jump to navigation

Eid Terakhir Bersama Buyut.. November 13, 2008

Posted by ibnukhair in Tazkirah, Yaumut Taghabun.
trackback

Kring.. Kring.. 1

Telefon abi menjerit minta diperhatikan. Jam ditangan dikerling manja.

Hmm takde orang lain nak call pukul 5:30 petang ni. Ni mesti Ummi nak suruh keluarkan ayam dari esbox kot..” , getus hati abi bergegas mengangkat telefon bimbitnya.

“Mak Kota”

Hati abi berdegup kencang. Panggilan nenek atau manjanya dalam Java languange, nyai. Hmm, baru semalam nyai call dan sampaikan khabar buyut dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Khuatir usus besarnya pecah. Abi rasakan suatu yang tidak kena.

Assalamualaikum mak.

Wa’alaikumussalam. Ngah. Mak nak kabor ni, yai dah nazak. Ni dah nafas guna alat bantuan. Abah tengah uruskan nak balik Pontian

Oh. Camtu angah siap-siap. Satgi tunggu Nida balik, angah gerak balik ye mak“, ujar abi tenang, sungguhpun di dalam hati cuba mendoakan suatu yang positif.

Kring.. Kring.. 2

Assalamualaikum Ummi. Balik lalu highway ye. Nak cepat. Mak call yai dah nazak. Kita balik kampung ye. Jangan lupa call kan CIkgu Safiyyah, suruh sesiapkan dia terus

Abi, tak sempat ke kita nak gi Giant dulu. Ada urusan office nak kene settlekan..” ummi cuba mencelah.

Hmm, tak sempat la ummi. Penting nie… Kene balik cepat. Hak keluarga.. Esok-esok kita selesaikan had tu pula eh.. ” tegas abi lembut.

Hati-hati driving tu…” pesan abi lagi..

Kring.. Kring.. 3

Ngah, ni mak nak bagitau ni.. yai dah tade...” suara nyai sebak di hujung telefon.

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un……

Isnin, 10 November 2008. jam 5:45 petang. Safiyyah kehilangan buyut yang disayangi. Almarhum Haji Ahmad Bin Kelidin (rahimallahi ta’ala). Tepat seminggu yang lalu, baru saja Safiyyah menemani abi dan ummi ke Kemaman. Pakcik sepupu meinggal kemalangan. Hari ini, berita pemergian buyut pastinya sangat menyedihkan.

yai-bakar

Safiyyah bersama buyut di Eid 1429

Rasanya, seperti baru semalam mengucup tangan buyut di hari raya. Baru semalam tidak endahkan pinta buyut untuk mendakap barang sebentar. Ahh. Buyut masih ceria sungguhpun baru selesai menjalani pembedahan. Umur buyut sudah 70 tahun tapi masih kuat. Kalau tidak ditegah yai dan nyai, dah pasti disongsongnya motor kapcai Yamaha ke kebun untuk diangkat sawitnya. 

Sedih.

Malam itu, kami antara orang jauh yang terawal sampai. Sudahnya yai menegur.

Laju ngah ko bawak

Abi hanya mampu mengukir senyum dalam hiba.

Apapun, di kesempatan ini, Safiyyah memohon ihsan dari pembaca yang berbangsa Muslim agar turut sama menghadiahkan pahala bacaan al-fatihah buat almarhum buyut dan juga bersama mendoakan muga tika dan saat ini, roh arwah buyut ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat perlindungan Allah dari azab neraka. Al- fatihah.

.

Doa Safiyyah, Ummi dan Abi buat nyai Bakar agar terus tabah berubudiyah kepada Allah SWT. Wajar rasanya Safiyyah kongsikan sedikit dialog petikan dari film Sang Murobbi. Bisanya digolongkan sebagai tazkirah kematian.

Manusia bila matinya hanya bisa terungkap dengan tiga kata.. Si polan bin si polan. Lahirnya tanggal sekian. Matinya tanggal sekian

Justeru, apa kita hanya mampu duduk diam. Melalui kehidupan seperti kebanyakan orang. Melalui rutin hidup pagi petang dan malam. Sudahnya tiada sedikit jasa yang mahu ditinggal pada agama ini. Sememangnya bukan ingin kita untuk berbangga dengan apa yang kita catatkan didunia ini. Tapi, cukuplah untuk kita berkira-kira bekalan apa yang bakal dipertontonkan menghadap Raja sekalian alam. Ingatlah. Ajal tidak hanya akan menjemput pabila umur kita sudah mencecah 70-an. Ajal juga tidak mungkin diatur dan dipanggil apabila kita sudah memberi isyarat sudah sedia. Namun, ajal tidak pernah kenal usia. Moga kita yang masih berbaki sisa hidup mampu sejenak mengimbau tinggalan amal kita buat generasi pewaris. Agar da’wah ini senantiasa subur dengan perginya kita. Agar bila kita meninggalkan dunia yang fana ini. Orang-orang bisa mengungkapkan.

“Si fulan tidak pergi meninggalkan kita. Dia hanya mempersiapkan diri untuk satu pertemuan agung yang kekal abadi”

Al-Fatihah.
Safiyyah Khairah.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: