jump to navigation

Al-Isra’ Wa al-Mi’raj August 4, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

Nie bulan Islam apa ye? Tahun Hijrah ke berapa ye? Eh baper haribulan eh.. 2 Syawal ke… Thehehe.. Kesian kat kita orang Islam kan.. Terkadang melupakan jasa mereka yang mencipta pakai Kalendar Hijri. Hah, Isra’ Miqraj ni apa pulok? Aduish… Afwan, Safiyyah sedikit terlewat memuatnaik tulisan tentang Isra’ Miraj ni. Dah masuk Syaa’ban baru berkesempatan. Well, kalau kita bicara tentang peristiwa ini, mungkin ramai yang mengesat dahi yang tidak berpeluh .. seakan mengeluh.

Mu nok citer hok Nabi naik burok gie langit tuh ke. Masuk ni doh 5 tahung aku dengor citer ni. Sejok kecek cikgu agama aku doh ulang tayang slide sama je…. huhu

Ahah. Muga kita jauh dari golongan ini. Sesungguhnya peringatan itu perlu selalu. Kerna kita manusia, yang bisa terlupa dan melupakan. Mungkin jalan ceritanya agak sama, tapi pengajaran sedikit berbeda. Hari ni Safiyyah nak citer sedikit latar belakang peristiwa besar ini agar ianya lebih terkesan untuk kita hayati.

Sungguhpun sesetengah ulama’ berbeza pendapat tentang bila berlakunya peristiwa ini, kebanyakan rakyat Malaysia rata-ratanya (baca: yang melihat kalendar) merujuk peristiwa ini kepada peristiwa yang berlaku tanggal 27 Rejab. Ini kemungkinan berdasarkan periwayatan jumhur ulama yang mengatakan 27 Rejab (620 Masihi) adalah tarikh sebenar. Namun, bukan isu ini yang Safiyyah nak bicarakan, Allah juga yang Maha Mengetahui. Allahu ‘alam..

Moh kita lihat dan menyusuri sirah Nabawiyah bagi melihat betapa uniknya peristiwa ini. Sejurus sebelum peristiwa suci Isra’ Mikraj ini, Nabi SAW menempuh satu fasa yang digelar periwayat sejarah sebagai Tahun Kesedihan. Tempoh ini merujuk kepada keadaan Nabi SAW yang bedukacita dengan pemergian isteri tersayang baginda, Saiditina Khadijah RA dan juga bapa saudaranya Abu Talib RA.

Khadijah Ibni Khuwailid. Nama indah yang sepatutnya menghiasi bibir-bibir wanita yang memasang angan menjadi isteri solehah. Tiada contoh yang terlebih baik dari Khadijah dalam bab mendokong dan menyokong da’wah suami tercinta. Tikamana Nabi SAW menggigil berdepan dengan Jibrail AS di Gua Hira’, Khadijahlah yang menenangkan Bagiinda.. Tikamana Nabi SAW berdepan dengan cemuhan dan hinaan sanak saudara dan masyarakat Arab, Khadijahlah yang berada di samping melindungi Baginda.. Tikamana Nabi SAW dipulau dan diseksa, Khadijahlah yang menjadi sumber kekuatan.. Justeru, tidak hairanlah dengan pemergian Saidatina Khadijah memungkinkan Rasulullah SAW berada dalam keadaan kemurungan yang hebat. Ditambah dengan kematian pakcik Baginda, Abu Tholib, tokoh kalangan bangsawan yang disegani masyarakat yang banyak melindungi Baginda. Suatu tamparan yang agak hebat.

Seerah menggambarkan betapa fragilenya perasaan seorang manusia. Sehinggakan fasa da’wah Nabi SAW juga digambarkan sedikit tergoncang pada fasa kesedihan ini. Perasaan manusiawi yang sangat terbatas. Kalau dalam ungkapan yang lebih mudah, Nabi amat “down” pada ketika ini. Lihat sahaja pada kita. Kot, pepagi bila nak kuar kejer, tengok kiri kanan kereta Kelisa yang banyak berjasa menemani pergi balik kerja tiada di tempatnya… Kot seseluk poket mendapati duit RM 1000 yang masih berbau mesin ATM untuk bayar duit pengajian sudah lesap.. Kot-kot bebaca mesej selepas habis kelas (tepon silent mode) memberitahu ayah tercinta sudah tiada..

Agak-agaknya apa perasaan kita berdepan suasana seperti itu… Mundar-mandir tidak tentu hala, kepala yang tak gatal ntah berapa kali digaru seminit, muka berkerut seribu, air mata menitis laju… Seminggu mandi tak basah.. Sebulan makan tak lalu.. Itulah perasaan manusiawi.. Nabi SAW tidak sampai semacam kita, namun nak digambarkan sedihnya Nabi ketika itu, hanya Allah yang tahu…

Sememangnya tiada yang lebih mengetahui tahap kesedihan Nabi SAW melainkan kekasihnya, Rabbul alam. Tika itulah, Nabi dijemput hormat, dibawa menghadap berjumpa Tuhan sekalian alam, dipertontonkan keajaiban dan segala macam nikmat (sebahagian sahaja tu) dan juga pelbagai siksaan yang menanti..

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [al-Isra’:1]

Apa tujuan Nabi SAW di isra’ dan di mi’rajkan? Allah menjawab “Linuriyahu min ayatina…” Agar kami perlihatkan kepadanya (sebahagian) tanda-tanda kekuasaan kami.. Mengapa apakah? Perlukah? Di sinilah diperlihatkan kekuasaan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Yang tahu ubat untuk setiap hambanya. Dipertontonkan kepada Nabi SAW agak ianya memberi suntikan semangat.

Analoginya? Mudah sahaja, cuba masing-masing lihat dan imbau zaman kecil kita. Ups, as Safiyyah masih kecil, Safiyyah citerkan apa yang abi citer eh.. Dulu masa kekecik, abah abi (yai) kan main garang, kalau tak dengar kata memang mau rotan kecil singgah di belakang. Takpun tali pinggang kulit. So, bila Subuh, abi pun bangunlah..¬† Bila Subuh sengsorang, yai pun tanya “Along ko mana? Dah bangun belum” Abi yang mamai-mamai pun jawab, “Blom bah, tidur lagi, angah kejut dah, takmo bangun” .. “Huh, pie kejut, tak bangun simbah air, cakap abah suruh” dengus yai, kali ni keras sikit. Mata abi sedikit membujil, segar, dalam kepala terbayang memacam “nielah masanya nak simbah air kat along” detik hati abi. So, dengan eksyennya, abi pun menjunjung sebaldi air masuk bilik. Sambil bercekak pinggang, “Hoi Long, bangun Subuh!! Tak bangun aku simbah ni” jerit abi, sambil dengan kereknya mengacukan gayung berisi penuh air ke muka along. [P/S: Cerita ini Safiyyah tokok tambah dari cerita asal bagi menyedapkan jalan cerita. tiada kena mengena dengan abi dan pak long ;p ]

Kalau kita lihat cerita ini (mungkin terkena pada sesetengah kita), seorang adik dalam keadaan biasa agak takut menegur abang yang lebih besar darinya samada secara fizikalnya atau tua dari segi umurnya. Mungkin disebabkan respek, tapi kebanyakannya disebabkan takut dapat penampar jepun free atau freekick ala david beckham secara percuma tanpa notis awal. Tapi bila ayah bagi green light dan sokongan moral, terus si adik jadi berani dan bersemangat ‘mengenakan’ abangnya… Berani kerna tahu ayah di belakangnya… Apapun yang berlaku, report saja sama ayah.. abang pasti akan dibalun secukupnya…

Justeru, motivasi apa yang lebih hebat selain bertemu dengan Allah SWT. Keyakinan Nabi seketika memuncak selepas peristiwa Isra’ Mi’raj. Nabi turun membawa wajibat amali yakni solat lima waktu sambil puas menontot secara langsung tentang perihal nikmat syurga dan azab jahannam. Langsung, Nabi tidak toleh belakang dan terus memacu usaha dakwahnya.. Baginda tidak lagi berkeluh kesah tentang penderitaan yang dialami, tidak lagi menghiraukan cari maki Arab Jahiliyyah.. kerna apa.. kerna Allah telah meyakinkan kepada Baginda dengan peristiwa penting ini. Kerana Allah secara langsung telah memberikan gambaran kepada Muhammad SAW tentang janji Allah yang pasti.

Apa pula yang boleh kita ambil dari kisah ini. Kalau umur pakcik sudah 50 tahun, maka sedarlah pakcik dah 50 tahun dipertontonkan dengan nikmat Allah.. Jika kakak umur 20 tahun, maka ingatlah tentang nikmat makan pakai dan sebagainya yang dah 20 tahun akak nikmati… Dengan nikmat malam, siang, mentari, hujan, dedaunan yang bertiup sepoi bahasa, durian dan rambutan yang enak rasanya, masih ragu lagikah kita tentang kehadiran Allah yang selalu memerhati kita. Justeru apa lagi alasan kita untuk memperlewatkan giatnya kita dalam usaha memperbaiki diri. Apa kita punya sebarang sebab untuk menidakkan tanggungjawab kita pada Allah SWT?

Untuk yang bergelar isteri mereka yang berjuang di jalan ini (ummi.. ehem ehem). Contohilah Khadijah, muga suami acik acik sayang acik kalau tak macam Nabi sayang Khadijah, kurang sikit pun jadilah. Bagi golongan dai’e pula, Safiyyah harapkan pakcik, makck, abang dan kakak senantiasa thabat dan thiqah pada jalan dakwah ini. Jangan pandang belakang!! Teruskan usaha kalian, pastikan pacuan lebih laju.. Muga Islam kembali dimartabatkan di tempat asalnya.

Allahu al-Musta’an
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. dziauddin - August 4, 2008

Aslm, anta ni boleh jadi penulis muda yang berpotensi..bila nak buat novel?

2. ibnukhair - August 5, 2008

Salam Ustadz Din,tada mana bagusnya.. tak ramai pun yang sudi membaca.. namun, sekadar berkongsi bicara.. muga ada yang ‘terasa’… Anyway, jazakAllahu khairu jazak! plus kalau Ust. Din tau line nak wat novel bley je Safiyyah celoteh cecikit.. “Pada Allah jua kembalinya pujian ;)”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: