jump to navigation

Masih ada harapan.. October 13, 2008

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
trackback

Semalam hari Ahad. Saya bekerja. Kerja sebagai pemerhati manusia. Mengawal selia dewan periksa. Memerhati gelagat manusia sememangnya menginsafkan. Ada pengajaran yang perlu diambil.

Gambaran ini pastinya selalu anda ketemu. Sejurus dibenarkan keluar dewan, berpusu manusia ke arah beg dan gumpalan nota yang ditinggalkan berselerak di pintu masuk. Tangan terus ligat membelek. Cuba mencari dan membenarkan jawapan yang dicoret di kertas jawapan seketika tadi. Mungkin cubaan untuk sedikit menenangkan hati. Ada yang tersenyum lega. Ada pula yang berkeriut dahinya.

Saya mendengar bualan mereka. Keluhan yang biasa terdengar. Mungkinkah kita juga antaranya…

Aduh. Bodohnya aku. Tak baca..
 Kan ke aku dah kabo masuk …
Arghh …
Bodoh! Bodoh!

Hati bergetar. Seakan terselak sedikit gambaran di akhirat kelak. Sinopsis penyesalan golongan yang mengingkari peringatan Allah dan Rasulnya. Betapa telah berulangkali kita digembar gemburkan tentang hari itu. Malah, perumpamaan tentang keluhan sebegini telah didedahkan terang-terangan dalam qalamullah di beberapa surah yang berlainan.

Apa yang pasti, di sana kelak, tiada peluang untuk menyemak dan memperbetul kesilapan. Pastinya hanya pasrah dan menanti giliran. Yang ada mungkin kutukan laknat pada diri sendiri dengan gaya yang lebih dasyat.

Masih ada harapan

Sudah lama saya ingin menulis perihal ini. Baru hari ini ada peluang. Selagi mana jantung masih berdegup, seharusnya frasa ini menjadi pegangan kita. Usah berhenti berharap. Cerita saya untuk mereka. Mereka yang ingin berubah. Berubah menjadi insan yang lebih Rabbani.

Pada yang pernah mengenali saya suatu ketika dahulu. Mungkin ada bezanya. Faqih pada agama mungkin sebabnya. Tidak ingin saya sembunyikan kehidupan jahiliyyah yang menyelubungi juzuk kehidupan lampau. Dahulunya, hidup dalam kerangka Islam tipu-tipuan. Menyangka diri sudah cukup Islamik dengan solat di akhir garisan, hafalan rukun Islam yang lima itu serta sedikit ilmu tentang tanggungjawab seorang Muslim. Islam ketika itu ruangnya bersempadankan pintu-pintu masjid. Walhal, pada masa yang sama, terus menerus menjenguk pintu neraka..

Namun setahun di bumi itu mengubah persepsi ini. Kefakihan terhadap isu pokok menjadi asas pengislahan diri secara total. Faham ini menuntut perubahan praktikal.

Cabaran utama. Terlalu banyak dosa menjadikan saya takut untuk berubah. Masihkah ada peluang buat insan hina ini? Apa ada orang nak dengar ke kalau aku cakap benda baik. Eh, dulu aku pun buat, camne nak nasihat orang laa ni. Pelbagai kerisauan membayangi diri. Dan hadith ini memberi sinar harapan. Menyuntik sedikit semangat. Semalam saya ulangkan pada ahli keluarga…

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَة قَالَ:  اَلنَاسُ مَعَادِنُ كَمَعَادِِنِ الْفِضَّةِ وَالذَّهَبِ خِياَرُهُمْ فِى الْجَاهِلِيَّةِ خِياَرُهُمْ فِى اْْلاِسْلاَمِِ، اِذَا فَقَهُوا …

Dari Abu Hurairah R.A, katanya:

Manusia itu seperti bahan galian emas dan perak. Mereka yang pilihannya di zaman Jahiliyah, pilihan juga didalam Islam, selama mana mereka FAKIH akan ajaran Islam itu…… ” [Muttafaqun ‘alaih]

Jangkaan saya tidak silap. Penilaian manusia akan menyusuri dan mengungkit perlakuan lampau. Justeru, tika saya masuk ke medan, membuka bicara tentang peringatan Rabbul ‘alam. Ada suara yang menyanggah. Dalam diam, saya beristighfar sayu, namun bibir tetap mengukir senyum manis.

Eh, abang K dulu buat camtu. At least saya tak buat pun. Saya buat sikit je..
   Huh, abang K tu pernah ke dulu duduk dalam organisasi kita ni. Cakap bolehlaaa….

Dakwah ini perlu berhikmah. Usah melatah. Rijal yang berjiwa besar tidak mudah tertekan dengan terjahan orang tentang kesilapan lalu. Kerna mereka melebihkan apa yang lebih mulia disisi Allah. Pandangan Allah lebih aula dari jelingan jengkel manusia.

Kaitannya dengan kisah yang saya bawa tadi. Adakalanya, kita telah didedahkan dengan perkara yang benar. Adakalnya juga kita menyedari kesilapan kita lebih awal. Atas sebab kita tidak rajin dan suka studi last minute, maka kita tidak dapat menghabiskan silibus seterusnya tidak skor dalam peperiksaan akhir. Hendak berubah semester depannya takut ditertawakan rakan, kecut digelar mat skema agaknya. Itu hal dunia. Bicara hal akhirat, adakalanya hati kita telah tersentuh dengan khutbah dan hujjah yang membelai halus halwa telinga. Terkadang. kepala mengangguk dalam diam. Namun, bila disua perihal perubahan ke arah yang lebih baik, ringkas jawabnya. Belum datang seru! Nanti saya ubahlah. Alaaa… aku jahat laa dude, kang orang kata apa plak kat aku!!

Mereka takut apa yang kawan kata. Walhal bukan kawan yang akan menyara kehidupan hari tua mahupun membayar balik pinjaman yang berjela. Mereka takut apa orang lain kata. Tapi mereka tak takut apa yang Allah akan kata!!

Usia di dunia teramat singkat. Berubahlah tikamana diberi peluang. Raikan apa yang Allah muliakan. Usah peduli kata-kata manusia hina. Saya teringat frasa orang putih,

The only constant in life is changes!!

Tidak kira siapakah kalian dahulunya, kalian berhak merebut peluang. Makanya, mari kita terus menerus berubah menjadi insan yang lebih baik. Muga Allah ampunkan dosa yang lalu dan menutup keaiban di akhirat kelak.

Percayalah, di sini masih ada harapan!

Allahu’alam
Abu Safiyyah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: