jump to navigation

Mengapa Iraq sedangkan Malaysiaku bergolak… July 28, 2008

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
trackback

Salamun ‘alaikum..

Dalam demam 39 darjah celcius yang masih tidak surut, Safiyyah menemani rombongan ummi dan abi ke Masjid Wilayah KL bagi mendengar Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Ummat Iraq. JazakAllah khair buat ummi yang sanggup bersabar dengan keletah orang demamni. Alhamdulillah, sangkaan yang Safiyyah dah banyak tahu tentang Iraq rupanya tidak kemana.. dan banyak lagi info yang dapat Safiyyah kumpulkan dari program tersebut.

Mengapa Iraq?

Orang keramaian tertanya-tanya, mengapa yang ISMA dok sibuk sangat nak bawak ahli parlimen (MP) Iraq cerita pasal Iraq kat sini.. Tak ke lagi bagus wat program untuk remaja Islam kat Malaysia yang haru biru ni. Pertamanya, memang program untuk remaja dan belia Muslim tu senantiasa diadakan, so tak timbul isu. Yang Safiyyah tertarik ialah isu mengapa isu Iraq perlu diperjelaskan? Mengapa Iraq perlu lebih dekat di hati Muslim Malaysia khususnya. Antara jawapan fakta yang juga tidak dinafikan kepentingannya adalah sejarah Iraq yang ada kelangsungan dengan sejarah ketamadunan kegemilangan ummah ini. Tempat lahir dan duduknya para Nabi, serta tempat yang suatu tika dulu menjadi Pusat Pemerintahan Dunia Islam tatkala Islam menguasai 2/3 dunia. Maka, ia menjadi antara hujah mengapa ia perlu dipertahankan..

Namun, apa yang lebih menarik ialah perang terhadap Iraq itu sendiri. Adakah ianya hasil lobi US yang ingin menghalang Iraq dari program pembangunan senjata nuklearnya? Atau kekejaman rejim Saddam menjadi sandaran yang menghalalkan penjajahan moden ini? Atau apa? Syabas dan tahniah buat Presiden Bush yang buat julung kalinya berkata benar dengan mengatakan pada umum, ini adalah “Perang Salib”.

Kawan-kawan.. Apakah ertinya saudara kita di Iraq dan watan Iraq itu sendiri. Perang terhadap Muslim ini tidak akan mengira anda di mana? Musuh tetap akan membedil kalian. Sekiranya isu Iraq diambil remeh, tidak mustahil kalian adalah sasaran seterusnya. Apa beza kita dengan mereka di Iraq.. dan apa pula peranan kita dalam jihad menentang kuffar ini.

Saya tertarik dengan kata-kata dialog tempohari.. “Saudara kita di Iraq berada di barisan hadapan, kita di Malaysia di barisan belakang…” Dan cuba sejenak hadirin pembaca merenung jauh, kalau dalam taktikal perang yang sebenar, jika barisan depan tumbang.. ke mana pula langkah musuh akan berderap? Justeru, sedarlah wahai rerakan, yang anda sedang ditewaskan.. namun anda masih berkhayal, seolah-olah tiada apa yang berlaku…

Mereka berperang dengan nyawa, Kita berperang dengan budaya..

Tikamana mereka yang berada di barisan hadapan sibuk berjihad dengan nyawa, satu persatu gugur syahid menemui Tuhannya, kita hari ini di Malaysia mampu duduk enak bersandar di kerusi empuk bertemankan kesejukan penghawa dingin. Satu frasa yang amat menyentap fikiran Safiyyah bilamana mahu tidak mahu terpaksa mengiyakan betapa benarnya masyarakat Malaysia hari ini sedang tewas dalam peperangan yang tdak disedari. Tikamana anak-anak kecil Iraq berjinak-jinak beriya memegang senjata, kita bagaimana? “Tentera-tentera” barisan belakang di Malaysia seharusnya hari ini merasai betapa hinanya maruah mereka yang bisa diinjak-injak dan dimalukan dek kerana musuh hanya memerlukan sedikit hiburan dan pelbagai material keduniaan lantas kita terus terjelepuk tidak mampu bangkit, lantas terus tertidur dibuai mimpi indah. Oh, saudaraku…

Apa peranan kita?

Justeru, kita perlu melihat apa yang sedang berlaku di segenap pelusuk dunia ini dalam konteks yang lebih global. Sungguhpun begitu, ia sesekali tidak menafikan peranan kita dalam konteks lokaliti setempat. Memperbaiki akhlak peribadi Muslim menjadi agenda asas dalam memperbaiki ummah. Manakan mungkin masyarakat bisa menyedari yang mereka sebenarnya sedang bergelumang dalam medan perang tika mereka masih mampu memandu kereta mewah tanpa dihujani peluru.

Frasa perang perlukan definisi baru. Percampuran laki dan perempuan tanpa batasan, keruntuhan akhlak Islami, siaran media yang tiada moral, dan banyak lagi yang hanya menempelkan wajah Islam kononnya tapi langsung tidak memberikan gambaran idealnya agama ini merupakan antara senjata yang diselinap oleh pihak musuh. Natijahnya, tidak hairanlah polemik ini (baca: terutamanya peranan media elektronik) telahpun menggugah jati diri seorang yang bergelar Muslim untuk beramal dan menjalani kehidupan sehariannya dengan penuh rasa tawajjuh kepada yang Maha Pencipta. Anak muda siswa dan siswi riang tawa bertepuk tampar dengan diskusi gossip yang tidak mendatangkan hasil, simptom cintan cintun (adakalanya “cinta” dalam batasan syariah, huhu), realiti TV yang menjadi siulan, majlis keraian masyarakat yang menjadikan drama dan filem sebagai ikutan adalah antara istilah yang menggambarkan “serius dalam santai” nya permasalahan ini.  

Apa yang lebih memeranjatkan, sekiranya kita ambil satu isu, pergi dalam konteks keterlibatan golongan bijak pandai siswa-siswi dalam penulisan blog contohnya, yang adakalanya dari golongan as-satizah (ustadz/ustadzah) tidak kurang juga dari golongan yang mengaku sedang memperjuangkan Islam, kita mendapati kata-kata kesat, gambar-gambar ceria dalam situasi yang mampu mendatangkan fitnah dan sebagainya mewarnai kehidupan mereka. Saya mengungkapkan fenomena ini sebagai berjayanya golongan musuh mencetak satu kamus tentang standard pola kehidupan yang harus diikuti dan begitulah hasilnya. Justeru,  tidak hairanlah kiranya rantaian budaya yang penuh kecelaruan ini telahpun menidakkan ummat hari ini dari melihat sinar Ilahi.

Maka, tunjukkan contoh yang baik pada masyarakat, berjalanlah di muka bumi dengan akhlah Quraniyah… Pecahkanlah dominasi resam budaya yang menyimpang ini dengan perilaku individu Muslim yang mantap. Biar masyarakat ambil tahu bahawa Islam ada segala-galanya. Lakukanlah biarpun kalian bersendirian. Biarkan musuh tahu, bahawa kita di Malaysia tidak akan sesekali tunduk dengan kepalsuan budaya yang cuba disuntik masuk.

Kerna kita orang Islam. Kita punya budaya tersendiri….

Allahu’alam
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: