jump to navigation

Merumput Jahiliyyah. December 4, 2008

Posted by ibnukhair in Celoteh, Cerpeneka, Tazkirah.
trackback

Lama aku tercegat. Sahaja kuperhatikan gelagat abi yang khusyuk di perkarangan rumah. Sekejap tunduk, sekejap mencangkung. Sekejap tangannya kulihat mengutil pepasir tanah umpamanya mencari barang yang hilang.

Eh, anak abi sayang buat apa kat belakang abi ni. Meh duduk sebelah abi. Come come… ” lamunanku sedikit tersentak dengan teguran abi.

[abi buat ape tuh]

Nak tolong ke? Nie haa abi tengah bersihkan rumput yang tumbuh..” jawapan abi mematikan ruang benak fikirku. Seolah abi sedang membaca fikiran kecilku ini.

.

Cuba Safiyyah tengok ubi yang abi tanam minggu lepas tu. Dah tumbuh dah sikit. Tak lama lagi boleh laa kita makan ubi kayu. Banyak tu. Bleh buat pelbagai rasa… Kita suruh ummi goreng, masak pedas, rebus dan sira.. Huish… Siap laa ummi kang..“, terang abi girang melihat kebun ubi didepan rumah sudah mula membuah hasil.

Actually, Allah hidupkan ubi ni bukan sesaja untuk kita nikmati kelazatannya. Pada setiap inci lingkungan pengaruhnya telah Allah jadikan pelbagai perumpamaan untuk kita hadamkan. Itupun jika kita cuba jadi kaum yang mengerti dan melihat dengan teliti..”, ujar abi lagi memula pendidikan pinggiran ala santainya.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Qur’an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (nya). [17:89]

Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu. [29:43]

Aku labuhkan punggung dekat abi. Sambil tangan menguis-nguis tanah.  Cuba mengiyakan pepatah melayu “bapak borek anak rintik” barangkali.

[apa pula perumpaan yang kita boleh ambil dari kehidupan si ubi ni? Safiyyah tak faham aaa abi..] Mataku membujil, meminta abi meneruskan bicara petang. Semakin berminat.

Safiyyah tentu tertanya kenapa abi harus merumput sedangkan masih ada kemungkinan ubi ni akan terus tumbuh dalam kepesatan dan persaingan sengit si rumput? Ye laa, musim hujan lagi.. takyah siram pun okey.. ” monolog abi seolah faham persoalan yang bermain di ruang minda…

Cuba kita umpamakan si ubi ini seperti keimanan yang kita miliki. Dan kawanan rumput ni bak pelbagai cabaran, dugaan, mehnah, tribulasi yang didatangkan oleh puak jahiliyah samada secara sengaja atau tak sengaja. Sang rumput, dijemput atau tidak pasti akan terus menonjolkan ketokohannya. Televisyen, anime, majalah hiburan, deretan lagu dan novel cinta, Barclays Premier League dan entah apa lagi di luar sana tu tak pernah diundang. Namun, sedar tak sedar hiburan pelbagai genre ini kerapkali menghakis sentimen keimanan kita. Dari selalu solat jemaah, akhirnya terjelepuk dibuatnya bila melihat aksi Gerrard versus Ronaldo. Dari selalu menegur orang tentang bahaya percintaan pra-kahwin, akhirnya sendiri termakan oleh hasutan ayat-ayat cinta dan prebiu bioskop yang pelbagai. Jahiliyah tidak pernah kontang dengan idea. Mereka menata pentas kehidupan dengan cukup tersusun. Sedar tak sedar, generasi pewaris ummah ini semakin longlai dengan jahiliyyah ala moden ini.. “, terang abi bersungguh.

“Tengok ubi ni. Takat 2, 3 ketul rumput ni apa laa sangat. Orang mungkin kata tak bawa kesan. Tapi pada abi, jika kita nak ubi yang berkualiti, hal yang enteng seperti ini perlu diambil kira. Mungkin disebabkan terpaksa berkongsi nutrien dengan yang 2,3 ketul ni menjadikan cacatnya ubi-ubi ni kelak. Terbantut ke.. tak manis ke.. Keras sangat ke… “

“Sama macam orang hari ini. Mereka menyangka tidak mengapa dengan prospek jahiliyyah yang berskala kecil ini. Alaa.. sikit-sikit maaa.. skema sangat laa ko ni… Ahah. Pesan abi, iman kita iman manusia. Perlu diurus secermat mungkin. Menghalang sekecil-kecil kuman jahiliyyah, beerti membenarkan cahaya iman untuk terus melebar dengan sihat.”, abi semakin bersemangat. Habis si rumput yang dijumpanya.

Merumput jahiliyyah pula tidak boleh sekadar sehari dua. Perlu konsisten. Tengok rumput ni.. Abi cabut hari ni. Esok dia pakat dah senyum balik. Jahiliyyah ni pun sama. Sebab memang Allah jadikan kebaikan ada kejahatan. Jadi, memang dia senantiasa ada berlegar. Nak tak nak kita kene senantiasa merumput. Paling baik. Dicabut dengan akar-akarnya. Kalau takat patahkan daun dia nie je. Esok dia cakap hello lagi!”

[Uhh.. rumput pun leh cakap ke abi..]

Ohh.. ada lagi. Tak boleh berhenti camtu je. Kita bukan sekadar nak ubi biasa. Ni bukan ubi biasa, lemak mesti cukup, manispun, dan juga menawan rupa bentuknya. Bila kita dah pastikan konsistensi kita merumput jahiliyyah berada dalam tahap yang agak baik, jangan dilupa cik ubi! Keimanan perlu pula dibaja dengan secukupnya. Tak berapa menariklah kan bila dah tak buat benda-benda jahiliyyah, tapi tak pernah juga jadi lebih baik. Alang-alang nak syurga, biar syurga Firdaus terus. So, bacaan tilawah Quran perlu dipertingkat. Dari tak menghafal, terus laju menghafal. Akhlak diperelok. Dengan kata lain, melapangkan lapangan jahiliyah dan menggantikan dengan hamparan ketakwaan. Justeru, kedua-dua kerja ini harus seiring. Merumput jahiliyyah dan membaja keimanan. Baru dapat bukan ubi biasa! Camtu, baru steady!“, tegas abi sambil kedua-dua ibu jarinya dinaikkan, lagak pelakon Sang Murobbi,.. cip!!

Eh, jomla masuk. Dah nak Maghrib. Rasulullah SAW pesan kat kita bila dah nak masuk Maghrib, budak-budak kecik cam Safiyyah kene angkut masuk rumah, pintu dan tingkap perlu dikunci… Jom jom!“, abi menamatkan bual petang di hujung minggi itu.

Frasa yang acapkali menyapa telingaku tatkala fajar menyingsing. Moga kalimah ini menjadi darah yang mengalir subur dalam agenda kehidupanku. Buat rakan pembaca, ayuh kita buangkan jauh kelibat pengaruh jahiliyyah dan beriltizam dengan kehidupan Islami. Bagi yang kurang baik, jom jadi baik. Bagi yang dah memang budak baik, usah berpuas hati, terus berusaha menjadi yang terbaik!! Fastabiqul khairat!!

Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Qur’an ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran. [39:27]

Allahu al-Musta’an,
Safiyyah Khairah. 

Advertisements

Comments»

1. hamdan al-kandahlawi - December 13, 2008

masyaAllah./..perumpamaan yg baek ya akh:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: