jump to navigation

Kelas Ramadhan 1: Mari belajar mantik dan algebra!! September 23, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh, Mutiara Abi.
trackback

Hai. Susah betul nak cari masa menulis tika Ramadhan ini. Apatahlagi, seketika ini sudah memasuki minggu istimewa yang fadhilatnya telah diulang dengar tidak terkira kalinya. 10 malam yang menjadi buruan sang Muslim yang meletakkan maqasid al-ula nya mencari keredhaan Allah SWT.

Ada dalam 15 minit untuk mencurah rasa sebelum panggilan ke jalan kejayaan berkumandang. Tikamana sudah 22 hari Ramadhan berlalu, manusia kebanyakan masih sepertinya tidak menukar ke gear yang lebih laju, bahkan ada yang sudah berhenti. Berhenti dalam erti kata rasa puas dengan amal yang ada. Berhenti dengan definisi keengganan untuk memperbanyakkan amal soleh. Malahan, saya turut ‘kagum’ kerna adanya pula segolongan manusia yang masih lagi mampu ketawa dan bergurau senda, melakukan dosa secara terangan. Gear “gostan**” nampak gayanya.

Saya amat tertarik dengan mantik perbandingan yang dikhususkan untuk bangsa Melayu agaknya. Tikamana berita tentang 2 anak Melayu memegang babi [Baca Khinzir jika anda alergik dengan perkataan ini!!] disebarkan, pelbagai rasa geli dan geram dan tak kurang maki seranah terhambur. Semuanya dek kerana binatang yang bernama BABI!. Saya bawakan satu mantik untuk saudara fikirkan. Jika memakan daging babi itu suatu yang sudah cukup keji [malahan dosa kerana tidak halal], tersentuh anjing juga dikira hina, meh tolong saya susunkan dosa ataupun dengan kata yang lebih lembut, susunkan perkara dibawah ini menurut tahap kekejiannya.

  • Makan babi
  • Pegang-pegang tangan aweks
  • Berjual-beli secara riba
  • Coupling
  • Cakap “ah” kat mak ayah
  • Menipu pensyarah
  • Mengumpat
  • Ponteng puasa di bulan Ramadhan
  • Makan suap
  • Merogol [samada terhadap diri sendiri maupun orang lain]
  • Pecat tudung
  • Pakai baju keketat dan seksi tapi masih bertudung okay…

Kemungkinan jika anda Melayu, ada besar kebarangkalian yang susunan anda akan kelihatan seperti ini, dengan yang atas terlebih keji..

  • Makan babi
  • Pegang-pegang tangan aweks, berjual-beli secara riba, coupling, cakap “ah” kat mak ayah, menipu pensyarah, mengumpat , ponteng puasa di bulan Ramadhan, rasuah, merogol, pecat tudung, pakai baju keketat dan seksi tapi masih bertudung….
.

Adakah saya sedang mengutuk bangsa sendiri. Sama sekali tidak! Cumanya, sebagai seorang Muslim, mantik yang perlu diguna pakai disini, tidak kira apa jenis larangan Allah dan Rasulnya, makanya kehinaan pelakunya tetap sama. Mereka telah melakukan keingkaran kepada Sang Pencipta. Ada yang pernah berkata, “ala bang.. saya pegang sikit-sikit je dengan dia, takkan tu pun dosa kot.” Cuba tukarkan kepada, “ala bang.. saya pegang babi tu sikit-sikit je”. Bandingkan pula kes kedua, “Kalau awak tak mo saman, hulur ar sikit “angpau raya” kat saya – ujar Sarjan Seman [bukan nama sebenar]”… dan tukarkan kepada “Kalau awak tak mo saman, hulur ar daging babi tu kat saya – ujar Sarjan Seman [bukan nama sebenar]”

Mengertikah isu yang ingin saya ketarakan. Ada segelintir umat Islam yang memandang sepi pada dosa. Tetapi sedikit terkedu pabila dihidangkan dengan hidangan si babi tadi. Mana silapnya? Justeru, pada golongan ini, mungkin mantik ini sedikit boleh membantu anda meninggalkan dosa, atau setidaknya berfikir dua kali dek kerana kejijikan terhadap isu babi ini. Mungkin sudah tiba masanya golongan ini mengatakan pada diri sendiri, ish ini babi, itu babi.. dan akhirnya mereka sedar bahawasanya dosa tetap dosa di sisi Allah SWT.

Ingin saya kongsikan kisah pasangan ini yang belajar di oversea. Mat dan Eton [belum berkahwin] berpegangan tangan sambil sekali merangkul pinggang pasangannya sambil berusaha sesungguhnya mencari kedai kebab halal berdekatan universiti tempat mereka belajar untuk juadah berbuka puasa.

Hmm.. cuba-cubalah dan renung-renungkan moral kisah ini.

Coretan,
Abu Safiyyah

**gostan = reverse gear kalu ikut cakap orang jawa yang terer english aa.
**disclaimer: mohon maaf kepada pembaca yang sensitif dengan pemilihan kata kali ini. mungkin sudah tiba masa orang kita berdepan dengan realiti dewasa ini dan tidak hanya menidakkan sesuatu yang mungkin sedikit ‘ketidak timuran’ pada kacamata kemelayuan walhal bersifat benar..

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: