jump to navigation

Cinta di Rumah Safiyyah al-Khair November 27, 2008

Posted by ibnukhair in Bait Muslim, Cerpeneka, Karya Hati.
trackback

Bab 1: Menunaikan Praktis Kerumahtanggaan Kerana Cinta

“..kono kokawayee…kodono kodonee…”

Belum sempat abi membuka mulut, tangan ummi sudah pantas menyambar Motorola V3 miliknya. Sudahnya, menggeleng abi melihat keletah isteri kesayangannya. Dentingan melodi SMS tidak sempat disudahkan.

“SMS ape tu?”, jengah abi manja.

“Hmm, SMS dari naqibah ni… Ummi ada usrah la esok malam bi..” balas ummi.

Kulihat mata abi membulat. Senyum sinis mula mengukir. Tahuku, pasti ada suatu yang bermain di kotak pikirnya. Ape lah agaknya tu….

***************************************************************************

.

Ruangan sesawang mesra.net terus ditelaah.

Harus ada resepi yang biarpun mudah tapi istimewa….” monolog abi sendirian.

Nasi ayam Hainanese. Nasi goreng berempah. Mee Singapura. Beehun spesial. Nasi ayam Madu.

Hah. Nasi ayam madu!! Camna nak buat ni. Madu kat rumah tu pun tak terhabeh lagitu. Boleh try ni. Hmm.. hmm… Menarik menarik.. ” Skrin komputer ditatap, tetikus memutar perlahan dan pencetak sudah memulakan bunyi rasminya.

***************************************************************************

Kring.. kring…”

“Abi. Kita gi makan luar nak. Lepas makan kang kita terus ke usrah ummi ar.”

“Haa.. ye ye.. boleh. Kita makan kat ‘luar’ nooo“, balas abi sambil tangan sibuk menggaul rempah resepi ayam madunya. Perlahan, takut didengar isterinya yang seorang itu.

“Nasi ayam. Sup ayam. Ayam dah diperam. Ape laie ek. Oh ye, rumah mesti bersih. Supaya ummi ngan Safiyyah tak suspek apa-apa. Periuk nasi kasi tutup sikit. Sup letak kat ruang tamu. Tudung leklok. Ayam kasi letak tetinggi. Dapur kasi bersih. Sampah kasi buang. Ahah. Camni baru nampak cam chef bertauliah dari Southampton” , getus abi sambil tersengeh menampakkan gusinya.

***************************************************************************

Honk.. honk….” kelisa hitam masuk ke perkarangan rumah. Abi menadah tangan. Menggunung harapan. Mungkin mendoakan agar ‘surprise’ hari itu gagal dijejak.

Assalamu’alaikum.. abi, Kami balik ni…

Alaikum salam… Masuk la.. Ummi sesiap laa lekas. Nanti kita makan kat ‘luar”

Eh, abi. Apa bau sedap ni. Abi masak ye...”

[ aiyark… kuat sangat hidung orang dapur ni…camna nak cover nie ]

Eh, cepatla mi bersiap. Kang lewat kita ke usrah..“, abi cuba menenangkan keadaan sekaligus cuba mengalihkan perhatian ummi.

Abi masak ni Safiyyah. Sedap ni bau…” , Ummi seakan belum mahu berpuas hati dengan helah abi, terus meluru ke ruangan dapur.

Eh, bersih la plak. Cam tak masak laa. Mana abi nyorok kan ni.. Meh kita cari” ajak Ummi…

Haa.. kan abi dah kabo, dah dah cepat mandi, siapkan Safiyyah”, terjengket  bulu kening abi, tangan memeluk tubuh sambil badan disandar ke dinding rumah.. mungkin menyangka surprise hari itu bakal menjadi..

Gamat seketika rumah No. 37 hari itu. Kelakar seketika melihat abi yang beriya menyorok hasil kerjanya. Senyum ala-ala kerang. Apa la abi ni, dan-dan laa kantoi. Bak kata orang muda laa ni, tak reti cover langsung. Theheehe…

Haaa.. Ummi jumpa. Wah bukan main nyorok laie abi Safiyyah… Kat luar konon, makan kat ruang tamu rupanya.. Ahaks..” jerit Ummi kegirangan. Girang kerna tahu hari itu, dia bakal menjamu selera hasil tangan suami tercinta. Bukan senang nak tengok chef Soton nak masuk dapur. Upss…

Nasi dah jumpa. Sup dah… Tapi mana ayamnya?, Ummi kehairanan.

***************************************************************************

Babak kehidupan seperti ini mungkin pernah anda ketemu jika anda sudah melangkah ke maratib amal yang kedua. Mungkin juga perlu ditinta dalam perencanaan kiranya sudah hampir ke arah itu. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat pembaca. Adakalanya terjumpa oleh kita sebahagian rijal-rijal muslim yang berpendapat bahawa kerja-kerja rumahtangga seperti menata rumah, membasuh, menyidai dan menyeterika baju, memasak dan sebagainya tertanggung sepenuhnya dalam ‘list-to-do’ pasangannya. Malah, tidak keterlaluan ada segelintir yang berpendapat ianya adalah kewajiban sang isteri semata.

Al-Aswad bertanya kepada Aisyah R.A  “Apakah yang dikerjakan Rasulullah SAW di rumah?” Dia menjawab, “Baginda biasa dalam tugas sehari-hari keluarganya, yakni melayani keluarganya, maka apabila datang waktu solat,baginda keluar untuk menunaikan solat” [Riwayat Bukhari]

Nah, kekasih Allah menunjukkan sampel yang tiada tandingannya. Masakan sang dai’e kontemporari hari ini menidakkan peranannya dalam praktis kerumahtanggaan. Siang dengan kerja, malam sibuk dengan aktiviti dan program. Usrah, daurah, katibah memenuhi baki-baki hari. Itu alasan pasca jahiliyah oleh sang dai’e. Ya, pasti boleh saja, sang Isteri melakukan seluruh kegiatan kerumahtanggaan, namun si suami memerlukan keterampilan praktis, perasaan tanggungjawab dan punya-dipunyai terhadap urusan rumahtangga.

Seharusnya, wajar difahami tiada ketentuan qat’ie yang mewajibkan para isteri melakukan seluruh kegiatan isi rumah. Justeru, hendaklah disyurakan bersama sang suami dan isteri secara bijaksana agar tertunainya kegiatan tersebut berlangsung dengan baik tanpa kelibat bebanan yang melampaui kemampuan.

Oh ya, kisah tadi boleh jadi benar, boleh jadi kurang benar. Kiranya anda seorang dai’e yang prihatin, maka anda bisa membenarkannya dalam kehidupan harian. Merasai betapa beratnya proses tarbiyah seiring dengan kerja rumah yang menimbun mewajarkan sang suami membantu amal Islami si isteri. Meringankan bebanan kerja isteri seterusnya membenarkan pentarbiyahan dirinya berlangsung dalam suasana selesa adalah satu keperluan. Melepaskan si dia pergi ke program tarbiyah tanpa diundang rasa bersalah rumah berselerak, baju tak berbasuh, dan pelbagai peranan lain seharusnya dihayati sedalamnya oleh para suami. Isteri yang sempurna proses tarbiyahnya memungkinkan proses pendidikan anak dalam rumah yang lebih berdaya juang, penuh dengan ketaatan pada Yang Esa. Kitar semulajadi yang menjadi taruhan ummah silih berganti.

Ayuh, para bapa!! Lihat baju di ampaian, lipatkan. Pinggan mangkuk di sinki, basuhkan. Beras di kampit, tanakkan. Ummah tidak bisa terbangun dari duduk yang enak dengan omongan dai’e yang malas.

***************************************************************************

Abi, kalau macamni, Ummi suruh Naqibah wat usrah tetiap hari laa..”, usik Ummi.

[ Gulp… ]

Allahu’alam,
Safiyyah Khairah

Sumber Rujukan:

[1]  Muhammad Lili Nur Aulia, “Cinta di Rumah Hassan al-Banna”, Pustaka Da’watuna, Indonesia.
[2] Cahayadi Takariawan, “Agar CInta Menghiasi Rumahtangga Kita”, Era Intermedia, Indonesia.

Advertisements

Comments»

1. aizam - December 4, 2008

subhanallah..

indah nya berumahtangga bila kena pada orang, cara, dan suasananya..

kawen kawen.. 😀 hehe..

2. ibnukhair - December 4, 2008

Salam ammu Aizam,

Ammu kena ar cari acik-acik (baca: satu acik je) yang solehah. Nanti dapat anak solehah cam kita.. Boleh ar buat memain ngan Safiyyah nanti.. Thehehe….

InsyaAllah.. orang baik musti dapat acik baik jugak!

Safiyyah Khairah

3. iwa - January 12, 2009

besnya kakda ada abg k.harap2 wa ketemu jodoh yg baik jugak.takde jodoh pon tak apalah, mungkin wa penting utk benda lain.ciao

4. ibnukhair - January 13, 2009

Salam Mok Teh,

Allah kabo kat dalam Quran, “pompuan baik untuk laki baik.. laki baik untuk pompuan baik..” Mok Teh buleh punya.. perbaiki diri bebetul.. kang soh ar abi Safiyyah carikan..

Tapi keyword dia.. ayoh perbaiki diri!!

Anak sedara yang comey,
Safiyyah Khairah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: