jump to navigation

Minyak Naik: Antara musibah dan rahmah… June 26, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Salamun alaikum… Safiyyah back! Minyak. Minyak.. Minyak.. Makcik cleaner citer pasal minyak, mamak citer pasal minyak, tukang urut citer pasal minyak, cikgu pun tak kurang, bebudak kecik cam Safiyyah (yang besar siket ar) pun dah tau minyak tu ape.. kengkawan abi kat petronas lagi laa… Haii.. bukan minyak urut laa Safiyyah nak citer nie, tapi sedikit sinopsis tentang harga minyak petrol yang dah dekat sebulan naik ni…

Kenapa baru sekarang nak komen? Sebab Safiyyah tak mboh menulis berdasarkan nafsu amarah yang dikaitkan dengan tekanan, marah dan semacamnya dek harga barang yang turut melambung… Sebab sebaliknya, Safiyyah juga ingin menulis dengan fakta yang terlihat dan kelihatan di depan mata.. dirasai oleh lubuk hati.. maka ianya perlu pemerhatian teliti.. Supaya hasil tulisan Safiyyah mampu membuatkan hati bergetar dengan frekuensi seadanya…

Secara materialnya, telah banyak telahan, tulisan, komentar.. dan tak kurang maki hamun dan sumpah seranah yang keluar dek kerana perbelanjaan isi rumah yang kini menepati peribahasa “kais pagi makan pagi“. Sememangnya itulah rasa hati yang turut dikongsi bersama oleh makcik cleaner, mamak, tukang urut, cikgu dan budak kecik tadi. Justeru, dalam konotasi singkatnya fenomena harga minyak yang melambung tinggi ini merupakan musibah buat penduduk Malaysia khususnya.

Hujung minggu lepas, Safiyyah teman ummi dan abi gi Tanjung Bidara. Maaf yerk, tader gambor, abi lupa charge bateri kamera. Safiyyah spend weekend ngan akak-akak dan abang-abang baru MMU. Program ukhuwwah sambil bersantai menikmati nikmat alam ciptaan Ilahi. Best sungguh menikmati tiupan mendodoi laut biru (yang lebih kelihatan hijau dan cekelat tuh). Tertidur Safiyyah sepanjang program abi tu.

Apa kaitan rehlah Tanjung Bidara dengan tajuk penulisan kali ini. Minyak dan rehlah. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam kehidupan seorang dai’e. Jika dulu, mengisi Unser sebanyak RM20 sudah bisa mengenderai sekawanan pemuda untuk menjiwai nikmat Allah dan menginsafi diri. Hari ini RM40 belum tentu dapat melonjakkan meter penunjuk aras minyak ke sengatan yang seterusnya. Cabaran seorang dai’e. Mengeluarkan duit poket di jalan Allah kini semakin mencabar. Mungkin sahaja jika tidak kena gayanya, kelibat taburan wang ringgit dengan harapan mengajak manusia kembali menjadi abdi Allah akan menjadi sekadar satu metafora.

Harga minyak yang naik menuntut seorang dai’e untuk merancang perjalanan dakwahnya. Harga minyak yang naik juga lebih tepat untuk ditafsirkan sebagai satu dugaan di tahap manakah kefahaman seorang dai’e untuk terus thabat (kekal) di atas jalan mulia ini. Ia boleh jadi laknat, dan selebihnya boleh jadi rahmat pada sesiapa yang benar-benar faham hakikat imaniyah ini. Jika dicari dalam indeks Quran tentang perihal ancaman harta ini, mudah sahaja untuk kita senaraikan. Terlalu banyak. Makanya, tidak heranlah jika fasa cabaran dakwah di medan hari ini mengorak langkah setapak maju. Dugaan harta semakin getir. Apatahalagi tika dakwah semakin hebat ini, keperluan semakin menuntut agar barisan insan istimewa ini turut cekal menempuh balasan rintangan dan cabaran yang bersimpang siur menanti.

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. [QS 2:265]

Tikamana manusia rata-ratanya berjimat cermat menabung, masih mampukah barisan mujahid dakwah terus menabur duit… Tikamana manusia rata-ratanya berhibernasi di rumah dek tidak mahu membazirkan pembakaran petrol, mahukah lagi sang dai’e terus laju memacu Unser, Kelisa, MyVi, Persona dan juga Yamaha kapcainya? Tikamana duit letaknya didalam hati manusia rata-ratanya dan berkira-kira nak isi minyak berapa, sudahkah diletakkan harta wang ringgit itu hanya di tangan si murobbi yang dengannya mudah sahaja untuk diinfaqkan ke jalan dakwah? Oh, mujahid dakwah…..

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini). [QS 47:38]

Justeru, buat barisan insan mulia, Safiyyah mendo’akan agar kalian bisa bertahan. Buat merebut nikmat Tuhan yang pelbagai. Ketahuilah, di sana ada bermacam ganjaran menanti. Buat mereka yang sabar bertahan. Kuatkan azammu, hidup semakin sukar. Sungguh, janganlah kalian bermuram durja.

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. [QS 2:274]

Renungkanlah wahai para dai’e, dugaan hidup ini sewajarnya menjadikan kamu lebih dekat pada-Nya. Kalian harus melihat dari kacamata seorang da’ie dan bukan neraca orang biasa. Allah telah meminjamkan rahmat-Nya dalam satu bentuk yang mungkin menjadi beban pada orang lain. Muga semakin sukarnya proses ini menjadi semakin berkualiti hasil produktiviti ini. Muga semakin hebat dugaan ini, makin kuat azam mereka yang terus menempuhnya.

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. [QS 2:245]

Nah, lihat sahaja kata-kata janji Allah ini. Pinjaman jenis apakah ini. Tika Ah-Long menuntut bunga dan bayaran balik yang mencerut leher, Allah malahan menjanjikan balasan yang pada orang kebanyakan tidak masuk dek akal dan hukum alam. Sudahlah meminjam, dibayar berlipat kali ganda pulak tu… Owh, Maha Suci Allah ar-Rahman. Justeru yang demikian, kecekalan anda menempuh zaman serba mencabar ini bukanlah suatu pembaziran semata. Ianya mudahan menjadi pelaburan di alam yang kekal abadi. Keazaman membara membakar tiap poket peribadi menguji sejauh mana teringinnya kita mengecapi nikmat al-firdausi Allah Ta’ala. Ianya adalah suatu sistem tukar milik. Mendahulukan duit minyak sebagai cagaran membentuk peribadi ummah. Dan hanya pada Yang Esa dipohon rahmat dan balasan setimpal.

Ayuh para Murobbi!! Seliter minyak untuk syurgawi abadi!!

Komentar peribadi,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. Ikhwannetter - June 27, 2008

Assalamualaikum….
Mungkin kenaikan minyak, harga barang dan seumpamanya memberi satu petunjuk bahawa Allah sedang berbicara pada umat manusia hari lagi – lagi beragama Islam. Sudah selesaikah diri kita pada Dia? “Akan tertimpa kehinaan dimana sahaja mereka (manusia) itu berada selagi mereka tidak menegakkan (bersungguh2) hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (hubungan sesama manusia)” Surah al Imraan:112. Mungkin ini juga salah satu cara menyekat ekonomi umat manusia, kenapa? Betapa ramai kita lihat hari ini bersifat keduniaan setelah sekian lama Allah memberi nikmat? Berapa ramai betul2 mengusahakan Islam, iman dan taqwa kepada Allah? Baik2 kita koreksi diri semiula. Narrator yang dhaif juga mengingati diri bersama tuan punya blog. Mudahan dapat bersama perbaiki diri dalam Ujian dari Tuhan ini. Hikmah, namun teguran Allah buat orang mu’min itu juga rahamat penuh hikmah dan kasih sayang… Maaf Zahir Batin -Ikhwannetter-

2. ibnukhair - June 27, 2008

Afwan, abg Nash..Actually penulisan ini menjurus kepada satu motivasi buat para pendakwah agar terus menerus merebut rahmah Allah. Dengan naiknya minyak, semakin sukar tingkat pengorbanan yang diperlukan. Dan ianya menguji sejauh mana mujahadah seorang dai’e. Diharap sedikit yang gugur, dan ramai yang melihat peluang disebalik isu ini. Allahu’alam

3. pencilboxradioactive - June 30, 2008

salam safiyyah yang comel lote:)

waah..mmg sekarang ni isu minyak hangat diperkatakan
bukan sahaja makcik cleaner dan lecturer2..malah student2 yang takde kereta pun sibuk nak pening sebab bila harga minyak dah naik..
maka harga barang semua pun automatik naik.dr nasi sepinggan berharga RM3 dah naik jadi RM 4.

tapi bila kita kaji dan tgk balik kenapa ini terjdi..
kenaikan drpada AS $31.5 setong pada 2003 kepada AS$140 setong pada 2008 mmg betul2 satu peningkatan yang agak radikal bagi saya.
mmg betul ini adalah disebabkan fenomena kenaikan harga minyak global..
tapi..
siapakah dalang di sebalik kenaikan harga minyak yang mendadak ini?

kita sendiri tahu bahawa telaga2 minyak dunia 2/3 dikuasai dr negara2 islam iaitu di sebelah asia barat..
tetapi menagapakah negara2 islam ini tidak bersatu dalam hal2 menentukan kadar harga minyak yang berpatutan utk dunia sejagat?

sebenarnya rakyat dunia sekarang sedang diperkotak katikkan dengan agenda amerika syarikat yang sebenarnya dalang di sebalik kenaikan harga minyak yang mendadak ini.

amerika syarikat cuba menguasai dunia dengan menguasai telaga minyak di iraq dan nampaknya agenda AS agak berjaya.

jadi kesimpulannya..
negara2 islam perlulah bersatu dalam menangani hal2 seperti ini kerana jika kita lihat Allah memberikan nikmat hasil2 bumi seperti petroleum kepada negera2 arab (negara islam) dibandingkan dengan amerika yang tiada apa2 hasil bumi tetapi meeka telah merampas hak org islam.

drpada kenaikan harga inyak sekarang ini pun kita boleh berfikir bahwa betapa tidak wujudnya sifat keterpedulian antara satu negara islam kepada satu negara islam yang lain.
islam tidak bersatu dan bagaimana pihak luar dengan sewenang2 nya memecahkan umat islam sekarang.

jadi..
umat islam harus sedar..
yangs ekiranya kita tidak bersatu..
umat islam akan hilang aset mereka sedikit demi sedikit
maka..selama2 nya kita akan terus hidup di bawah telunjuk barat

dan epada penulis blog:)
huhuhu..
saya rasa saya cam terover sket~
dan agak terlari tajuk..

takpelah..
selamat bermujahadah dan
selamat berdakwah..:)

assalammualaikum

4. Safiyyah Khairah - July 1, 2008

Salam Kak Pencil [uhuks :p )

Ummah kehilangan izzah dan melihat sistem kehidupan yang dikemudi barat sebagai segala-galanya.. Bukan sahaja aspek minyak, malah terpengaruh hebat dari aspek siasah, pemilihan pakaian, apa yang nak dimakan, pendidikan dsb.

Justeru, adakah kita hanya mampu mengomel di belakang tabir? Ayuh kita pacu langkah, perbaiki diri.. kerana sistem peradaban Islam tidak mungkin terbina dengan ummah yang lesu dan longlai 🙂

Mulakan dari langkah pertama!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: