jump to navigation

Keterpanggilan yang Mendesak !! May 27, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Sejurus sebelum menulis, saya sedang menelaah tafsir fi zilal tentang surah At-Taghabun sambil telinga memasang rapi dan  mata kekadang melirik ke rancangan Oprah Show di kaca TV.  Rancangan yang menemukan keluarga tinggalan mangsa tragedi “September Eleven”. Sepanjang rancangan, hati rasa sebak melihat lelehan mata anak kecil yang kehilangan ayah mahupun ibu mereka. Ditambah pula kecaman Allah tentang perihal orang kafir yang mempertikaikan hari kebangkitan dalam surah ini.

Namun tetiba mata rasa digenangi. Air mata mula menitis perlahan. Apa yang saya dengar adalah suatu yang menakjubkan. Pengorbanan Stephen Siller, seorang ahli bomba yang sedang memandu trak bombanya untuk pulang ke rumah setelah habis waktu bekerja. Ketika mendengar siaran radio tentang rempuhan World Trade Centre, beliau terus membuat U-turn dan menghalakan laluannya ke WTC. Namun, laluan terowong telahpun ditutup untuk laluan kenderaan justeru menghalangnya meneruskan perjalanan. Lalu, apakah yang anak muda ini lakukan? Tidakkan terbayang di mindanya,  isteri yang menanti di rumah bersama 5 anak kecil yang dambakan kasih sayang ayah mereka.

Stephen Siller terus memikul peralatan memadamkan kebakaran seberat 75 paun di belakangnya dan berlari melalui terowong untuk menyelamatkan mangsa. Namun, wira muda ini terkorban dan tidak sempat menunaikan hajatnya pabila terowong itu turut runtuh dan mengorbankannya. Dan sedarnya, saya terus membuka komputer riba saya dan berkongsikan perasaan ini. Tidak mahu rasa ini duduk diam seorang diri. Perasaan mahu berkongsi….

Kenapa saya melelehkan air mata? Anda kira bagaimana? Satu keterpedulian (sila baca entry sebelum ini) yang begitu tinggi dalam diri seorang yang tidak bersyahadah. Sanggup mati untuk sifat keterpeduliannya itu. Semangat yang mengkagumkan untuk menyelamatkan orang lain. Suatu yang saya rindukan dalam diri saya, anda dan saudara seagama saya.

Saya menangis kerana mengenangkan keterpedulian dalam erti kata yang lebih besar. Tikamana melihat satu persatu etika keIslaman dalam diri saudara Muslim (isu kejatuhan moral) mahupun kedaulatan jazirah Islamiyah (sila kaji kes Batu Putih) dilucutkan satu persatu, umat Islam masih bersantai leka. Dimanakah perasaan risau kita pada akidah Islamiyah ini? Dimana hilangnya rasa bangga kita kepada syahadah yang kita agung-agungkan. Itu belum ditanyakan lagi tentang kesediaan kita untuk turun ke padang dan menyampaikan Firman Allah sebagai peringatan buat ummah. Sekiranya seorang ahli bomba begitu merasakan dan menjiwai kerjanya sebagai seorang ahli bomba, anda pula? Tiadakah terasa suatu keterpanggilan yang sangat segera sebagai seorang Muslim untuk membantu menyelamatkan ummah ini dari terus menjunam di bawah paras sub-zero?

Saya melelehkan airmata yang berharga ini kerana turut mengenangkan perjuangan saudara saya di Palestin (dan yang seangkatan dengannya) yang tidak jemu-jemu mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk mempertahankan bumi Islam itu. Pengorbanan yang tidak pernah didokumentarikan atau kalau adapun hanya untuk perbincangan yang menguntungkan pihak sebaliknya. Perjuangan dan jerit-perih yang dipupuk semenjak mata mula melihat dunia. Perwira kecil dengan semangat kekentalan yang tiada tolok bandingnya. Bilamana kita, ayah dan ibu, mama dan papa, abah dan mak, ummi dan abi membelikan permainan pelbagai warna dan bunyian buat anak tersayang, mereka hanya dibekalkan satu bunyi yang menakutkan. Oh ummatku….

Tiada gunanya anda menghabiskan perenggan penghabisan ini tanpa menoktahkan dengan sesuatu yang mampu menyumbang hasil kefahaman anda terhadap isu ini dan peranan anda sebagai seorang Muslim. Amatlah rugi kiranya anda hanya membaca dengan mata kasar dan memahami dengan akal yang cetek. Sertakanlah dengan hati yang turut sama mengeluh kecil. Untung-untung,  ada anggota tubuh lain yang mula berbicara. Mulut yang berkumat-kamit mendoakan perjuangan saudaranya, tangan yang mula mudah menghulur, tubuh yang mula bangkit mempersiapkan diri dengan ilmu dan beramal dengannya.

Apa mungkin kita mampu menyelamatkan ummah ini, kiranya kitar hidup kita hanya berpaksikan bangun pagi, memandu ke tempat kerja, bersosial, pulang kerja, tidur, bangun pagi dan seterusnya berpusing pada kitaran setempat. Apa mungkin mampu kita bangunkan jiwa lesu ini jika Quran dibiar berhabuk di rak teratas almari buku, tika malam diulit mimpi tanpa tafakkur pada Tuhannya, tika kefahaman Islam disempitkan pada hanya tahu bersolat, puasa Ramadhan dan angan-angan ke Tanah Haram?? Di manakah hafalan dan tadabburmu, di manakah bangun malammu.. di manakah pula kau kuburkan semangat berkoban untuk agamamu… ?? Justeru, kita semua perlu bangkit, bukan hanya saya dan anda, tapi mereka..

Saudaraku, perbaikilah iman dan akidah kamu, sanak saudara dan rakan handai..
Saudaraku, lengkapkanlah dirimu dengan ilmu yang sempurna untuk menyampaikan Firman Tuhanmu…
Saudaraku, jiwailah tugas yang suci ini sebagai seorang Muslim yang sedar dan bertanggungjawab….
Saudaraku, syahadah kamu adalah kesaksian awal untuk menggerakkan kamu berdakwah!!

Rintihan hati,
Abu Safiyyah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: