jump to navigation

Hal Exam lagi… [Episod Satu] May 23, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Salamun alaik.. Invigilator exam hari terakhir.. Apa yang saya dapat buat semasa menjadi pengawas peperiksaan. Berjalan dengan muka garang dengan kedua-dua belah tangan terhunus didalam poket seluar, menjengilkan mata ke kiri dan ke kanan, memerhati subjek-subjek peperiksaan yang pelbagai karenahnya…

Hari ini, saya kongsikan beberapa pemerhatian.. Kali ni, tulisan di belakang baju (pelajar lelaki ye).. Konotasi yang agak menarik, dipersembahkan dalam beberapa rumus algebra yang agak lucu. Amati hasil kreatif kes pertama…..

I will always remember..

1. Lecture = (Boring + Sleepy) / Break ; where break is minimum
2. Quizzes = Open book + Discussion
3. Assignment = copy (1 + photo) x last minute work
4. Exam = (cradle to the grave)2
5. Group study = (waiting for members) AND (study + play + talk + snacks + ‘watch’)

Apa pendapat anda? Perhatian saya terus tertumpu pada konotasi keempat. Dimana peperiksaan diumpamakan seperti satu kerangka yang akhirnya membawa ke kubur. Kuasa dua lagi tuu… Satu gambaran dan sentuhan rasa yang dasyat tentang peperiksaan. Jika anda perhatikan diri anda dan rerakan di sekeliling sebelum, semasa (terutamanya) dan selepas peperiksaan, pasti anda sedikit sebanyak bersetuju tentang adanya gambaran awal hari pembalasan yang digembar-gemburkan dalam siri-siri awal surah-surah Makkiyah.

Bagaimana pelajar yang selalu mendapat markah kelas pertama begitu beriya dengan persediaan diri, minda dan materialnya, serius ketika peperiksaan hasil usaha sedarnya. Bagaimana pula pelajar yang kurang persediaan menoleh ke kiri dan ke kanan, satu perasaan keluh kesah, mengharapkan sentuhan dan lenggok keramat dari rakan-rakan yang duduk berdekatan untuk memberikan hint jawapan atau setidaknya menghadirkan sedikit rasa lega. Dan natijah akhirnya, mereka yang hadir dengan tenang ke medan periksa keluarnya juga dengan mata yang agak bercahaya, manakala rakan yang tak habes bacanya keluar memaki hamun lantaran yang dibaca tidak keluar soalannya.

Berkenaan hari penilaian kita kelak, Allah menanyakan kepada kita siapakah golongan yang terlebih baik dalam firmannya,

Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [41:40]

Jika peperiksaan di dunia telah saya berikan fenomena dan jawapannya…bagaimana apakah pula yang perlu anda sediakan da lakukan untuk hadir menghadapi Tuhan sekalian alam dengan hati yang tenang dan aman sentosa ?

Ups, dah 12:15.. saya ada wajibat amali sebagai Muslim.. Meh kita amalkan apa yang Allah perintahkan dalam al-Jumu’ah .. 3 ayat terakhir…

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: “Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki. [62:9-11]

Apa lagi.. Jomlaa solat!! Ini baru bahagian pertama.. nanti saya sambung lagi….

Allahu’alam
Abu Safiyyah

Advertisements

Comments»

1. anonymous - May 23, 2008

askum abu safiyyah:)

bile nak update hal exam episode 2? hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: