jump to navigation

Antara Semalam dan Hari Ini…. July 11, 2008

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
trackback

Rasulullah s.a.w. bersabda dengan mafhumnya:

“Orang mu’min itu di dalam berkasih sayang, kebaikan dan keakraban antara satu sama lain seumpama satu jasad, apabila mana-maha bahagian mengadu sakit, maka seluruh anggota badannya turut sakit dan berjaga” [Riwayat Muslim]

Saban hari kita mendengar penindasan demi penindasan, siri kekejaman yang tak kunjung sudah menimpa saudara kita di merata pelusuk dunia. Tika mana kita (Safiyyah dan rakan sebaya) sedang elok menekan bebutang walker yang mengalunkan melodi muzik indah, rerakan di Iraq, Palestin, Afghanistan dan sebagainya hanya mampu mendengar adunan melodi yang terhasil dari ledakan bom, bingit mesingan dan jeritan ibu dan ayah yang gugur menyembah bumi. Muga Allah kurniakan mereka dengan pahala para Syuhada’.

Justeru, sebagai saudara dalam erti kata yang lebih mulia, saudara seIslam, saudara seakidah.. apakah yang telah saya dan anda lakukan? Paling tidak, pernahkah kita sibukkan diri menyingkap dunia siber tanpa sempadan ini, menjejak berita dan perkembangan mereka yang terbaru. Seterusnya, mengangkat tangan menadah ke langit dan berdoa agar ketabahan dan kesabaran bersama mereka?

Benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, bahawa umat Islam di akhir zaman nanti ramai tetapi mereka semuanya tidak berkualiti laksana buih-buih belaka, kerana mereka dihinggapi sejenis penyakit, al-wahn: cintakan dunia dan takutkan mati. Ya Rabb, jauhkanlah kami dari bersifat sedemikian.

Justeru, Safiyyah mewakili abi, ummi dan rerakan mengajak pakcik, makcik, abang, akak dan adik-adik untuk meminjamkan sedikit masa berharga kalian untuk bersama mendengar pembentangan ekslusif berkenaan realiti semasa ummat Iraq dari wakil Iraq yang diterbangkan khas oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ke Melaka tanggal 15 Julai 2008, jam 8 malam d Masjid al-Irsyad, Multimedia University, Melaka.

null

Janganlah pula kita menjadi manusia yang tidak ambil peduli apa yang berlaku terhadap saudaranya kerana dikhuatiri amaran junjungan mulia Rasulullah s.a.w.tertimpa atas kita: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan umat Islam, maka sesungguhnya dia bukan dari kalangan kami

Bersabarlah saudara-saudaraku “Sesungguhnya pertolongan Allah dan kemenangan itu semakin hampir”.

Rintihan peribadi,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: