jump to navigation

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.. July 8, 2008

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
trackback

Tiada siapa yang mati. Ayat pertama yang cuba mematikan sebarang sangkaan dan telahan awal pembaca pabila menatap tajuk penulisan kali ini.

Acapkali, kalimah ini dikaitkan dengan orang yang meninggal dunia. Namun, ianya juga boleh diguna pakai pabila kita mengetahui kisah musibah atau mendengar sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku samada pada diri sendiri mahupun orang lain. Justeru, Safiyyah tulis ni khas buat Ammu Naka dan keluarga yang rumahnya dipecah masuk kira-kira 2 minggu lepas. Safiyyah tak pernah jumpa ammu Naka dan makcik Faridah, tapi abi selalu cerita pasal kehebatan dan kebaikan ammu. Ammu Naka sekarang berada di UK menemani auntie yang sedang praktikal kedoktoran tahun akhir. Yang ralatnya, rumahnya dijaga oleh abi. Agak sedih abi bila mengenang peristiwa itu.

Kronologi kejadian. Last time, Abi basuh karpet and lap lantai rumah ammu Naka tanggal Khamis, 26 Jun yang lalu. Then, hari Isnin, ana buah abi datang dan ingin tumpangkan ayahnya yang datang dari KT. Abi pun bagi la kunci. Then, keesokannya, anak buah abi kabo rumah ammu bocor, banjir sebab hujan lebat malam tu. Abi kata “mungkin atap bocor kot “. Petang tu abi pun bergegas untuk mengambil jemuran bantal dan periksa apa yang rosak.

Terkejut abi bila lihat syiling yang terkupil dan ruangan syiling yang telah terbuka. Sangkaan abi ala “detektif conan ” dibenarkan setelah melihat tombol bilik utama berlubang. Keadaan bilik utama yang berselerak seketika memegunkan perjalanan saraf utama abi. Terdiam seketika. Membran neuron seakan tidak mahu percaya. Cuba berkira-kira bagaimana ia boleh terjadi agaknya. 

Malam tu, abi sampaikan berita buruk pada ammu. Nada dan intonasi ammu Naka tetap tenang. Redha dengan apa yang berlaku. Sedikit pun tidak gelisah, memberi sedikit suntikan semangat untuk abi yang agak gugup berdepan dengan fenomena ini. Lantas, Abi pun buat report dengan anak buah malamtu. Yang agak mengejutkan, anak buah abi kabo dia ada basuh pinggan berisi nasi dan rendang. Seingat abi, dah dibersihkan sinki tu. Rupa-rupanya, si pencuri sempat masak nasi kat dalam rumah. Menyelongkar segenap isi rumah sambil menonton TV dan makan. Wah, pencuri alaf baru. Bagaimana agaknya jiran tidak perasan.

Pihak polis yang datang pula bersikap acuh tak acuh. Kalau dikira dari rancangan kegemaran abi CSI, mahu malamtu jugak dapat ditangkap pencuri. Apa tidaknya, cap jari yang bertaburan beserta DNA pada puntung rokok yang ditinggalkan. Namun, sekadar bertanya “ada barang yang hilang“, sedikit ambil gambar kemudian berlalu begitu sahaja dengan menjanjikan rondaan susulan akan lebih kerap diadakan. Oh, polis ku….

Seminggu selepas kejadian, abi dan rerakan membersihkan kawasan kejadian. Ukhuwwah fillah. Apa pun, rumah ini telah banyak menyumbang jasa dalam peta dakwah di Melaka. Program Qiamullail, Daurah, tempat tidur rerakan seperjuangan yang datang menziarahi Melaka, tempat bertukar pendapat dan hanya segala yang baik ada disini. Buat rerakan yang mengenali ammu Naka mahupun yang pernah bekunjung ke rumah beliau, marilah kita sesama mendoakan kesejahteraan keluarga ammu Naka dan rumah seisinya. Muga sumbangan beliau ini diberikan ganjaran setimpalnya oleh Rabbul ‘alami.

Abi panjat bumbung dan betulkan genting yang teralih. Rumah sebelah yang belum bertuan juga diceroboh masuk. Hai, senang sungguh rumah hari ini dimasuki perompak. Mudah-mudahan para jurutera lebih peka bila mereka pelan lakar rumah dan bukan sekadar mementingkan keuntungan.

Kisah pencuri yang selamba, pihak polis yang acuh tak acuh.. dan rekaan rumah hari ini yang begitu mengerikan adalah antara senario dunia hari ini. Tidak dapat Safiyyah bayangkan keadaan 20 tahun dari sekarang. Keadaan tidak selamat ini adalah hasil langsung hilangnya rasa takut (at-taqwa) dalam diri manusia. Jenayah dan ketidak sungguhan dalam melakukan kerja merupakan gambaran awal kesan lupusnya rasa muroqabah tentang hadirnya Allah SWT setiap masa di sisi kita.

Muga Safiyyah senantiasa memiiki muroqabah yang langsung memberikan jaminan pulangan yang lebih lumayan dalam erti kata hdup di dunia dan juga di akhirat. Buat kengkawan, marilah kita sekali lagi bersama-sama mendoakan kesejahteraan ammu Naka sekeluarga. Moga pencuri dikurniakan kesedaran dan hidayah Allah agar tidak menyusahkan masyarakat setempat. Allahu al-Musta’an.

Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. ikhwanetter - July 9, 2008

salam….
subhanallah…!
mudah2an pencuri itu diberi petunjuk kerana merompak di rumah orang berdakwah. Ujian buat orang yang ingin menegakkan agama Allah. Pencuri itu mungkin sebab sahaja dari Allah, namun semua itu mungkin perancangan Allah untuk menguatkan hati2 para pejuang kebenaran. Mudah2an diberi kemudahan dan bantuan dari Allah. wallahua’lam.

2. nurultiomanisland - August 20, 2008

salam…
subhanallah…
tapi janganlah kita gentar dengan apa yang berlaku…
mungkin setiap apa yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya…
wallahualam…
moge-moge ketabahan hari ini lebih kuat dari hari-hari sebelumnya…
orang yang buat baik, baik lah balasannya… orang yang buat jahat, jahat lah balasannya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: