jump to navigation

Buat Sang Murabbi, Selamat Hari Pendidik ! May 16, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Hari ini pastinya setiap sekolah di Malaysia riuh rendah. 16 Mei… tarikh istimewa buat mereka yang bergelar pendidik.. Safiyyah tak perasan la plak whether kat TASKA Safiyyah hari ni ada majlis sambutan ke idak. Anyway, Safiyyah ucapkan selamat hari guru kat cecikgu Safiyyah

Abi bagi Safiyyah link ni.. Kengkawan abi di Indonesia buat. Sangat menyentuh hati. Safiyyah tau abi cuba sedaya upaya berusaha ke arah itu. Jauh di sudut hati, Safiyyah do’akan agar abi (dan juga ummi) dikurniakan kekuatan dan istiqamah yang tinggi dalam meneruskan kerja para Rasul, Nabi dan syuhada’. Muga kerja abi yang mulia ini dikurniakan Allah balasan yang setimpal kelak di hari dimana tiada siapa yang mampu memberikan pembalasan melainkan Dia. Wahai abi sayangku, teguhkan azammu, deraskan kayuhan langkahmu, kosongkan kocekmu, rendahkan suaramu, maniskan senyumanmu, dekati, kenali dan ajari mereka (dan juga anakmu ini) agar kami bisa membangun selaku generasi Robbani buat menterjemahkan suara Ilahi di muka bumi ini.

Buat para murobbi yang berada bertebaran di atas muka bumi ini, buat ‘ammu da ‘ammah samada yang mengenali Safiyyah mahupun tidak, kuatkan semangat kalian, teruskan perjuangan murni kalian, baton tarbiyyah ini harus diduplikasikan sebanyak mungkin. Hanya keterusan tarbiyyah yang mampu menjamin kelangsungan hidupnya api perjuangan yang tidak kunjung sudah ini. Selamat Hari Murobbi Safiyyah ucapkan buat kalian.

Oh ye, Safiyyah juga ada baca laman blog coretan tante Aida tentang insan yang digambarkan dalam klip di atas [http://aidasayangkamu.multiply.com/journal/item/39]… Murobbi yang sangat berwibawa.. alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi insan seperti itu, yang hidupnya diinfaqkan untuk menyedarkan ummah yang kian hilang arah tuju. Yang kesungguhan dan keterpeduliannya amat mengujakan.

Buat para pendidik, ikhlaskan niatmu mendidik, agar para rijal wa nisa’ asuhan kalian bakal terisi bukan sahaja minda geniusnya malah hati insani mereka. Agar para penyambung generasi kemudian tidak gersang hanya memandang kerlipan kemewahan duniawi malah mampu menyimpul tujuan hidup mereka dalam satu frasa yang lebih lengkap, mempergunakan medan duniawi sebagai jambatan untuk akhirat yang kekal abadi.

Sekali lagi, buat para Murobbi.. Pasangkan tekadmu, perjalanan masih jauh, namun yakinilah al-Haq pastikan menang. Safiyyah dedikasikan nasheed dari Munsyid Izzatul Islam buat semua pendidik dan yang teristimewa pendidik peribadiku, abi dan ummi …Selamat hari Murobbi !!

Lirik Nasyid “Izzatul Islam – Sang Murabbi”

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Nukilan Hati
Safiyyah Khairah Khair Razlan.

P/S: Al-Fatihah buat ammu Hamdan atas pemergian Nenda nya (http://khallys.blogspot.com/) Muga beliau ditempatkan bersama insan-insan soleh yang mendapat rahmat syuga Allah SWT.

Advertisements

Comments»

1. salmiah - May 16, 2008

sir,
kalau sir ade cite sang murabbi tu,boleh passing kat saye jugak sir? 🙂

2. ibnukhair - May 16, 2008

Salam makcik Salmiah, boleh aja… Tapi auntie join laa makcik pencilboxradioactive pergi Liqo’ Usrah.. baru ada feel tengok sinetron Sang Murobbi nie… 🙂 – Safiyyah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: