jump to navigation

Early edition September 5, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah.
trackback

It has been a while since I do write something in so-called “Mat salleh” languange. In fact, this is the first one. Well, I just about to celebrate my 1st ever birthday this coming 25th Ramadhan, so not to expect learning this new languange too early aye!! Chatting wif abi about birthday last nite, we just managed to notice that we had left out our wishing to the people that we love most, Ummi. Ummi, sorry ek.. Just went back from Kampung, so baru nak wish in my blog, Happy bithday Ummi! May Allah bless your life with his sakinah, mawaddah wa rahmah and make you a good servant of Him.

Urghh.. berbelit gak lidah nak cakap omputeh ni ye. Dokpe, Safiyyah akan pastikan master this language plus that lovely languange of Quran, Arabic. Hope, be able to master that beside my mother tongue. Oh ye, Jumaat menjenguk lagi, dan tika itu diri ini mendapat kekuatan untuk mencoret sesuatu. Cuba secepat dan setepat yang mungkin. Kerna waktu emas seperti hari ini cuma datang sekali. Ruang sejenak untuk diperuntukkan bersama Rabbul ‘alamin.

Early edition. Satu rancangan Astro di Channel 701. Tertarik dengan mottonya tempohari, lantas membuahkan idea di benak minda untuk mencoret sesuatu tentangnya. Cerita seorang pemuda tampan, bukan itu kisahnya di sini. Tetapi tentang perihal keprihatinan beliau. Kisar bicara kita hari ini tentang soalan di awal drama “What will you do if you got tomorrow paper today?” Itulah kerja sang pemuda tadi, pakcik Gary Hobson, yang berkejar kesana-sini menyelamatkan mangsa, keadaan dan sebagainya kerana dia mengetahui apa yang orang lain tidak ketahui. Kiranya anda bagaimana?

Itu tentang fantasi seorang penulis drama yang cuba bermonolog dan mengimpikan hari esok dalam lingkup pengetahuannya. Walhal, sebagai seorang Muslim, kita punyai naskhah yang bukan sahaja menceritakan bagaimana hari esok harus ditempuh, namun ianya turut mengembar-gemburkan perihal kedasyatan hari kiamat dengan gambaran yang amat terperinci, yang mana jarak masanya melangkaui dimensi fikir manusia. Al-Quran tidak hanya membiarkan manusia terkapai-kapai setelah mengetahui wujudnya Yaumut Taghabun, malah Allah Rabbul Jalil begitu ihsan dan sayangkan ciptaan-Nya dengan memberikan tatacara hidup yang menyentuh perihal pelbagai cabang dan ragam kehidupan.

Tikamana Early Edition hanya memberikan berita kematian, lemas, bom, perihal itu dan ini dengan Pakcik Gary yang terpaksa meneka cara dan memikirkan kemudian apa dan bagaimana aksi yang harus dipertontonkan, Al Quran al-Kareem telahpun dengan mukjizat Ilahinya memberikan panduan yang lengkap dengan olahan sejarah kaum yang lalu sebagai ibrah dan teguran nasihat yang pelbagai lenggok bahasanya buat sang manusia memikirkan susulan amali dalam kehidupan hariannya. Ia tidak hanya menceritakan masa depan malah ia menukilkan masa lampau dengan teliti buat pengajaran sang Khalifah bumi.

Justeru, dengan barakah Bulan Al-Quran ini, Safiyyah mengajak diri ini dan rerakan yang lain untuk sedikit mena’kul dan menilik dalam ke sudut hati sejauh mana telah kita melebihi upaya pakcik Gary dalm rangka menyelamatkan diri sendiri, ahli keluarga dan orang di sekitar dari siksaan azab Jahannam hasil kefahaman kita terhadap maknawi Quran itu sendiri. Cukuplah rasanya jika Safiyyah bawakan satu ayat ini untuk kita sama-sama tadabbur dan merasai betapa ajakan Quran ke arah amar ma’ruf nahi mungkar itu bukan suatu yang remeh malah ianya perlu disegerakan apatahlagi kepada kalian yang agamanya Islam dan mengetahui kebenaran al-Quran,

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Apa tindakan anda? Berdiam diri dan memeluk tubuh. Atau tidak cukup tangan dan tak mampu duduk diam dek kerana hidup bermasyarakatkan ahli yang gagal memahami arahan Allah ini. Justeru, marilah kita sama-sama dalam bulan barakah ini tidak sekadar mengkhatamkan Quran, malah lebih dari itu menterjemahkan amali praktikal terhadap tadabbur maknawi kalamullah suci ini. Kerna percaya dan tanamkanlah keyakinan yang tidak berbelah bahagi, bahawa hanya Islam yang benar dan kamu adalah guru kepada umat ini. Makanya kalian berkewajipan mempertontokan perilaku Rabbaniyah agar masyarakat memahami bahawa Al-Quran bukan sekadar Early Edition malah ianya adalah The Complete and Final Edition.

Oh ye, hari Jumaat. Buat pakcik-pakcik, fas’au ila zikrillahi wa zarul bai’ !!! Tunggu apa laie.. Ayuh!

Allahu’alam,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. me - September 5, 2008

selamat hari lahir!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: