jump to navigation

Dari mata turun ke hati… June 12, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Hai rerakan. Kabare? Safiyyah tak berapa sihat. Demam cikit cikit.. Rindu kat abi kot. Abi laa nie tengah busy meladeni kedatangan pelajar baru. Safiyyah nak amek kesempatan ucapkan selamat jadik budak U untuk abang-abang dan akak-akak. Nanti ada masa kita jumpe yerk 😀 Sementelahan itu, nak ucapkan mabruk untuk ammu Lukman sekeluarga yang beroleh Puteri Sulung tanggal 7:07 petang semalam. Muga mujahidah dakwah ini bakal menyerikan lagi pentas dakwah kelak. Leh ar Safiyyah kacau adik baru nanti :p Auni Insyirah dengar namanya… Semuga gembira sokmo hendaknya…

Thoyyib.. Hari ni Safiyyah nak test rerakan. Cuba baca ayat dibawah..

At-Taghabun 14

Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [64:14]

Mungkinkah pembaca yang bergelar ayah dengan tidak semenanya mengerutkan dahi yang sudah sedia berkerut. Sejenak memikir mungkinkah anak dan isterinya termasuk dalam golongan yang Allah tegur ini. Atau mungkinkah si isteri dok garu dagu yang tak berapa gatal, menghitung yang semalam dia ada menyediakan tomyam sedap tatkala azan Marghrib berkumandang yang sudahnya si suami terlewat solat berjemaah. Atau.. mungkin juga si kecil dua tahun yang tak mengerti apa-apa turut membujilkan mata bulatnya dek terfikir tangisan manjanya yang akhirnya menarik perhatian si mujahid dakwah lantas melambatkan perjalanan ke kuliyyah pengajian?

Al-quran diturunkan untuk kita fahami dan hayati dengan hati. Ianya tidak dapat difahami dengan akal yang bijaksana semata. Bak pepatah orang lama “dari mata turun ke hati“.  Universaliti ayat dari petikan at-Taghabun ini meluas maksudnya dan praktikal buat petunjuk sepanjang zaman. Adakah kita membaca sepintas lalu tanpa mengendahkan pengajaran disebaliknya, atau kita berhenti sejenak dan cuba mengamati mungkinkah kita termasuk golongan yang ditegur dan digolongkan dalam ayat diatas.

Buat seorang ayah, ianya merupakan peringatan keras dan amaran awal. Peringatan yang mengutarakan sentimen halus dalam menyentuh hal hubungan kekeluargaan. Para isteri dan anak-anak terkadang menjadi pendorong ke arah mencuaikan tanggungjawab keimanan dek kerana mengutamakan keperluan anak dan isteri. Seorang mujahid dakwah mungkin bisa menanggung kesusahan dirinya sendiri namun sebaliknya tidak sanggup melihat anak isterinya menanggung keperitan hidup. Natijahnya, menyebabkan dia (si ayah) menjadi bakhil dan pengecut bagi membolehkan mereka hidup senang dan cukup segalanya. Si dai’e yang mula melewatkan kayuhan langkahnya menunaikan tanggungjawab dakwahnya kerana melayan permintaan isteri itu dan ini serta tangisan dan rengekan anak. Oleh kerana itu, hal seperti ini layaknya menafsirkan perihal anak isteri yang bertukar menjadi musuh atau dalam ungkapan frasa yang lebih lembut, menjadi batu penghalang yang menahan si ayah atau mujahid dakwah dari melaksanakan kebaikan atau bersegera merealisasikan matlamat kewujudan insaniyahnya yang tinggi.

Bagi isteri dan anak pula, mereka mungkin akan berhati-hati setelah memahami hakikat penafsiran ayat ini. Cuba sedaya yang mampu membantu para mujahid dakwah ini dengan cara mempermudahkan kerja mereka. Memelihara maruah diri, memperbaiki peribadi dan sahsiah, serta turut memberikan sokongan langsung kepada dakwah ini. Kerana apa? Kerana mereka merasakan pertanggungjawaban untuk mempertontonkan imej sebagai sebahagian dari kehidupan si ayah. Kerana mereka merasakan dengan hati kecil mereka tentang kejinya perihal golongan ibu dan anak yang diselar oleh Allah dalam ayat ke 14 surah at-Taghabun itu.

Upss.. Berbalik kepada persoalan asas yang Safiyyah utarakan. Kengkawan pula bagaimana? Ada rasa pape ke lepas baca qalamullah ni. Adakah kengkawan sanggup menjadi anak yang menconteng arang dalam perjalanan dakwah para ayah. Safiyyah mohon pada Allah muga dijauhkan dari golongan ini. Muga Safiyyah jadi anak yang solehah dan tidak menyusahkan musafir dakwah abi. Bahkan, Safiyyah memohon dijadikan pembantu abi bila dewasa nanti. Ameen.

Sebenarnya, berkenaan tajuk Membaca dengan Mata Hati ni, Safiyyah nak ceritakan kisah rakan seperjuangan abi yang Safiyyah rasa sangat unik dan jarang kedapatan pada pemuda zaman ini. Minggu lepas, abi mengetuai delegasi Melaka ke Karnival Bola Sepak ISMA di UPM Serdang. Pasukan abi tak cukup orang, terpaksa ambil veteran untuk mencukupkan pasukan belia. Cuba kengkawan baca kisah abi ni ye…

Kring.. kring…

Ammu Z : Salam sheikh. Camne ngan team? Dah cukup orang ke?

Abi          : Salamun alaik ya akhi. Belum lagi sheikh. Ada yang tarik diri. 2 kosong lagi.

Ammu Z : Camni la sheikh.. Ana duduk sengsorang Subuh tadi. Teringat kisah Kaab Malik dalam surah At-Taubah. Lewat-lewat pergi perang Tabuk sebab sayangkan harta. Ana rasa terkena kisah tu dengan ana. Sayangkan harta lebih. Camnilah sheikh, ana rasa ana join laa team. Susah sama susah. Senang sama senang. Kang petang ana datang, insyaAllah.

Abi          : Eh, Sheikh.. tape ar.. pie laa selesai hal keluarga dulu. Ada je orang lain tu nanti. Ana cari kan ar…

Ammu Z : Takpe sheikh. Ana sampai kang. 80%, 90% ana akan datang.

Abi          : Ya Allah sheikh.. Terharu ana dengar.. Muga Allah balas jasa enta…

Kengkawan rasa tak apa yang Safiyyah rasa. Bagaimana agaknya ammu Z membaca kisah para sahabat dalam Quran sehingga begitu mendalam kesan dalam dirinya. Satu gambaran istimewa. Sungguhpun hanya untuk berperang di atas padang bola. Namun, ukhuwwah yang terbina serta tanggungjawab dakwah secara kolektif dalam bentuk yang lebih syumul begitu mengesani ammu Z sehingga membolehkan akalnya melangkaui pemikiran manusia biasa. Kisah ini adalah antara sedikit bingkisan dari lakaran mereka yang cuba dan senantiasa bersungguh menterjemahkan kandungan al-Quran dalam bentuk zahir dan praktikal.

Justeru, Safiyyah menyeru kengkawan dan pembaca yang dihurmati agar bersama bukan sahaja memperelokkan bacaan Quran malahan lebih dari itu, memahami dengan mata hati dan melahirkan perintah Allah itu ke alam nyata. Ingatlah pesanan ini … Agama ini tidak akan tertegak dengan kata-kata!!

Allahu ‘alam,
Safiyyah al-Khair

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: