jump to navigation

Saya nak jadi budak kuat, awak macamana? January 29, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Kampungku.
Tags: , , ,
trackback

Alhamdulillahi Rabbal ‘alamin..

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, sekalian para sahabat dan pengikut-pengikut mereka  sehingga datangnya ketentuan Allah kelak.

img_8213

Ni la kebun sawit yai Safiyyah. Tada pokok dah sebab tengah tanam semula. Dulu masa kekecik, abi la kena gerak pepagi ikut yai pi kebun. Tolong kutip biji sawit. Yai kata, setiap biji tu duit, tapi kengkadang tu nakal juga. Kalau dah banyak sangat biji berterabur tu, kitorang cecampak je bawah pelepah kering. ” ceria celoteh abi mengimbau kenangan lebih 15 tahun yang kini diputar kembali dari memori yang sudah agak berhabuk.  

 

Cuti raya Cina kalini kupastikan kaki ini menjejak sisa-sisa perjuangan zaman kanak-kanak abi buat pedoman di hari tua. Entah kali yang keberapa mengajak abi, baru kali ini beroleh kesempatan.

img_8206

Ummi nak tau, kalau pergi tu abi kene pegang keta sorong kat belakang. Nasib la kalau abah bawak laju, kene pulak jalan bukit bukau tanah merah ni. Haii.. tau je laa tangan ni menahan” celah abi, dicuitnya bahu ummi sambil membelek-belek lengan. Mungkin sedang cuba berkira-kira membandingkan ototnya dengan tangan Malek Noor, jaguh bina badan tu.

Tapikan, kalau prestasi abi bagus, kutip buah rajin, dapatla balik tu kang abah bagi can merempit. Thehehe.. Belajar bawak moto kat kebun. Jadilaa..” sengih abi.

[Abi..buah kelapa sawit kan besar dan dan berduri, abi larat ke angkat]

img_8234

Mendongak kepalaku melihat buah kelapa sawit di celah pelepah yang bersimpang siur.

Uish, abi dulu angkat juga.. Tapi yang kekecik ar, kalau yang besar tu guna kaki.. golek-golekkan. Takpun, terbalikkan keta, angkat seslow pastu kumpul kat depan. Kira power jugak aa

Just abi nak kabo, kerja ni kerja yang berat, dan ianya perlukan orang yang juga kuat. Bukan takat kuat fizikal. Azam kene kuat. Kerja kena kuat. Mentalpun kena kuat, mana taknya kalau buat kerja lambat-lambat mau kene bebel dengan abah!” ujar abi bersemangat.

Dush.

img_8269Petang yang seakan mendung itu kami sekeluarga gunakan untuk rehlah bersiar-siar di kebun sawit atuk. Setelah berpossing di kebun sawit, Safiyyah berkesempatan berkenalan rapat dengan sekelompok kambing boer sambil beramah mesra menghulurkan bantuan makanan kepada kambing-kambing yang memerlukan.

Safiyyah tertarik dengan ungkapan abi.

Kerja ini kerja yang berat, justeru ianya berkehendakkan kepada orang-orang yang kuat!

Risalah al-Islam yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan orang hari ini merupakan satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT.

Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam [3:19]

Penyisihan Islam dalam hidup kebanyakan manusia termasuk di antaranya sebahagian orang yang menggelarkan diri mereka Muslim merupakan antara tamparan hebat terhadap hakikat kesyumulan al-Islam sebagai panduan hidup. Justeru, meletakkan kembali agenda Islam sebagai solusi yang mengatur kehidupan segenap kelompok masyarakat dilihat sebagai satu keprihatinan yang agak mustahil dan terlalu berat dari sudut pandang manusia.

Kerja da’wah atau dalam kosa kata yang lebih ringan, menyedarkan mereka yang berada dalam ruang capai kita tentang wujudnya Allah, dosa dan pahala, neraka dan syurga mewajarkan kita untuk duduk muhasabah menilai kekuatan diri. Hal yang demikian adalah kerana kerja ini bersifat sukar, berat, mencabar, tiada taburan pujian, pangkat serta harta malah ianya menuntut pengorbanan segenap segi samada berupa tenaga kerja, masa, hatta wang ringgit.

Kekuatan apa yang kita cari? Jika kekuatan mental, maka kita punyai bilangan cerdik pandai yang tidak kurang jumlahnya, belum dicampur tolak mereka yang sedang memerah minda di tingkat akhir pengajian universiti. Jika kekuatan fizikal, mungkin saja bisa dipanggil ahli sukan, bina badan, dan artileri ketenteraan untuk memikul tugas ini. Jika kekuatan rohani pula, para imam dan bilal masjid dan surau yang begitu banyak, para munsyid dan hafiz yang bersepahan pasti ada jawabnya.

Lithanul haal afsah min lithanul qalam
Bahasa perbuatan lebih kuat dari bahasa percakapan

Alangkah indah jika semua fraksi kekuatan yang kita gambarkan terhimpun dalam jasad yang satu ini. Moga kita dijauhkan dari golongan yang selalu mentakwilkan apa yang saya cuba gambarkan dengan tafsiran negatif.

Owh, kerja ni kerja berat laa dude.. sorry ar aku tak larat. Kita pass kat orang kuat je laa kot noo… Kita tolong sesikit jadi aa..

Sebaliknya, mantik yang perlu kita guna pakai seharusnya mendesak kita untuk terus berusaha menjadi orang kuat. Kesedaran bahawa agama ini tidak akan bergantung pada golongan mereka yang lemah longlai, yang suka bermalas-malasan, yang hanya suka mengambil kesempatan sewajarnya menyentak minda sedar kita untuk tidak terus terjerumus dalam konflik ummah ini. Ingatlah, agama yang benar ini akan terus unggul dan tidak pernah rugi dengan mereka yang mengambil jalan mudah. Makanya, kita yang harus rasa rugi kerana tidak bersama menggembleng sepenuh kekuatan dan potensi diri untuk bersama agama ini

img_8275Kuatkan diri anda. Azam harus diperbaharui. Istiqamah dalam menuntut ilmu. Seterusnya harus turun praktis amal sebenar di medan kehidupan seharian. Jadilah model islami yang senantiasa qudwahnya dirasai berjalan bertebaran menata tetangga kemasyarakatan.

Saudara/i yang saya hormati, jika anda sudah kuat, jawablah pertanyaan saya ini

Sudah kuatkah anda menyelak selimut senipis dedaunan kering itu dan bangkit menuju rumah Allah untuk Subuh berjemaah ?”

Allahu’alam,

Safiyyah Khairah,
Felda Tunggal,
Kota Tinggi, Johor.

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment