jump to navigation

Mukhayyam: Suatu Analisa Tarbiyah April 7, 2009

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Palestinaku.
trackback

Segala puji hanya untuk Allah SWT, Tuhan yang memiliki seluruh alam, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Muhammad SAW, rasul junjungan, para sahabat Baginda R.A dan sekalian pengikut-pengikut yang komited menterjemahkan pengabdian total kepada Yang Haq.

Kami BINA: Hah!!
Kami BINA: Hoh!!
Generasi Gaza !

Terkenang seketika pekikan gempita dan bersemangat para mujahideen (insyaAllah) yang menyertai perkhemahan belia Melaka 2009 hujung minggu yang lalu. Masih ralat kerana tidak berjaya menyertai misi terakhir pendakian cabaran berliku Gua Batu Maloi tatkala kelewatan menyiapkan kerja-kerja dokumentasi dan penerbitan video. Moga Allah ganjari usaha kecil ini dengan limpahan rahmatNya kelak.

perkhemahan-belia-melaka-2009-092Usia muda dalam da’wah dan tarbiyah ini sudah menyaksikan penyertaan saya dalam beberapa siri Perkhemahan atau apa yang saya kenali di peringkat awal dalam istilah tarbiyahnya, Mukhayyam. Mungkinnya tidak dapat dibandingkan dengan jumlah yang tertera pada testimonial para sahabat yang lain seperti akhi Zul, akhi Amru dan sebagainya. Namun, mudahan pengajaran yang tersirat mampu difahami pada kadar yang lebih kurang serupa.

Jujurnya, saya begitu mengerti tentang betapa pentingnya untuk tidak sedikitpun mengambil ringan perihal mengikuti siri wasail tarbiyah yang tersusun dalam rangka mendidik jiwa seorang dai’e. Namun, lebih jujur jika saya katakan, Perkhemahan Belia Melaka 2009 telah menyentap minda sedar saya agar responsif terhadap kehendak tarbiyah. Pengamatan terhadap reaksi para peserta menyedarkan betapa pentingnya wasail tarbiyah yang bersifat luaran dan fizikal seperti ini.

“Bang, saya tak tahan ar dengan nyamuk kat sini” ujar seorang peserta.

“Awat kamu tak nak makan sama?”
“Saya makan sikit je bang. Takut kang sakit perut. Tandas tak selesa laa kat sini. Abang faham-faham laa kan…”

Rupa-rupanya tarbiyah kepungan dan gencatan bantuan makanan yang keras sebegitu telah mendidik jiwa anak bangsa Gaza. Rupa-rupanya kebiasaan bergelap dan hidup serba susah telah membangkitkan jiwa pejuang dalam darah generasi muda Gaza. Rupa-rupanya meninggalkan kesenangan dan kemewahan hidup di kota dan berkecimpung dalam medan tarbiyah yang lasak telah mampu mendidik jiwa rabbani anak-anak kecil itu.

Ianya tarbiyah untuk diri saya. Ya, saya berhak untuk rasa geram, kecewa, sedikit sedih tika melihat anak bangsa yang dimomokkan kesenangan yang melimpah ruah tidak lagi punyai semangat juang apatahlagi ketahanan diuji kesusahan dan pancaroba kehidupan. Bergelumang dengan kesempitan hidup yang tidak sampai 60 jam saja sudah bisa menerbitkan keluhan tidak henti. Namun saya menganalisa dalam. Allah sedang mendidik saya. Melihat mereka, menjadikan saya rasa bersyukur ditarbiyah begini. Menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Senantiasa siap siaga. Berilah apapun situasi, jiwa dai’e yang sabar dan tabah pastikan terus menggempur tanpa sedikitpun menoleh belakang. Bukan sebaliknya, mengharapkan situasi sekitaran sentiasa memihak kepada kita.

Dalam tarbiyah, saya percaya bahawa setiap sesuatu yang berlalu punyai mesej rabbani. Allah senantiasa memerhati kita. Ujian demi ujian samada hasilnya berlaku pada diri kita ataupun ke atas orang lain mewajarkan kita untuk menilai dari sudut positif. Dengan usaha untuk terus menerus muhasabah diri mengaitkan apa yang berlaku dengan pentarbiyahan diri menghilangkan sedikit rasa gundah gulana melihat ragam objek da’wah yang pelbagai.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [29:2-3]

Duhai dai’e, kita tidak seharusnya kecewa malah harus senantiasa gembira dan syukur kerana Allah masih ingin mendidik kita. Akhirnya, sungguhpun tarbiyah Mukhayyam dicetak sebegitu rupa untuk mendidik diri peserta, namun masih ada pengajaran yang besar untuk kita hargai!

“MemBINA Generasi Qudwah Gaza”
Abu Safiyyah,
Hutan Lipur Gua Batu Maloi.
 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Comments»

1. al-kandahlawi - April 7, 2009

insyaALlah…

sgt menarik!

2. emir.abu.khalil - April 7, 2009

assalammualaikum,

entri yang bermakna akh, ummat ini masih memerlukan didikan untuk membentuk peribadi seperti di Gazzah, semoga Allah membantu dan memberkati usaha-usaha yang dilakukan untuk memperbaiki ummat ini.

jzkk atas entri ini…

3. ibnukhair - April 7, 2009

Jazakumullah Khair akhi..

Lama tak jenguk thetalkingpen. Moga ikhwah di sana sihat dan mantop sokmo!

Bersama kita membangun jiwa ummah yang lesu insyaAlah.

4. emir.abu.khalil - April 7, 2009

wa iyyaka akhi,

mailah jenguk~ tak apa akhi, kesibukan enta difahami ;), in sya Allah, doakanlah kami semua di sini, kami di sini turut mendoakan kalian di Malaysia.

takbir! Allahuakbar~

5. zul - April 19, 2009

salam ‘alayk

insyaAllah sama2 terus usaha memartabatkan Islam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: