jump to navigation

25 Ramadhan 1429H .. September 25, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh.
trackback

Azan Maghrib memalu gegendang telinga. Tika itu tangan ini pantas menadah ke langit. Sambil do’a berbuka puasa dilafazkan, hati kecil mula merintih pada Yang Esa. Waktu do’a dimakbulkan…

Ya Allah. Muga kedatangan Ramadhan menjadikan diri kerdil ini senantiasa bertambah ubud pada-Mu. Jadikanlah umurku senantiasa dalam rahmah, barokah dan perlindunganMu. Muga dosaku setahun yang lepas berada dalam maghfirah-Mu dan dilindungi aibnya pada hari kelak tikamana tiada suatupun yang tersembunyi melainkan akan dizahirkan. di depanMu Ya Allah, jadikanlah umurku yang meningkat ini penuh dengan ibadah dan rasa kehambaan. Jadikanlah diriku anak yang solehah wa muslehah, berbakti buat agama-Mu dan kedua ibu bapaku. Ameen..” Perlahan kuusap lembut tangan kecil ke muka mulusku. Seketika dingin pipi terasa.

Alhamdulillah. 25 Ramadhan menjengah lagi. Sebak menerkam tikamana membaca entri setahun yang lalu. Sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar Safiyyah sudah mula bertateh. Dalam setahun itu, telah banyak ranjau dan liku da’wah yang Safiyyah tempuh bersama abi dan ummi. Terima kasih buat ummi terutamanya dan abi yang sangat sabar menahan keletah anak sulung ini. Muga Allah menempatkan kalian di al-Firdausi milik-Nya kelak.

Hari ni Safiyyah bergelar setahun. Sengaja Safiyyah nobatkan 25 Ramadhan dan bukannya 07 Oktober. Agar diri ini terus dibasahi erti pengorbanan dan perjuangan. Moga do’a rakan-rakan, makcik, ammu, dan pembaca senantiasa mengiringi Safiyyah buat meneruskan kelangsungan baton perjuangan ini.

Oh ya. Ini mungkin entri terakhir sebelum cuti raya. Esok pun abi ada exam, makanya terpaksalah wish ucapan raya awal.

Buat para pembaca yang senantiasa menyokong, buat pakcik dan makcik, buat abang dan kakak, Safiyyah mewakili ummi dan abi menghulurkan ucapan pinta kemaafan andaikata selamana penulisan Safiyyah di alam maya ini telahpun melukai dan menusuk tajam mana-mana hati mahupun menyerang peribadi samada secara langsung ataupun tidak langsung. Buat yang mengenali kami secara personal, tiga puluh jari dihulur mohon diampunkan keterlanjuran kata atau perbuatan yang menyinggung. Mudah-mudahan budaya bermaafan ini melangkaui aspek fizikal semata dan mampu mempertaut ukhuwah yang lebih kemas di masa akan datang.

Buat yang akan pulang beraya dengan memandu kenderaan, Safiyyah ingatkan agar pakai topi keledar, tali pinggang keselamatan dan berhati-hati di jalan raya. Buat para da’e, nyawa anda amat berharga untuk survival ummah ini. Pada abang dan kakak MMU, kalau makan kuih raya tu, jangan lupa bukak nota.  Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester. Muga Allah ganjari usaha kalian.

Oh ye. Ni kali kedua Safiyyah bertemu dengan Eid Fitri. Kali pertama, tak berapa nak nampak orang yang datang menziarahi, sorry yer, maklum lah baru berapa hari tengok dunia. So, tahun ni nak beraya sakan.  Apatahlagi dengan gigi yang semakin kuat mematah-matahkan juadah yang enak tu. Ummi dah buatkan jubah merah untuk Safiyyah. Nak kutip duit raya bebanyak :p. Anyway, untuk kutipan tahun ni, Safiyyah dah tetapkan 10% akan pergi ke tabung Aman Palestin untuk didermakan kepada rerakan yang kesusahan di sekitar al-Quds tu. Kengkawan buat lah sekali ya. Dapat juga kita didik diri kita dari kecil untuk bersama merasai kesusahan saudara seIslam kita ditempat lain.

Akhir kata, “Eid mubarok, Maaf Zahir Batin!!”

Ikhlas,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. pencilboxradioactive - September 25, 2008

selamat hari raya aidilfitri buat safiyyah dan keluarga:)

dan selamat hari lahir..:)
makin comey pulak~

hehe

2. aizam - September 25, 2008

salam~

selamat hari raya jugak pd enta.. terima kasih bnyk2 pd abg… sabar dan tenang dlm mendidik jiwa2 kami ini… andai ada salah dan silap selama perkenalan kita (mcm ayat jiwang lak) 😀 saya pohon maaf yer~

insyaAllah… doakn agar hati2 dan jiwa2 ini akn terus memahami erti dan maksud lantas dizahirkn dlm perbuatan yg istiqamah.. insyaAllah~

jmpa lagi lepas raya…
jazakumullah~

p/s: saffiyah, maaf yer.. abg x de duit raya utk safiyyah 😀

3. ibnukhair - October 9, 2008

Salam..

Kak Pencil, awatnya Safiyyah dok comey ke sebelum ni ;O

Selamat Raya untuk abang Aizam ngan Kak Pencil gak. Jemput datang beraya!

Akhukum,
Safiyyah Khairah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: