jump to navigation

Nilai Kesukarelawanan.. August 22, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh, Tazkirah.
trackback

Salamun ‘alaikum…

Tah betul ntah idak nahu dan tatabahasa tajuk Safiyyah kali ni. Sangat busy lately, tapi paksa gak diri mencoret sesuatu as of mengambil ruh Jumaat, sayyidul ayyam ni. Isnin lepas, teman abi buat lawatan industri pelajar abi yang sedang praktikum. Sambil tu, singgah di KLIA amek Mok Teh yang dah abes 2 tahun pertama pengajian medikal di Universiti Manipal India. Laa ni nak sambung di Manipal Melaka pulok.. muga Allah permudahkan…

Bicara Jumaat kali ini membincangkan omelan abi di dalam kereta tempohari. Abi menceritakan tentang perbualannya bersama si tuan punya syarikat yang menegaskan kepada abi betapasanya mahasiswa yang lahir kebelakangan ini kurang kompetetif. Ujar tuan pengarah, “kurang sikap volunteerism”.

Dia membawakan betapa pelajar kurang kompetensi, hanya bergantung harap kepada teoritikal pengkhususan yang satu itu, kiranya dia doktor, maka ilmu kedoktoran sahaja yang membatasi ruang pemikiran, kiranya dia belajau management, pastikan digelengkan kepala tatkala ditanya tentang ilmu pertukangan, begitu juga sang jurutera yang kebingungan tikamana diaju soalan bagaimana ingin menilai pasaran produk dan kira-kira untung rugi akaun. Ini baru satu isu yang merupakan natijah langsung porak-perandanya sistem pendidikan hari ini, belum lagi disentuh tentang kompetensi pelajar Muslim tentang praktikum agama mereka sendiri.

Namun, apa yang menarik dari perbincangan dengan abi tempohari adalah isu “kesukarelawanan” dalam diri produk pendidikan hari ini. Manusia seolah-olah dilatih untuk menjadi mesin hidup yang hilang arah tuju. Kitaran hidupnya bermula dengan bangun seawal 7 pagi (awal sikit jika sedar adanya perintah solat Subuh), sarapan pagi, punch card sebelum jam 8 pagi, terperap dengan kesibukan kantor pejabat, dan kemudiannya mempersiapkan diri di hadapan punch card seminit sebelum pukul 5 petang untuk pulang dan kemudiannya meneruskan pusingan hidup itu.

Apa kaitan “volunteerism” dengan kitar hidup seorang pekerja? Tuan Pengarah itu menyebutkan bahawa pelajar sepatutnya memperuntukkan lebihan masa bagi menjiwai kerjanya. Pada beliau, pekerja yang datang pukul 8 pagi dan balik tepat jam 5 petang adalah produk yang gagal. Pekerja yang menjiwai kerjanya sepatutnya datang seawal 7:30 pagi dan pulang lewat malam kerana menginfakkan sedikit masa untuk memastikan produktiviti syarikat sentiasa tekedapan. Ada benar juga…

Namun, pada Safiyyah, istilah “volunteerism” yang dibincangkan ini kiranya diguna pakai dalam konteks yang lebih syumul sebagai Muslim pastinya akan menggerakkan individu Muslim itu ke arah yang sangat positif. Kerja lebih masa untuk ummah, solat lebih di waktu malam, menolong sahabat yang memerlukan, atau pendek kata menyumbang lebih pada segenap aspek tanpa mengharapkan pulangan duniawi merupakan kata kunci yang pastinya merangsang dan menolak keperibadian individu Muslim itu ke tahap yang sepatutnya.

Demo masakan dan pemasaran

Jurutera Minyak: Masakan dan pemasaran suatu yang biasa

Kiranya diperincikan lagi istilah ini, maka sudahkah anda menyemai “semangat sukarela” ini dalam konteks membantu ummah mencari jalan pulang? Sudah bersediakah anda memperuntukkan tenaga, wang, masa dan diri anda untuk memimpin ummah ini kembali mengabdikan diri kepada Allah? Sudah suka dan relakah kita menginfaqkan setiap inci hayat ini untuk menukar mesin-mesin hidup ini kepada hamba Allah yang abadi? Hanya anda yang tahu jawabnya.

Membaca luaskan ilmu

Ayuh, perlengkapkan diri dengan variasi ilmu dan kemahiran kerna “seseorang yang tiada punyai apa-apa masakan mampu menyumbang apa-apa” !!

Ahah, moh solat Jumaat awal!! Fas’aul ila zikrillahi wa zarul baiq!!

Allahu al-Musta’an
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: