jump to navigation

Di antara Fikrah dan Jemaah February 23, 2009

Posted by ibnukhair in MyFikrah.
Tags: , ,
trackback

Segala puji hanya untuk Allah, selawat dan salam untuk penghulu ummah, Muhammad SAW. Tersangat penat. Namun nyawa yang satu harus dioptimakan penggunaannya untuk mengesani masyarakat. Come accross one good analogy in one good article by Ust. Halim. Dengan sedikit pengubahsuaian dan pembetulan  Disclaimer: Tulisan ni agak berat, sila beri komentar tentang  mana-mana istilah yang sukar difahami dan perlukan penjelasan lanjut. Ianya tiada kaitan dengan mana-mana kejadian. Ianya adalah ilmu yang seharusnya dihadamkan oleh sesiapa yang ikhlas berada di atas jalan ini. Muga bermanfaat.

picture1ma8

Ideologi adalah asas. Organisasi adalah alat, guna menggerak dan memenangkan Ideologi.

Alangkah cantiknya jika Fikrah (Ideologi) dan Jemaah (Organisasi) berjalan seiring berpegangan tangan. Ideologi perjuangan adalah asas yang asasi kepada organisasi. Organisasi hanyalah alat untuk menggerak dan memenangkan Ideologi. Namun apabila berlaku perbezaan yang nyata, bahkan pertentangan dan pertembungan, disini para Duat diuji kefahamannya dalam amal dan keikhlasannya dalam mencari redha Ilahi.

Saya belajar ilmu kejuruteraan sehingga memahami kira-kiranya, falsafahnya, konsepnya dan aplikasinya. Saya mengenali sunnah alamnya yang ditetapkan Allah dari ilmu (fikrah/ideologi) yang dipelajari seperti F=ma, p+1/2v2+gh =C, F=Gm1m2/r2, A+2A=3A dsb. Setelah tamat dan menjadi jurutera saya menganggotai organisasi (jemaah) Institution of Engineers Malaysia (IEM) atau Syarikat XYZ, berupa badan-badan (jemaah/organisasi) yang ditubuh bertujuan mengerakkan atau mengaplikasikan ilmu, kefahaman, fikrah atau ideologi yang saya telah pelajari dan yakini. Jika organisasi berjalan seiring mengikut ilmu yang saya fahami, saya bekerja dan gembira bersamanya. Segala ilmu dan tenaga saya curahkan melalui organisasi tersebut demi mencapai objektif yang digariskan. Sebaliknya jika IEM atau XYZ berjalan jauh dari ilmu, fikrah atau ideologi yang saya pelajari seperti F=pa, p(pressure)+mgh(energy)+etc = C, F=Gm1/m2r2, 2A+3A=AA dsb yang salah, yang akan memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap rekabentuk dan keselamatan, maka disini seorang jurutera mempunyai 2 pilihan didepannya samada

(i) Memejamkan mata demi ketenangan perjalanan organisasi tersebut (tak nak kecoh-kecoh) dan terus berada di dalam IEM, XYZ atau..

(ii) Bangun merubah demi ideologi atas asas ilmu dan kefahaman yang telah tertanam kukuh dalam sanubarinya, jika berjaya maka ia terus berada di dalamnya, jika tidak, dia meninggalkan IEM, XYZ dll dengan baik dan berkerja dalam organisasi lain yang menepati ideologi yang sahih pada pandangannya.

Fikrah adalah asas kepada Jemaah. Oleh itu dalam membina asas perjuangan, Ilmu didahulukan peranannya. Allah SWT menurunkan ayat “Iqrak” , “allama bilqalam” (Allah mengajar ilmu kepada manusia dengan pen), “allamal insana ma lam ya’lam” (Allah mengajar manusia apa yang da tidak tahu), kesemuanya menitikberatkan ilmu dan membina ideologi perjuangan terlebih dahulu.

Fikrah letaknya di hati dan aqal. Jemaah adalah bentuk disiplin dan undang-undang. “Tidak ada paksaan dalam Ad-Deen (Aqidah)” (Al-Quran) kerana aqidah letaknya di hati. Hati hanya dapat ditawan dengan menanam keyakinan melalui ilmu dan hujjah. Sebaliknya disana memang ada paksaan dalam menerima Sistem dan Peraturan Islam yang mengatur hubungan manusia diluar ruang hati. FirmanNya bermaksud, “Perangilah mereka sehingga tiada fitnah, dan semua Ad-Deen (Sistem/undang-undang) tunduk kepada Allah” (Al-Quran). Oleh sebab itu kita tidak dibenarkan Allah memaksa umat dunia untuk masuk Islam, tetapi kita disuruh memaksa umat lain menerima Undang-undang dan Sistem Islam melalui Jihad yang menundukkan mereka. Hakikatnya, apabila Sistem Islam menaungi mereka dengan fitrah, hidayah dan keadilan, pintu hati-hati mereka terbuka menerima masuk Aqidah ini tanpa banyak bicara. Ini disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan dibuktikan dalam Seerah.

Organisasi boleh memaksa ahli menurut pengurusannya tetapi tidak boleh memaksa seseorang merubah keyakinan dan ideologi perjuangannya hanya melalui arahan dan akta. Merubah fikrah seseorang hanya boleh dicapai melalui menanam keyakinan, ilmu dan tarbiyah sahaja semata-mata.

Manhaj perjuangan adalah sebahagian dari Fikrah yang mesti jelas kepada kesemua ahli dalam sesebuah organisasi. Ini termasuk kepentingan tarbiyah sebagai asas amal yang berjaya mencapai matlamat, cara dan laluan mengadakan Taghyir (perubahan) dalam masyarakat, sifat-sifat keperibadian muslim, asas dan ciri masyarakat dan negara Islam, projek membangun Tamaddun Islam buat umat ini dsb. Ketidak jelasan di dalam memahami hakikat-hakikat (Fikrah) di atas mengikut Serah dan Sunnah Rasulullah saw akan membawa permasalahan dalam organisasi (Jemaah). Adalah suatu nikmat dan kejayaan jika Organisasi berjalan mengikut Ideologi. Namun, jika pertentangan berlaku diantara Ideologi dan Organisasi, pada pandangan saya, Fikrah yang merupakan asas, sentiasa didahulukan dari organisasi (Jemaah) yang hanya merupakan alat kepada Fikrah tersebut. Bahkan, mendaftar sebuah organisasi untuk ahli-ahli berkumpul tidak sesukar membentuk ideologi dalam jiwa ahli-ahli untuk berjuang. Wallahu a’lam.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: