jump to navigation

28 January 22, 2009

Posted by ibnukhair in Karya Hati, MyUsrah, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: , , ,
trackback

Ikhwah yang abang kasihi, sebagai orang paling tua dekat sini dan bertambah tua lagi 5 hari, terima kasih kerana berjaya menghadirkan jiwa orang muda dalam diri ini.  Duduk bersama kalian merupakan satu nikmat dan tarbiyyah untuk diri ini. Jiwa pejuang!! InsyaAllah teruskan usaha antum..

Terngiang pesanan abi dalam ucapan penutup sebelum melucutkan jawatan selaku Komanden Kem Jalinan hujung minggu tempohari. Melihat rantaian pemuda berjiwa besar yang pulang dari Aussie, NZ dan Korea sememangnya acapkali mencampakkan bunga-bunga riang di atas jalan dakwah ini.

Abi dah makin klasik! Safiyyah takmo celoteh banyak kali, just nak tulis sajak sikit untuk abi dan untuk kita semua renung-renungkan…. Bacakan ye 🙂

Abi,
Dah 28 tahun dah…
Nabi dah start pulun da’wah dah..
Senyum senantiasa terindah dalam mehnah,
Abi macamana ?

Abi,
Dah 28 tahun dah…
Nabi punyai kasih Khadijah..
Penolong no. 1, penyokong dalam gundah,
Abi, ummi macamana ?

Abi,
Dah 28 tahun dah…
Masih belum membuka mana-mana Kota Islam layak Muhammad al-Fatih..
Masih belum mengetuai perang umpama Ubaidah al-Jarrah,
Abi, errr macamana ni?

Hmm.. hmm.. Perenggan terakhir tu actually tersentuh dengan entri terbaru dari acik Mujahadah. Satu pernyataan ringkas yang dush dush!! Menerjah jauh ke lubuk hati. Isk isk.. Safiyyah kena start something ni, errr nak start apa ya..

InsyaAllah, usia yang meniti melayakkan kita bicara soal mencipta kematian. Lazimnya, celik sahaja mata, minda mula berputar ligat memikir bagaimana harus kehidupan terencana buat mengisi kehidupan hari itu, esoknya dan kemudian hari. Jarang-jarang kita menghimpun otak kiri dan otak kanan agar turut berkongsi aspirasi perihal mencetak kematian.

Safiyyah bukan cakap pasal bunuh diri or letupkan diri okay. Safiyyah just nak ajak acik, ammu, abang, akak-akak dan kengkawan untuk cuba setidak-tidaknya membayangkan dimana harus anda posisikan diri tika mana ajal mula mengintai. Adakah anda baru mula-mula nak insaf, yang tak pakai tudung mula nak pakai, yang hoha hoha mula tunduk menyopan, or kalian antara mereka yang baru nak start bukak balik Al-Quran dan menjejak kaki ke masjid mengisi masa pencen.

Safiyyah husnuddzon insyaAllah. Safiyyah yakin yang sedang membaca  blog ni bukan calang-calang orangnya. Cumanya mungkin kita boleh muhasabah balik diri agar menyasarkan tiap saat detik kehidupan yang ditempuh mendatangkan manfaat buat orang lain yang ada dalam ruang capai kita. Bagi yang berkerjaya, cuba mengoptimakan posisi mereka serta harta untuk memartabatkan agama yang mulia ini ke tempat asalnya. Bagi yang masih belajar, peruntukkan masa yang banyak untuk cuba bertateh memperbaiki diri dalam rangka kerja mengesani masyarakat. Sesiapapun kalian, kalian berhak untuk percaya bahawa sumbangan kalian walaupun sedikit bakal merencana suatu yang positif buat ummah ini.

Sina’atul maut !! Berganding-ganding, bahu membahu.. agar kita punya upaya dan daya untuk mencipta jalan kematian yang penuh cerita. Biarkan ajal menjemput kita dalam sapa senyuman penuh makna!

Selamat Ulang Tahun ke-28 Abi. Muga usaha da’wah abi senantiasa mengesani kami (Safiyyah dan Ummi) terutamanya serta masyarakat sekitarnya.

Nukilan,
Safiyyah Khairah

Advertisements

Comments»

1. ismirieya - January 22, 2009

Assalamualaikum!

Selamat ulangtahun buat Angoh nun di Melaka..

Moga2 terus sukses kehidupan fid dunya wal akhirah bersama famili~

p/s:Safiyyah dengar cakap abi wa umi wa moksu naa..

2. mR - January 22, 2009

salam bro..
Hepi burfday ke 28
semoga pnjg umor n murah rezki slalu.

3. al-kandahlawi - January 22, 2009

salam…

Maulid Mubarak ya akh khair..

moga dgn bertmbhnya usia,maka bertmbhlah dkt dgn Allah,dan dekat dgn syurga…InsyaALlah..

p/s : nak kek?ana leh blikan:P

4. ibnukhair - January 23, 2009

Wa jazakumullah khair ….

Doa untuk ana thabat di atas jalan ini merupakan kek yang paling terindah 🙂

Jom pakat bukak Kota Islam Malaysia 🙂

A.S.

5. aizam - January 23, 2009

errr… salam

happy belated birthday… wah.. suda 28… semoga berjaya menggapai matlamat 😀

6. awe - February 14, 2009

Selamat ulang tahun..salam ziarah dari Sydney


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: