jump to navigation

Ramainya !! January 12, 2009

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Palestinaku, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: , ,
trackback

solat

Eh,ramai juga orang ariniye? Dapat 5 saf  gamaknya“, soal saya mulai bicara.

Biasalahtu Sir. Minggu exam... ” balas seorang siswa yang duduk di sebelah saya usai Dzuhur.

Minggu exam kira minggu solat berjemaah kot erk..” tanya saya lagi bersahaja, sinis…

Pemuda tadi hanya tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Seketika terasa bahu digenggam kemas.

Termenung apatu syeikh?”. Ah, monolog sendirian rupanya. Noktah.

********************************************************

Teringat saya bual minggu orientasi sessi yang lalu. Sudah 6 bulanpun berlalu. Membincangkan perihal lambakan barisan pemuda bermuka jernih menghiasi laman masjid acapkali memutikkan bunga-bunga harapan, mengobar semangat baru.

Bang, nampak gaya tahun ni ramai bebudak kat masjid ni. Sejuk hati tengok. Lepas solat, ramai juga yang baca Quran“, ujar seorang akh, riang.

Baru hari pertama akhi. Nanti kita tengok lepas seminggu. Bila senior-senior diorang dah pulang kampus. Kiblat pun dah tahu arah. Kita tengok sapa  yang istiqomah nak turun masjid ni lagi...” nada saya mendatar.

Bukan enggan berharap. Tapi, acapkali telahan itu benar. Namun, tidak pernah sesekali ianya melunturkan tekad mengubah keadaan ini..

Harap-harapnya,makin ramailah hendaknya...”, ujar saya lagi, kali ini positif…

Muka anak buah yang tadinya optimis berubah. Pesimis mungkin. Harapnya tidak mengendur keazaman.

********************************************************

Menulis rangka cerita berpayungkan musim peperiksaan seringkali merungkaikan kedaifan manusia dari segenap sudut. Melihat warna muka separa kaku, suasana sepi dan tegang seolahnya mampu menyembunyikan rasa kelam kelibut yang bersarang dihati, yang adakalanya sangat menyesakkan minda sesekali. Itu gambaran biasa.

Yang saya kupaskan di sini mungkinnya luarbiasa. Keterdesakan merasakan betapa lemahnya diri untuk menyudahkan ulangkaji, kegusaran akan kebolehan diri untuk menyelak helaian demi helaian soalan periksa dengan yakin atau setidaknya cuba mengharapkan ketemu sedikit magika tika langsung di dewan perhitungan umpama percikan nur di balik bukit Sinai.

Apa tidaknya, lihat saja isi masjid. Seminggu mungkin akan kekal gambaran yang diberikan di awal esei. Merasa diri hamba, bingkas menolak si siswa dan siswi bersimpuh sopan di tikar solat. Belum azan berkumandang, masjid sudah di tuju. Solat di awal waktu, bersungguh untuk berjemaah. Usai solat, tangan diangkat tinggi ke langit.  Sesekali esak mengharap memecah hening.

Alangkah indah jika pemandangan seumpama ini bisa bertahan dan bukan retorik minggu peperiksaan semata. Pastinya Gaza akan riang ketawa.

Susuk gagah perwira Islam serta langkah ayu sang mujahidah tidak seharusnya hanya sesekali menyapa tangga rumah Tuhan ini. Umpamanya, mampu menjadi menjadi medan kawat kecam. Berbaris dalam saf dan menjerit kuat di dalam hati “Hey, I’m a Muslim juga okayy...” Ibaratnya juga, Tuhan hanya bingkas melihat tika musim periksa, tika diri mengharap, tika bulan Ramadhan dan tika ada sesuatu yang dihajatkan. Praktis yang menggambarkan kepincangan amal Islami dalam diri seorang siswa siswi Muslim hari ini.

Kelibat jasad rohani yang meninggi dan mencapai klimaks ketika musim periksa harus mampu senantiasa mewarnai keperibadian harian seorang siswa siswi muslim. Ayuh, berusaha jadikan ianya sikap peribadi dan bukan hanya hobi picisan.

Gaza…

Usah berhenti berharap.
Inikan pastikan jadi pemandangan biasa di hening Subuh.
Bertahanlah saudaraku…
Bertahanlah…

Tika itu datang,
Kuyakin Gaza kan tersenyum riang.. 

 

Nukilan,
Abu Safiyyah,
10:05am, 11 Muharram 1430 Hijriyah,
Dewan Periksa.

 

 

Advertisements

Comments»

1. al-kandahlawi - January 12, 2009

bertahanlah2..mungkin ramai g semayang kt luar kut..:D kt surau BBU ke..tmn bunga raya ke..husnuzzon je la..tapi realitinya mcmtulah.kalo ada org hantar bom pun,tkdak sapa tau masjid dh kena bom.mari sama2 berusahalagi..

2. ibnukhair - January 13, 2009

Ammu al-Kandahlawi…

Husnudzon semestinya.. tapi rasanya valid time Asr dan Dzuhur jek kot…. Mungkin depa pie kelas kaa, takpun ada lab kaa.. Tapi kan kalau Subuh, Maghrib dan Isya’ tada… Susah jugak nak husnudzon tu.. tak syak zon rasa dah agak baik 🙂

Papehal, tugas semua ni nak perbaiki diri!! Kalau nak solat jemaah pun susah, tak layak lagi nak di hantaq ke Palestina.. Huhu

3. anonymous - January 14, 2009

husnudzon? apa tu eh?
🙂 sesat jalan bertanya

4. ibnukhair - January 14, 2009

Salam ammu/acik anonymous…

Kalau takut sesat jalan kena perkenalkan diri dulu kot, baru orang senang nak tunjuk jalan kot ;D Kalau tak takut orang lari, ingat penculik saja tanya jalan ke kan.. haaa.. tak ke naya..

Husnudzon = baik sangka.. atau lawannya syak wasangka = syak dzon..Allahuálam

Safiyyah Khairah

5. al-kandahlawi - January 15, 2009

hakikatnya..masjid dh jauh dr hati Muslimin..nak tunggu dtgnya kekuatan Islam..apabila wujudnya sifat “arrijal qalbuhu mu’allaqun fil masjid.”..para permuda yang hatinya terpaut pada masjid..insyaAllah teruskan usaha…

kepada anonymous,letak la nama ke ape ke..sedap sikit nak panggil :p tambah berkat..:)

6. azharizhahir86 - January 31, 2009

Assalamualaikum..
Best artikel nih..

Teringat waktu Ke melaka under Tiket Aman Palestin..
Sebenarnya nak tengok ikhwah2 melaka camne..
teruskan beristiqamah~.
wassalam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: