jump to navigation

Kelas Ramadhan 2: Mari belajar mantik dan algebra!! September 24, 2008

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Tazkirah.
trackback

Semalam bercerita pasal dosa. Hari ni nak bercerita tentang algebra pahala. Mengetahui kira-kira pahala versus dosa menjadikan persepsi minda sedikit kehairanan mengenangkan ummah yang enggan merebut peluang. Dari cerita seorang sahabat tentang rakannya yang memeluk Islam. Bila ditanya, jawapannya amat menarik, “Islam agama yang mudah, cakap benar pahala, buat baik kat orang lain pahala, hah.. senyumpun dapat pahala.” Congakan matematik yang tidak perlukan formula yang kompleks. Bersempena bulan Quran, saya bawakan satu rumus dari sabda Baginda SAW..

‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (‘Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

 Itu sahaja sudah banyak. Apa pula dengan Sabda Nabi SAW yang ini,

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Bukhari dan Muslim)

Wah wah wah. Itu saja sudah Pahala = 1 x 27. Masih ada rumus yang lebih menyuntik rasa gembira dan luapan kobaran semangat yang membara. Dan ianya hanya dapat tersua sekali dalam setahun. Ianya bukan omongan kosong, tapi janji Allah dalam qalamnya,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan tahukah kamu apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat-malaikat dan Jibril a.s dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5)

Algebra yang seharusnya mengujakan hati para mukmin. Justeru apa yang anda tunggu. 1000 bulan kebaikan!! Saya kira anak kecil juga mampu mengira pantas dan silap-silap melopong mulutnya sambil bermonolog “Uiii, banyaknya pakcik. Tak cukup tangan la nak kira!!” Inikan pula anda yang sudah mampu menembusi medan maya. Saya tertarik dengan cadangan dan tips dari akhi yang saya kasihi, Ustadz Halim yang menulis dalam blognya tentang apa yang boleh anda lakukan untuk merebut malam keramat ini.

Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Amatlah rugi jika kita masih bersahaja. Saya melihat fenomena yang sama saban tahun. Masjid kembali kosong. Tidak seperti Ramadhan pertama. Mungkin kerana tiada makanan berbuka percuma. Atau manusia sudah banyak amalnya. Ditolak dengan kesibukan persiapan hari raya dan urusan nak balik kampung, berapakah waktu yang masih tinggal untuk kita memfokuskan bacaan quran dan amalan-amalan lain?

Saya merumus bicara dengan sebuah ungkapan Arab yang bunyinya, “Apa yang tidak boleh didapati keseluruhannya, janganlah ditinggalkan keseluruhannya“. Berdasar semangat ungkapan ini, penuhilah baki-baki Ramadhan yang masih tinggal dengan memperbanyakkan ibadah. Siapa tahu dengan sedikit penumpuan kita di akhir Ramadhan ini, kita akan dipertemukan dengan Lailatul Qadar, iaitulah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga kita termasuk dikalangan manusia yang beruntunguntuk bulan Ramadhan tahun ini. Aminnn

Ayuh. Algebra al-Qadr hanya sah selagi stok masih ada !!

Coretan Ramadhan
Abu Safiyyah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: