jump to navigation

Gertakan Keinsafan April 29, 2009

Posted by ibnukhair in Sketsa Kehidupan, Tazkirah, Yaumut Taghabun.
Tags: ,
trackback

Minggu yang sudah, BBU 37 bertambah ahlinya. Bukan apa, nyai Safiyyah bertamu menemani atuknya yang berkursus seminggu. Perut sedikit terisi kerana tengahari menghadirkan teman makan bersama. Jika tidak, kesibukan harian ditambah kemalasan menapak deretan tangga acapkali menidakkan hak perut ini. Ramuan masakan emak tersayang pastinya sedikit mengubat kerinduan.

Sabtu. 25 April 2009. Tarikh ini kelihatan biasa. Sesetengah mereka menjalani hari dan rutin kebiasaan. Sesetengah yang lain mungkin sedang enak membelek helaian koleksi buku yang terhidang di PWTC. Saya dan keluarga. Ianya agak luar biasa. Petang itu pastinya menghadirkan gerun. Saya gelarkan ia Gertakan Keinsafan!

Petang itu, Safiyyah kelihatan ceria seperti biasa. Hari itu juga, atuk dan neneknya akan melambai pulang. Usai makan tengahari yang agak lewat, ruang tamu sedikit ceria dengan kelibat atuknya yang suka mengusik. Seketika kemudian.

Abi.. eh apesal Safiyyah menggigil gigil ni… ” ujar Ummi cemas.

Bingkas bangun dan melihat wajah insan kesayangan. Jarum waktu terasa seakan berputar pantas. Saya sedikit terkedu. Melihat anak yang seorang itu dalam keadaan kritikal secara tetiba bukanlah suatu yang mahu diundang. Badannya seakan kejung, tangan meronta kesakitan, mata mula menutup  rapat dengan putih mata mula dominan. Jujurnya, ini kali pertama saya berhadapan situasi sebegitu. Kepala ligat memikir.

Abah, start enjin keta bah. Kita gi Hospital. Ummi, lekas salin baju….” dalam tidak keruan itu, pantas tubuh separuh bermaya itu disambar dari tangan umminya.

Terasa sempit.

Baca selawat Ngah, ayat kursi tu… gosok-gosokkan kepalanya..” emak kesayangan bersuara. Sedikit menghadirkan tenang.

Mulut kumat-kamit. Sesekali syahadah mengungkap keluar dari mulut diiringi sesekali dengan salawat. Tubuh kecil yang semakin lemah itu kupeluk erat. Baju yang dipakai kelihatan sedikit basah dengan rembesan air liur anak kecil. Sesekali menggoncang perlahan. Khuatir nafas terhenti. Terngiang-ngiang ayat pesanan Ilahi yang sudah kuhadam lumat lewat usrah yang lalu…

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya” [63:11]

Hatiku bergetar. Toyota VIOS milik abah memecut laju mencelah deretan kereta mencari jalan ke Hospital Pantai. Sesekali kepala anak kecilku urut-urut. Dadanya masih berombak sungguhpun perlahan. Diam. Diam yang mengundang seribu tanya.

Hati kecilku begitu mengharap.

Ya Allah, selamatkan mujahidah kecilku ini. Jadikanlah dia penolong agamaMu kelak ya Allah

mujahidah-abi

Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud !!

Allah. Sungguh kerdil diri ini. Mungkinnya gah di alam dunia namun tiada apa yang termampu dibuat tatkala disua masalah kecil sedemikian rupa.

Bah berhenti depan tu. Kat kecemasan tu

Meluru keluar menuju wad kecemasan. Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh melihat keadaan anak kecilnya seperti itu.

Safiyyah diberikan ubat penurun suhu. Dimandikan untuk meredakan kepanasan badan barangkali. Seketika,esak tangis memenuhi ruang kecemasan. Esak tangis yang biasanya menghadirkan risau sebaliknya kali ini menjanjikan suatu yang positif. Nafas ditarik lega. Reaksi semulajadi yang setidak-tidaknya memberi sedikit khabar gembira.

Alhamdulillah….

Sungguh. Ianya saya gambarkan satu ilustrasi kehidupan yang menguji. Realiti kerdilnya diri. Sungguh. Seseorang harus belajar dari apa yang Allah hadirkan di sekelilingnya. Alangkah ruginya jika pengalaman hidup ditempuh tanpa sebarang ibrah dan pengajaran. Masakan mereka masih mampu berjalan mendabik dada menidakkan hak Tuhan tatkala Tuhan juga yang mereka cari tikamana dihimpit sengsara. Oh. Hinanya.

Apapun. Itu tentang Sabtu yang lepas. Ianya menambahkan aset pengalaman yang saya kumpulkan. Yang pasti, ianya tidak akan sesekali melunturkan semangat juang ini. Bahkan, seharusnya ianya menjadikan saya sekeluarga lebih sabar, cekal dan thabat di atas jalan ini. Tidak ingin rasanya kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi lantaran sayang yang tidak bertempat.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi” [63:9]

Dan. Saya rasa pengalaman kali ini adalah antara picisan teknik Tuhan untuk menguji. Pastinya ada khabar gembira menyusul. Sepintas lalu, ayat yang sedang dihafal bermain di benak minda…

Mereka berkata: “Janganlah kamu takut,” dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak). [51:28]

Pada Allah kami panjatkan segala puji kesyukuran dengan ujian dan khabar gembira yang datang. Safiyyah juga sudah kembali ceria. Muga Allah merahmati hidup kami sekeluarga.

jihad-matlamat-kami1 

Allahu’alam
Abu Safiyyah

 

Advertisements

Comments»

1. Sofea Zulaikha - April 29, 2009

Pakcik, taska tengah musim demam la, ramai kena viral fever. Sofea pun demam sejak Rabu minggu lepas, baru je ok nih.. InsyaAllah Safiyyah takde apa2..

2. pencilboxradioactive - April 29, 2009

assalammualaikum

hurmm…
entry kali ni benar2 mengundang keinsafan.
semoga safiyyah yang sangat comel itu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik drpada Allah SWT.
dan membawa seribu kebahagiaan kepada ummi dan abinya:)

* tiba2 teringat ibu bapa di kampung:P

3. emir.abu.khalil - April 29, 2009

bismillahi walhamdulillah,

berombak juga dada membaca rentetan cerita penuh debar ni akhi, apa pun, orang yang merasai tentunya lebih terasa sakitnya…

apa pun, syafahAllah, semoga bayi kecil itu cepat sembuh, agar ia menjadi dewasa dengan hati dan jiwa yang besar… barakAllahu fiik akhi 😉

4. ibnukhair - April 29, 2009

Salam Sofea,

Haa.. Sofea jangan nenakal.. sian kat mama ngan papa tu.. Nanti dah ada adik, boleh laa Sofea lak jaga adik..

To Lina and akhi Emir,

BarakAllahu feekum Sekadar berkongsi kisah.. Muga ada pengajaran yang memaku di peta minda. Jazakumullah khair atas do’a kalian. InsyaAllahul ameenun…

5. aizam - May 2, 2009

salam…

gertakan keinsafan tu mmg menghempap dada yg membaca… ape lagi org yg plg rapat…

Semoga safiyyah cepat sembuh yer.. jgn nenakal… sian umi ngan abi… huhu.. 😀

6. ismirieya - May 3, 2009

uh..patut tak terjumpa Khairah di Shah Alam itu hari..

wes sehat urong?

Moksu doakan kamu baek2 belaka ye..

7. azril'kiara - May 3, 2009

semoga tabah akhi !

8. Safiyyah Khairah - May 4, 2009

Thanks Ammu Aizam ngan Ammu Azril,

Safiyyah dah sihat dah.. tapi sikit meragam.. Nak kasih sayang lebih kot.. hehe..

Mok Su!!

Pie KONWANIS ke?? Awat tak habaq? Kita balik Ganu aa.. ada majlis sikit.. Nanti update laa kat blog citer Mok Su eh.. Rugi rugi tak pie..

9. Jebat - May 13, 2009

Assalam,
lama x jengah blog ni,so skrg dah ok kan cucu tok su.

Take care …. Doa dari jauh aja

Wassalam.

10. Al-Imtihan – Sini dan Sana « Tateh Ibnu Khair - May 23, 2009

[…] diuji sekali lagi dengan simptom yang sama jam 5 pagi tadi. Kesian umminya saya tengok. Menggagahkan diri dalam penat untuk meladeni demam […]

11. Umar di BBU 34 - June 13, 2009

Salam ziarah..semoga kak safiyyah n family sihat dan ceria2 selalu di bawah rahmat Ilahi…

Something to share…
http://www.nhs.uk/Conditions/Febrile-convulsions/Pages/Introduction.aspx

http://www.patient.co.uk/showdoc/23068735/

Semoga bermanfaat…

Nanti jomla datang umah…bolela kita main sama2… 😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: