meminjam rakan di dewan periksa..
  • Subjek B yang hanya membawa sebatang pensel. Tiba-tiba penselnya tidak boleh berfungsi……
  • Subjek C yang membawa peralatan lengkap.. tapi kelam-kabut bile dijerkah tentang ID dan exam slipnya….
  • Subjek D yang kalut membaca di depan pintu masuk… dan masih membelek tikamana sudah dibenarkan masuk ke dewan periksa…
  • Subjek E yang begitu bersedia. Matanya bercahaya. Mulutnya terkumat-kamit dengan doa. Bibirnya mengukir semyuman. Tangannya erat menggenggam beg alatulis yang lengkap tersedia…

Sekali lagi saya tanyakan, anda bagaimana? Atau anda kepingin menjadi subjek yang bagaimana? Soalan itu bukan satu persoalan ringkas yang jawapannya berakhir tikamana kertas terakhir terjawab. Namun, ianya merupakan kesinambungan dan realiti perspektif kita terhadap ujian itu sendiri. Bagaimana perasaan, pengharapan dan perjuangan kita tika berdepan dengan ujian kita di dunia ini merupakan satu refleks terhadap perjalanan kita yang tidak tentu titik noktahnya…   Saudaraku,kita bisa menjadi insan yang realiti luarannya kelihatan agak tenang [tapi menyesakkan orang disekeliling]… Juga bisa kita menjadi orang yang ambil ringan atau tidak ambil pusing tentang apa yang patut kita persiapkan pabila menuju ke medan periksa… Mungkin juga kita rasa sudah cukup bersedia, walhal kita adakalanya agak cuai dan terkadang terlupa beberapa benda yang agak penting dibawa bersama… atau mungkin juga kita jenis yang suka bersedia di akhir garisan bila fenomena yang menguji itu mula menampakkan dirinya secara fizikal …. Nah, fikir-fikirkan….  

Do’a saya….   Muga kalian semuanya memilih dan telahpun menjadi insan yang digambarkan dalam gambaran terakhir… Sudah bersedia secukupnya.. Bersedia diuji dengan hati yang tenang.. Memeriksa seawal mungkin peralatan peperiksaan dan membawa persiapan yang lengkap…. Dan mudah-mudahan dikurniakan Allah kecemerlangan seperti yang dijanjikan…  

Saudaraku, seriusnya kita dengan peperiksaan di dunia menjelmakan keseriusan kita tentang urusan periksa kita di Yaumul Mashar kelak. Seriusnya kita dengan persediaan yang kita lalui merupakan antara peratusan kecil sebagai batu penanda penerusan kesediaan kita untuk menghadapai soal jawab besar di hari yang amat dasyat itu… Dan ianya perlu diusahakan… tidak pula ia datang dengan sendiri tanpa sedar…  Maka bertatihlah dari sekarang.. Biar latihan itu menjadikan kita insan yang serius dalam tawanya…Muga seriusnya kita itu mendidik kita untuk melakukan persediaan secukupnya dalam keadaan sedar menghadapi ujian yang hakikatnya senantiasa berjalan dengan putaran saat jam…  

Persoalan awal saya mungkin hanya berkisar kisah perjalanan kitar hidup seorang engineer atau pelajar umumnya yang mana mereka perlu diuji dan berdepan pelbagai jenis penilaian. Namun, hakikatnya, Allah telah memperingatkan kita dengan persoalan yang lebih jelas dan dalam.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” [QS 29:2]  

Soalan yang sepatutnya menghadirkan saat cemas dan kurang senang. Dek kerana tidak pernah menguji dan diuji imannya… atau mungkin dek kerana iman yang tidak layak digelar iman justeru langsung menidakkan ujian itu dari diteruskan… Oh, alangkah malangnya…

Wahai saudaraku, tulisan ini sekadar memperingati diri sendiri dan pada mereka yang ingin diingatkan. Bahawasanya, kita senantiasa setiap saat tidak lekang dari pemerhatian pemeriksa. Yang kita sedang berada dalam medan peperiksaan yang menguji. Muga dengan hadirnya perasaan yang sebegitu, menjadikan kita serius, cukup serius dan teliti dalam menterjemahkan perkataan dan segala macam bentuk perlakuan… dan juga cukup bersungguh-sungguh menambah ilmu dan amal. Agar kita punyai sesuatu untuk dipertahankan … tikamana tiada siapa yang mampu membantu, kecuali amal kebaikan…

Muga diri ini dan kalian senantiasa dikurniakan kekuatan untuk menempuhi ujian hidup… 

Allahu’alam..

Tinta Hati,
Abu Safiyyah

Advertisements

Comments»

1. pencilboxradioactive - May 16, 2008

kepada mr murobbi..:P

selamat hari murobbi saya ucapan..:D


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: