jump to navigation

Titik Fitrah January 21, 2009

Posted by ibnukhair in Mutiara Abi, Palestinaku, Tazkirah.
Tags: , ,
trackback

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, penghulu segala Nabi serta buat para sahabat Baginda r.a serta para pengikut mereka sehingga tibanya hari ketentuan kelak.

Berkecimpung dalam ruang legar pendidikan yang berdindingkan makhluk bernama  manusia banyak mengajar saya erti insaniyah.

Print

Mencipta kerangka fizikal robot malah mereka kod bagaimana harusnya robot itu diaktifkan untuk mencapai tujuan tertentu kelihatannya agak kompleks. Namun, bagi mereka yang memperuntukkan masa dan tenaga, pasti sahaja bayangan dan gambaran yang diberikan itu ibarat dongengan tidak berasas. Mengemudi ciptaan yang tiada titik fitrah ini terlalu mudah jika ingin dibandingkan dengan ciptaan terindah yang juga boleh jadi terhina di muka bumi ini. Ciptaan yang dikurniakan oleh Sang Maha Pencipta dengan pelbagai deria dan keupayaan. Itulah MANUSIA !

Saban hari kita dipaparkan kekejian dan kezaliman manusia di dada akhbar. Mak jerut kepala anaknya, belum cerita lagi kes pembuangan bayi yang berleluasa. Terbaru, seorang ayah mencampakkan anaknya ke dalam tong sampah. Lumpuhnya rasa kemanusiaan sehingga sedikitpun tidak bersisa. Itu jika dilihat dalam skala kecil dan individu.

Peristiwa Gaza diganyang Israel laknatullah seharusnya mengetuk pintu-pintu hati mereka yang bergelar manusia apatahlagi yang menyifatkan dirinya Muslim untuk setidak-tidaknya melahirkan rasa simpati. Namun, jika kita perhatikan, masih ada mereka yang entah ke mana hilangnya rasa dan sensitiviti. Israel yang sekangkang kera dibiar bermaharajalela oleh tok-tok sheikh yang hanya pandai bercakaran di atas meja rundingan. Masih ada juga yang termanggu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya mengkalisifikasikan fenomena ini sebagai lenyapnya titik fitrah!!

bolaFitrah suci manusia mengajar untuk dia belas. Fitrah suci manusia mendorong untuk dia berlaku baik. Fitrah manusia yang suci ini jugalah menghalang dia dari berbuat onar dan kejahatan.

Titik fitrah ini mampu dilonjakkan bila kita berlapar (puasa biasanya), bila kita melangkahkan kaki ke dalam masjid, bilamana kita dimedan perang dan disapa sayu mangsa perang dengan darah yang menyimbah. Pendek kata, titik fitrah ini mampu berinteraksi dan dirangsang di bawah beberapa keadaan yang mana ianya mengkehendaki kita merasakan kebergantungan total terhadap yang Maha Pencipta. Merasakan diri sangat naif dan lemah tak terdaya adalah antara yang perlu diusahakan. Saya ada rasa percaya kiranya perang di Gaza berlaku dalam bulan Ramadhan, nescaya kutipan Aman Palestin akan melonjak berlipat kali ganda!

Perihal dunia hari ini adalah gambaran sebaliknya. Manusia semakin kaya. Lihat sahaja tok-tok Arab yang dihidangkan dengan deretan kolam minyak. Sehinggakan hati mereka seolah keras membatu dan otak membeku. Membiarkan saudara seakidah menderita dalam siri yang panjang, membenarkan diri dijadikan alat pemerintah durjana. Lahirnya masyarakat tiada peri kemanusiaan ini juga adalah antara natijah langsung hasil larinya hati-hati dari diikat pada mimbar masjid.

Bagi mereka yang sudah berhasil meletakkan titik fitrah mereka ke tempat yang sepatutnya, ianya bukanlah pula satu asbab yang membolehkan mereka mendabik dada dan mengatakan pada dunia, lihatlah aku, aku orang yang punyai fitrah! Titik fitrah ini akan terus bergerak, semena ke depan dan seketika ke belakang. Adakalanya pula tersasar ke kiri dan kanan. Makanya, titik fitrah ini harus terus teruja dengan tarbiyah rabbani. Mengekalkan diri dalam cetakan Islami merupakan kerja yang tiada titik noktah. Dan jangan dilupa terus mendoa…

Seperti yang terdapat dalam hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata..

Bahawa Baginda Rasulullah SAW kerap membaca doa :

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu”. Maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ?

Maka Baginda pun menjawab: “Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).

Perang al-Furqaan seperti yang diistiharkan oleh HAMAS adalah perang pemisah antara yang hak dan batil. Di sini juga kita mampu muhasabah dipihak manakah kita berdiri. Masih berbaki kah titik fitrah di bulatan al-haq? Kiranya ada, syukur dan terus gandakan usaha untuk mendidik diri senantiasa basah dengan jihad suci ini. Pemboikotan tidak harus terhenti dengan naiknya bendera gencatan senjata. Boikot ini bukan untuk mereka sahaja, ianya adalah tarbiyah individu untuk kita fahami bahawa individu Muslim itu perlu punyai izzah (rasa bangga sebagai Muslim).

Justeru,bagi mereka yang tiada rasa ataupun cuba menidakkan titik fitrah untuk berada di tempat yang sepatutnya..

Bagi sang hamba yang tidak pernah mahu tunduk pada Tuhannya..
Buat sang isteri yang selalu buat suaminya bermuram durja..
Buat si anak yang tak endah pesanan ibu dan bapa..
Buat sang pemimpin yang hanya dambakan harta..
Buat mereka yang titik fitrahnya hilang entah ke mana..

Untuk diri anda..
Tanyakanlah soalan ini sejujurnya…

“Apa yang jadikan anda lebih mulia dari robot? “

Nukilan,
A.S.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: