jump to navigation

Bait Muslim – Perihal Nadi Pewaris Dakwah August 6, 2008

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Tazkirah.
trackback

Selasa lepas, saya menerima berita gembira dari sahabat baik yang berada pada latitud Greenwich yang terpisah selama 8 jam jauhnya..

alhamdulillah, zaujah ana baru selamat deliver baby boy Ahad, 3.44pm (waktu UK), 2.71kg… moga menjadi mujahid di kemudian hari… ameen..

Mesej ini datangnya dari akh Nazeri Kamaruddin yang sekarang sedang menemani isterinya, ukht Faridah di Nottingham, UK. Kami sekeluarga mendo’akan agar kehidupan jiran kami ini beroleh kebahagiaan manakala kelahiran cahayamata pertama ini akan menambah lajukan amal da’wah mereka sekeluarga. BarakAllahu feekum!!

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

Yang maksudnya, “Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Safiyyah ketika umur 7 hari

Safiyyah ketika umur 7 hari

Sebelah petangnya, saya menerima panggilan sahabat baik yang sedang bercuti di Malaysia. Ringkas perbualannya, namun membuatkan saya berfikir dalam..

“Salam akhi. Kaifa hal. Ana nak citer masalah ana siket. Ana bukan baru hari ini.,, tapi sejak kecik dah selalu tengok mak ayah gaduh. Laa ni kami tengah holiday kat KK. Pun mak ayah gaduh. Tak best jadinya holiday.. Ana tak tau nak dakwah kat diorang camne.. ana ada lah suruh diorang solat sekali.. bawak-bawak amek wudu’.. kot kot boleh baik gaduhnyanya… Haii… rasa cam putus asa dah.. Ana tau laa oang lain pun ada jugak gaduh-gaduh, tapi ok je.. Kejap-kejap… Huuu… ada nasihat ke akhi….”

Saya terharu kerana saya antara insan yang diingati tika susahnya namun sedikit terkilan kerana tidak mampu memberikan jawapan tepat kepada permasalahan itu. Yang dapat saya sarankan adalah supaya sahabat saya bersabar, memperbanyakkan doa dan dalam pada masa yang sama cuba sedaya upaya menunjukkan contoh yang baik dalam keluarga. Mengajak ayah dan ibu bersama solat berjemaah.. mengadakan tazkirah dan diskusi selepas solat dan sebagainya. Ujar saya mengakhiri perbualan, “Akhi, bahasa perbuatan lebih didengari dari bahasa lisan

Ikhwanu fillah,

Dalam saranan dan penulisan as-syahid Imam Hassan al-Banna, beliau meletakkan “Bait Muslim” atau ringkasnya keluarga Muslim di tangga kedua selepas pembinaan individu di bawah usul marotib amal. Mungkin ada antara sang pendakwah yang seakan mengabaikan proses ini setelah bertungkus lumus memahami Islam dan memperbaiki peribadi insaniyah mereka. Saya tidak mahu berbicara lanjut. Mungkin kalian boleh meneruskan pembacaan di sini.

Baiti Jannati.. InsyaAllah

Baiti Jannati.. InsyaAllah

Kerukunan rumahtangga dalam rangka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya merupakan antara bibit-bibit awal yang mampu menjamin kelangsungan da’wah di atas muka bumi ini. Nadi pewaris da’wah yang suci ini perlu mendapat bimbingan dan panduan yang terarah dari insan rapat yang dihormatinya iaitu abi dan umminya, ayah dan ibunya, abah dan emaknya. Pepatah Melayu mengungkapkan “Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” Saya tidak menafikan ada golongan loya buruk yang akan menyangkal, “alaa.. kalau kuah tu tumpah atas meja.. takda maknanya jugak” disebabkan itu saya berhati dalam pemilihan kata dengan mengatakan bahawa pembinaan keluarga adalah antara alat atau asbabul awwal yang memudahkan proses kelahiran mujahid da’wah.

Harapan saya. Muga saya mampu mendidik anak isteri menjadi antara mereka yang hebat taqwa dan dakwahnya. Pada rakan-rakan yang bersama misi ini, saya mendo’akan agar kalian menggandakan usaha mendidik ahli keluarga. Muga kita bersama memacu fasa ini ke tangga seterusnya. Buat mereka yang sudah berkeluarga, fahamilah bahawa tanggungjawab anda bertambah. Bagi mereka yang masih memilih, saya mendo’akan agar meletakkan kefahaman da’wah melebihi segalanya. Buat sahabat saya, jangan putus asa. Lead by example, my dear friend…

Abu Safiyyah
Kantor FET

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: