jump to navigation

Gempita February 20, 2009

Posted by ibnukhair in Cerpeneka, Mutiara Abi, Yaumut Taghabun.
Tags: , ,
trackback

“Abanggggggg….. Lori tuuuuuuuuuuuuuu!!!!”

Spontan dirasakan tangannya memaut kemas memutar stereng Kelisa SE kesayangannya ke kanan jalan. Darah mengalir laju, degup jantung seakan tersentak. Dalam otaknya, cuba menyelamatkan diri dari rempuhan trailer 5 tan yang meluncur laju dari arah bertentangan.

gempar

Bang!!

Sebelah kiri keretanya disentap. Berpusing 360 darjah. Meraba dahinya. Terasa hangat darah yang mengalir pekat. Seketika berpinar. Dunia gelap.

Noktah.

Kemudian (ingatlah keadaan Yang berlaku) apabila datang suara jeritan Yang GEMPITA (dahsyat). Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak-anaknya. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara Yang cukup untuk menjadikannya sibuk Dengan hal dirinya sahaja. [80:33-37]

Seketika membaca perenggan terakhir surah ‘abasa, perasaan Umair tak semena sebak. Deras airmatanya menitis mengenang peristiwa setahun yang lalu. Gambaran duniawi yang pastinya tidak sehebat amaran Allah dalam qalamnya.

Allah mengenakan sentuhan lingualistik yang amat mendalam. Gambaran pendahuluan tentang perihal hari kemudian. GEMPITA. Mungkin saja jika disuakan pertanyaan kepada sang sasterawan, bisa mungkin perkataan gempita terganti dengan perkataan sinonim yang antara lain tafsirannya kuat, lantang, dan sebagainya. Tapi lafaz gempita lebih sesuai. Lebih keras. Menembusi halwa telinga. Penamat keseronokan, prolog kepada suasana seterusnya.

sesalUmair bukan terkenangkan jeritan zaujah kesayangannya. Namun, benak hatinya kesal dengan sikapnya hari itu. Biarpun spontan, sepatutnya dia lebih memikirkan keselamatan isterinya sungguhpun nyawanya bakal menjadi galang ganti. Apatahlagi, zuriat permata dalam kandungan turut terkorban. Ah. Pasrah.

Mungkin jika diberi peluang kali kedua, pasti stereng kereta akan dihala ke kiri. Biar diri yang hina ini yang menjadi mangsa hentaman lori durjana. Biar diri terhimpit menghembus nafas terakhir tapi yang tersayang terus hidup. Umair rela.

Itu mungkin hanya ideal mimpi sang manusia. Hakikatnya, manusia adalah insan yang akan pentingkan diri bilamana tersua keadaan kritikal yang menuntut reaksi spontan. Gambaran yang Allah lakarkan sejelasnya dalam mukjizat hebat ini. Namun, berapa ramai orang yang ambil tahu. Suasana seorang individu yang melarikan diri daripada orang yang paling hampir dengannya. Talian persaudaraan entah ke mana.. sibuk menghitung perihal keselamatan diri sendiri tatkala nama disergah oleh Tuhan Sekelian Alam. Cukupkah amalku. Berapa banyak dosa. Amal jariah bagaimana? Solat? Puasa? Dakwah?

Isteri? Ah, usah ditanya.. aku sendiri belum tentu lepas…. Anak? Biarkanlah, akuni kalut menghitung buku harian…

Umair redha. Harap Umair, muga manusia sedar tentang ceritanya. Harap Umair, muga teladan dan gambaran ini lebih dekat dan mengesani hati pembaca. Harap Umair, agar mata terus basah, hati terus tersentap, otak berputar, jiwa khadam tunduk ubudiyah bilamana sergahan, amaran, penceritaan Tuhan terhadap hambanya mengambil tempat di hati insani.

Nukilan,

Abu Safiyyah,
Jum’atil Mubarokah,
Kantor FET

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: