jump to navigation

Dulu saya sokong Liverpool.. June 17, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

“Dulu saya sokong Liverpool”

Ungkapan yang menarik menerjah sayup ke gegendang telinga pagi ini. Jawapan saudara Nazery ex-Raihan bila ditanya tentang pasukan mana yang disokongnya dalam EURO 2008. Ahah, jangan bersangka buruk. Saya bukan mahu membincangkan tentang ketepatan jawapan yang diberikan. Sekadar terkenang zaman awal belia saya yang sangat “gila”kan bola..

Abi n GerrardLiverpool merupakan antara gergasi bola yang saya sokong sejak zaman bangku sekolah sehinggalah sekarang di kerusi empuk office (jenis yang boleh pusing :p ). Kesamaan dengan jawapan diatas itu sebenarnya yang membuatkan saya terfikir untuk sedikit merenung kisah lama. Dahulunya, kalau nak dikata terlepas games Liverpool adalah suatu yang tak masuk dek akal. Setakat bersengkang mata… bangun pukul 2 pagi.. meredah 3 kilometer perjalanan di awal pagi ke kedai berskrin gergasi dengan motor YM110 kesayangan.. adalah antara norma kehidupan saya.. 

Jauh meleset dari sangkaan asal saya. Itu yang berlegar di minda tika ini. Erti meninggalkan games yang penting seperti perlawanan akhir Champions League mahupun EURO2008 yang kiranya jika berlaku boleh dikategorikan sebagai antara top-ten “Believe it or Not!” diari peribadi saya dahulunya, hari ini merupakan perkara yang biasa berlaku. Agak-agak pembaca., apa sebabnya?

Alaa.. dah jadik ayah kot, sibuk ngan anak… Oh… Mesti sebab busy ngan kerja kan? Penat kerja, tak dan nak tengok… Kan kan??

Hmm, mungkin alasan itu hanya 1% sahaja ketepatannya.. Saya suka mengingatkan diri saya dan para pembaca antara salah satu sebabnya, adalah desakan dan keterpanggilan untuk melaksanakan gertakan Rasulullah SAW dalam hadithnya yang mafhumnya,

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (HR al-Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya).

Meletakkan diri anda sezaman dengan Baginda SAW dan merasakan seriusnya riak muka kekasih Allah ini. Maka, dengan tidak semenanya terpaksa mengetepikan gejolak nafsu yang menginginkan setiap saat keberadaan sepasang mata menatap setiap aksi yang mendebarkan dalam perlawanan yang sedang berlangsung. Jika dahulu, secara peribadinya, hati saya akan berdetik tatkala mendengar seruan azan, “alah, masa solat panjang lagi… nanti pas habeh Liverpool ni semayang aaa.. bukan tinggal pun.. ” Hari ini, saya hanya mampu berdoa agar Allah maafkan dosa yang lalu, dan kurniakan kekuatan hidayahnya untuk saya terus beramal mengesani masyarakat…..

Oh, zaman beliaku. Buat adik-adik para rijal yang sudah memulakan langkah yang mulia, saya ucapkan syabas. Anda adalah golongan istimewa! Inilah sebabnya mengapa koleksi hadith dan cerita sahabat amat banyak sekali menonjolkan tentang istimewanya zaman bergelar seorang pemuda. Pemuda yang masanya diinfaqkan untuk mengabdikan diri pada Tuhan sekalian alam. Muga kalian senantiasa ke depan dan memperhebatkan amal. Buat yang masih belum, mari kita pakat jadi pemuda istimewa.

Itu hanya satu sebab. Saya ada banyak lagi. Fikir-fikirkanlah ye….

Allahu’alam
Abu Safiyyah.

Advertisements

Comments»

1. Azfar Hussain - June 20, 2008

Assalamualikum Brother and Proffesor Khair,

I think u got a baby so Mubarak congratulationsssssssssss

Azfar

2. ibnukhair - June 21, 2008

Salamun alaik ya akhi..

Afwan, JazakAllah khair. How your life in UK? Long time not hearing from you. Have a happy future then. When will you anyway?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: