jump to navigation

Keterpedulian.. May 18, 2008

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
trackback

Kring kring….

Abi bingkas mencari Nokia 1150 tua nya.. Ntah mana diletakkan…

Ummi   : Abi, Safiyyah kene cakar…
Abi       : Hah! Kene cakar tang mana? (Arteri pulmonary mula mengepam darah dengan agak pantas)
Ummi   : Kat pipi dia ni… Ada budak lain cakar..
Abi       : Panjang ke .. Berdarah? (Muka sudah agak merah padam… Geram? Mungkin..)
Ummi   : A’aa.. berdarah.. adalah panjang jari..
Abi       : Uiks.. pnjang jari.. panjang tu.. Safiyyah tak nangis ke? Akak TASKA tu kabo ape?
Ummi   : Dia minta maaf.. Safiyyah tak nangis.. Bukan panjang jari bi, panjang kuku ni…
Abi       : Oh, panjang kuku.. kira cam kene cocok gituh ar ye… Hmm hmm…

Hai kawan kawan…. Safiyyah back!! Dah lama tinta tidak menarikan rentak, maklum lah.. sekarang Safiyyah ngan Ummi kat Shah Alam. Dah 3 minggu tinggalkan abi keseorangan. Ummi ada kursus. Kursus nak jadi pengajar. Ha, Safiyyah dah pun wish “Selamat hari Murobbi” kat ummi dan abi dalam entri yang lepas. Hai, apalah yang abi buat sengsorang tuh ye.. makan ke idak tu?

Bila imbau balik perbualan abi dan ummi 2 hari yang lepas, ada sesuatu yang Safiyyah ingin kongsikan pada kawan-kawan. Ia mungkin dilihat sebagai satu detik perbualan yang agak cemas, hmm mungkin juga ada pengkritik bebas kat luar sana yang berpendapat ia adalah satu fitrah semulajadi seorang ayah mahupun ibu untuk menonjolkan kerisauan dan kerungsingan mereka tatkala anak mereka (apatahlagi baby kiut cam Safiyyah ni ;p ) dicederakan…. Apa pula perspektif kaca mata Safiyyah ? Nak tahu.. teruskan membaca..

Lihatlah betapa indahnya fenomena ciptaan Allah yang Maha Agung, mencipta dan melemparkan secebis perasaan “keterpedulian” seseorang kepada sesuatu subjek kesayangan samada subjek bernyawa mahupun tidak. Mahu tidak mahu kita terpaksa menelan hakikat yang selagi mana kita bergelar manusia, kita tidak dapat lari dari fitrah itu. Fitrah geram melampau tatkala kereta Persona yang baru berumur seminggu dicalarkan samseng jalanan yang tidak dikenali.. fitrah keluh kesah bila mana kasut but Timberland yang baru keluar kotak dikebas di perkarangan masjid.. fitrah keserabutan perasaan tatkala melihat handset PDA Touch II menyembah simen dari atas katil 2 tingkat.. fitrah sedih berkecamuk sejurus mendengar panggilan telefon mak jatuh sakit di kampong….

Fitrah ini merupakan antara perbezaan unik yang hanya dimiliki oleh insan yang bergelar manusia berakal. Namun, ada sesuatu yang tidak kena bagi seorang yang bergelar Muslim bilamana semangat keterpedulian yang Safiyyah maksudkan ini hanya terbatas kepada subjek sepertimana yang tertera …

Malanglah buat kita insan Muslim khasnya dan ummah ini secara tidak langsung kiranya semangat keterpedulian itu dipagari oleh satu perspektif keduniaan semata. Ia seharusnya menerjah keluar menerobos satu dimensi yang lebih luas. Kiranya kengkawan membaca dengan mata hati, cuba jawab soalan Safiyyah ni…

“Apa perasaan kengkawan tatkala perasan telah meninggalkan solat dalam waktunya?”
“Apakah perasaan kita tatkala melihat rakan-rakan disekitar asyik menonton Euro2008 dan tidak mengendahkan azan Subuh yang berkumandang?”
“Apa pula perasaan kengkawan bila mendengar berita kematian saudara yang jauh beribu batu nun di Palestin dibedil Apache Israel laknatullah?”
“Perasaan anda bila sedar telah menaikkan suara tikamana berbicara dengan ibu tersayang?”
“Perasaan anda bila membaca omelan, teguran, amaran, nasihat, panduan oleh Rabbul Izzati dalam kalam Al-Quran”

Agak-agak kengkawan lah kan, masih bersisa ke perasaan keterpedulian di dalam hati kita laa ni? Andaikata kita berjaya mengalihkan atau setidak-tidaknya mempunyai satu tahap keterpedulian yang sama tikamana anak yang disayangi terluka dengan apabila akidah kita dan saudara kita dicemari… oh alangkah indahnya… Satu perasaan spiritual yang agak kompleks untuk menggambarkan sikap ambil berat kita pada agama ini. Sikap yang mempunyai kaitan langsung dengan keberjayaan dan keterlaksanaannya perintah Allah di muka bumi ini.

Cuba sahaja bayangkan kiranya kita masing-masing mempunyai sikap ambil berat yang luar biasa tentang akidah imaniyah diri sendiri, tidak cukup dengan itu, turut sama membantu rakan-rakan, sahabat handai, sanak keluarga, saudara taulan, rakan sekerja, dan sebagainya dengan menyuburkan amalan nasihat-menasihati tentang pandangan dan kiraan neraca Allah SWT… ditambah lagi dengan menyemaikan sikap “ambil port” dengan isu ummah dan antarabangsa di seantero dunia… Rasa-rasanyalah kan, dengan suburnya semangat ambil peduli dengan akidah sendiri dan saudara seagama kita, ada tak orang yang berani memperlekehkan agama Allah ini dan juga penganutnya?

Hai, kengkawan nampak ke skop “keterpedulian” yang Safiyyah kupaskan ni? Takut tinggi sangat pulak lughoh bahasa Safiyyah ni (kita baru 7 bulan laa.. thehehe) Susah ke nak terjemahkan ia ke alam realiti? Meh kita tengok apa pendapat Allah SWT.

Tidak ada suatu keberatan pun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku, (yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. [33: 38-39]

Tengok tu kengkawan, Allah janji tuu.. Fuhh, sangat pasti. Allah tak menipu tau. Jadi, nak ikut sunnah Nabi ke idak kita ni ? So, meh le kita sesama berganding bahu menyampaikan risalah Allah sebagai penerus agenda kenabian, memperbaiki ketamadunan ummah. Pamerkan sikap ambil berat yang luar biasa terhadap akidah imaniyah diri sendiri dan insan yang di sekeliling kita. Pampangkan rasa kurang senang dan tidak boleh duduk diam tatkala melihat iman bergoyang mengikut arus yang deras menentang. Hanya itu sahaja jalannya mengembalikan ummah yang dalam kefasadan. Muga ketakutan kita hanya pada Allah yang satu. Natijah usaha kita ini wajarlah kita kembalikan pada Dia, yang Maha Menghitung.

Allahu ‘alam
Safiyyah Khairah

P/S: Takziah buat ‘ammah Salmiah (anak murid abi) yang kehilangan abinya semalam. Muga ‘ammah dikurniakan kesabaran dan keteguhan hati menghabiskan sisa baki peperiksaan yang tinggal. Al-Fatihah.. Muga ruh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Advertisements

Comments»

1. Mr Aiman - May 21, 2008

Syabas my brother!!!

I’ll support on you… keep it up k…

2. Anonymous - May 27, 2008

[…] Keterpedulian.. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: