jump to navigation

The Spirit of Eidulfitri. October 30, 2008

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
trackback
.

Ups. Sungguh tidak relevan tajuk ini tatkala kalendar sedah menyelak tanggal Zulka’edah. Maaflah, tak sempat mengupas isu raya Safiyyah kat Pontian, Kota Tinggi dan Kemaman, abi sibuk memanjang. Hmm, jika Ramadhan yang berlalu penuh dengan harapan agar tinggalan taqwa terus bersisa dalam jendela kehidupan seharian baik dari segi perlakuan mahupun tutur kata, apa pula yang patut kita lihat dari Syawal yang berlalu.

Suasana gembira dengan baju baru, warna-warni juadah pemanis mulut, deretan open house serta timbunan duit raya yang ditabur dalam diam bergolaknya ekonomi memungkinkan untuk kita terus bersyukur kepada Tuhan yang Esa. Oh ya, sebut pasal duit raya, Jazamukullah Khair Katheeran buat ammu, acik, pakcik, abang, kakak yang dengan tanpa segan silunya memberikan Safiyyah duit raya tempohari. Alhamdulillah, adalah RM50 untuk rerakan di Palestin untuk Raya Qurban. Muga pakcik dan makcik mendapat habuannya.

Back to issue yang Safiyyah nak kongsikan. Kita melihat dalam Eid yang lalu dengan cerminan pada sudut yang berbeda. Melihat kelibat sanak saudara yang datang dari pelbagai ceruk. Ada yang sudah biasa dilihat, ada yang entah muncul dari mana (hehe, Safiyyah baru kenal la kiranya) dan membawa pelbagai keletah yang ada pengajarannya. Kebiasaan ziarah menziarahi merupaan satu peluang. Maaf-memaafi, kenal mengenali, melebarkan kenalan dan pengetahuan. Kiranya, Eid yang datang setahun sekali ni sebenarnya blessing in disguise gitu apatahlagi bagi seorang yang bergelar dai’e.

Kesempatan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat merupakan satu peluang bagi seorang dai’e menempatkan mesej sucinya. Tika tangan sibuk membuka tudung kuih dengan mulut masih belum sempat menghabiskan juadah yang sebelumnya, kita berkesempatan meneliti aspek perbincangan yang diketengahkan. Bila dihayati topik perbualan, rata-ratanya berbicara perihal kerja sekarang, anak dah berapa, tinggal kat mana, juga tak lupa mengungkit cerita kecil-kecil main di parit, juga kekentalan semangat di zaman ‘ubi kayu’ buat menginjak sedikit paradigma anak muda tentang kesungguhan mereka, masyarakat yang dilahirkan dalam keadaan serba susah. Mungkin hanya ada segelintir yang sempat membicarakan isu terkini lagi sensasi. Politk, ekonomi dan sebagainya. Mungkinnya enggan merosakkan mood raya. Barangkali.

Isu Islam dan masyarakat khususnya? Mungkin hanya wajar mengisi bual di kedai kopi. Justeru, kalian wahai sang dai’e berkeperluan merasakan sesuatu yang sangat mendesak. Dalam dihimpit pelbagai tuntutan dan serangan pelbagai pihak, masyarakat masih mampu menyepi. Sayugianya, bagi seorang pendakwah, Safiyyah merasakan masih banyak tenaga yang kalian perlu gembleng bagi membolehkan masyarakat tidak terus dibuai mimpi panjang.

Merasa sesuatu itu dalam keadaan kronik sangat bagus. Tapi ianya hanya akan memerap menjadi isu basi kiranya tiada susulan yang praktikal. Teringat Safiyyah akan lawak Pak Long tika raya. Orang tua ini tidak lekang dengan mesej kelakar dalam lantang suaranya. Ada saja isu yang ingin dibicarakan. Dalam menceritakan kisah kucing jiran yang mati diracun, dia pun mencelah. Katanya,

Kalau kucing tu berak sepah-sepah. Takkan kita nak salahkan dia. Salahkan diri kita. Dah tu cicak berakpun maki cicak. Ape pasal yang ko tak sediakan tandas. Dah tu, cicak berak nak marah-marah!! Kalau bikinkan tandas, mungkin juga dia berak kat tanda.. Huh! Bikin buang masa je marah-marah…

Lucu tapi sinis. Hah, ape pengajarannya? Simple. Adakala barisan dai’e dok membebel sesama mereka. Berkata itu dan ini. Tapi tidak cuba menawarkan solusi sesungguh yang mampu. Kalau adapun, duk bercakar sesama sendiri dan tidak menggarap mesej sebaik mungkin. Sudahnya, isu tinggal isu, pendakwah terus futur. Menonjolkan imej rabbani dalam tutur kata dan tingkah laku serta memperlihatkan wujudnya masyarakat dakwah yang komited merupakan keperluan. Turun ke medan, bergaul dan perihatin dengan isu masyarakat adalah perlu justeru mengelakkan wujudnya kelompok ekslusif yang faham tetapi kosong amalnya.

Sementalahan Syawal yang pergi, seorang da’ie harus merasakan ziarah-menziarahi itu satu keperluan yang meruncing. Duduk bersama masyarakat sambil memimpin mereka dengan qudwah Rabbaniyah merupakan manifestasi awal tentang berhasilnya tarbiyyah diri. Muga semarak Eid yang lalu menginjak tarbiyyah ke tahap yang lebih tinggi.

Ayuh menguasai medan. Kun Sabbaqan!!

Ikhlas,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. mursyidi - October 31, 2008

Kun Sabbaqan!! teruskan menulis ya akhi

2. ibnukhair - November 3, 2008

Ammu Syidi..

Wah wah.. Menulis dari perantauan gitu.. Makcik sihat ke? Kem salam sama makcik.. Jangan lupe ole-ole untuk Safiyyah ye ;p

Safiyyah Khairah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: