jump to navigation

Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan May 15, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
Tags: ,
trackback

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Segala rafak kepujian untuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk habibullah, Rasulullah SAW, sekalian para sahabat R.A dan pengikut-pengikut mereka yang berpegang dengan jalan yang mulia ini.

“Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan.” Begitulah tema sambutan Hari Belia Negara 2009 yang bakal berlangsung hari ini di bumi bersejarah Melaka nan indah. Justeru, saya mengambil kesempatan ini merakamkan Selamat Hari Belia kepada barisan pejuang belia khususnya yang beriltizam meletakkan dakwah kepada Allah sebagai misi dan agenda hidup mereka.

Seminggu berlalu sudah program Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis atau ringkasnya KBAZ. Baru hari ini sempat menukilkan sebahagian pemerhatian. Sibuk dikejar urusan kehidupan yang sudah tergendala berminggu lamanya. Kelihatan di alam maya sudah banyak nukilan hamburan pujian dan ucapan syabas dari kalangan peserta mahupun pemerhati bebas. Sememangnya keteladanan yang terpimpin seperti ini seharusnya mencetak deretan bait kata indah. Saya tidak mahu ketinggalan. Syabas PEMBINA!!

 

Himpunan Koleksi Aksi KBAZ

Himpunan Koleksi Aksi KBAZ

Saya cuba sedikit kritis. Persepsi saya melangkaui hari kejadian. Masih terngiang ungkapan seorang sahabat lewat halaqah di pelabuhan dingin Southampton tanggal 4 tahun yang lalu.

“Usrah sebenar bermula dengan Tasbih Kifarah dan Al-Asr”

Menjadi sebahagian dari PEMBINA memungkinkan pembaca mentafsir penulisan saya sedikit berat sebelah. Apapun, saya diajar untuk menulis seteliti mungkin dan pastinya jujur kata kuncinya. 

Sesudah berusaha dengan keberanian ‘paksa rela’ untuk berdepan masyarakat. Samada berjumpa dengan barisan kepimpinan masyarakat, Pengarah Pusat Islam, Imam Besar Masjid, Pengurus Mydin, Rektor mahupun Pengarah Hal Ehwal Pelajar, natijah kesudahan dan keberjayaan KBAZ akhirnya hanya mampu diserahkan bulat-bulat kepada Yang Esa. Alhamdulillah. Rata-rata, itulah frasa pujian yang agung, yang meluncur laju dari mulut para sukarelawan dan barisan pemuda-pemudi yang bertungkus lumus untuk KBAZ.

Oh. Saya baru menulis perihal mukaddimah sebenarnya.

Adakalanya (dan selalunya) saya memerhati program-program yang besar seperti ini memungkinkan para penganjur dihimpit kepenatan yang melampau. Sudahnya, selepas program, ahli-ahli penganjur menghabiskan masa yang telah lama tidak dinikmati bersama keluarga. Tidak kurang juga yang melepak, dalam erti kata rehat sejenak. Kami sudah berjaya, inilah masanya untuk menghirup udara kerehatan! 

Saya tidak lihat demikian pada sahabat-sahabat saya. Sekali lagi, saya tidak bertujuan memuliakan sesiapa. Dan jika adik-adik, abang-abang, saudara saudari pembaca terasa tergolong dalam kalangan yang saya maksudkan. Maka saya doakan dan ajukan tahniah, barakAllahu feekum !!

Saya melihat wawasan yang sangat jelas termateri pada jiwa-jiwa muda ini. Esoknya selepas KBAZ, mereka menjalani kehidupan tarbiyyah yang sudah tersusun. Riadah pagi masih terus berjalan. Ziarah ikhwah dan akhowat seperti kebiasaan. Mereka tidak terkesima dengan pujian!! Meeting, perjumpaan, perhitungan untuk event dan program yang bakal dirancang terus mengambil tempat seadanya. Kerja lebih banyak dari masa yang ada…

Saya jujurnya kagum. Kagum dengan semangat seperti ini. Tarbiyyah yang tesusun pastinya mampu menghadirkan jiwa pejuang yang hidup. Komited pada siri wasail tarbiyyah yang pelbagai tidak hanya berkisar kepada perjuangan individu. Ianya wajah sekelompok ahli yang cuba memasyarakatkan dakwah. Tarbiyyah sudah sebati dan menjadi sebahagian darah daging dan kehidupan mereka. Saya ada rasa yakin. Yakin bahawa pemuda berwawasan seperti ini pastikan mampu memimpin masyarakat suatu hari nanti kembali kepada Yang Esa.

Ikhwah wa akhowat,

Maksimakan potensi anda. Gembleng dan arahkan sepenuh tenaga anda ke arah jalan ini. Injakkan duri-duri yang merintang jalan ini dalam-dalam. Biar ia terpasak jauh ke pusat bumi. Laungkan semangat juang yang tak kunjung putus. Jangan sesekali kita biarkan kata pujian, mahupun rintihan kepenatan membatasi potensi fitrah yang kita ada. Ayuh. Kita biarkan masyarakat menilai. Agar mereka sedar bahawa ada ceritara hidup yang lebih indah. Ada kelompok belia yang harus mereka dokong bersama. Usaha sehabis baik sehingga datang ketentuan Allah.

Dan (Dia) memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [65:3]

Itu sedikit analisa. Mudahnya, kejayaan tidak hanya terukur dengan betapa gahnya program yang kita anjurkan. Tidak juga kepada siapa VIP dan wang yang kita belanjakan. Kerana dakwah lebih mulia dari itu. Dakwah menuntut kita menzahirkan aura akhlak, keperibadian dan tauladan. Dakwah mengajak kita membumikan apa yang kita fahami dengan tarbiyyah dalam pola kemasyarakatan setempat. Dakwah menginginkan dari kita agar lawan dan kawan merasai keberadaan satu sistem uluhiyah yang jitu. Muga kita bersama menggerakkan kejayaan dengan wawasan Ilahi.

Selamat Hari Belia 2009 !

Nukilan,
A.S.
Hari Belia Negara 2009. 

Advertisements

Comments»

1. abu mujahid - May 16, 2009

syabas di atas suatu kefahaman yang berjaya dibumikan dlm bentuk contoh yang real… semoga diberkati

2. ibnukhair - May 18, 2009

Wa iyyaka ya akhi… Teruskan perjuangan!!

3. ismirieya - May 18, 2009

salam safiyyah!

tidak join berehat ke tioman kah?

4. azril'kiara - May 18, 2009

suka dgn wording ‘paksa rela’ ..

huuu~

5. ismamelaka - May 18, 2009

Salam Mok Su,

Tu ar pasal.. pepaham ar abi kita ni kan.. Lagi minggu imtihan ni.. Adess.. Melepas nak snorkelling ;p Tape, nanti mok Su dah kelija, mai sini culik kita sat.. bole kita jenjalan sesama.. tapi dalam negara tak main ar.. luar ok ;p

Ammu Buroq Putih,

Adakalanya, sesuatu yang baik harus dipaksa-relakan untuk terus melangkah.. err.. Buroq tu tak pernah dipaksa relakan laie eh?

S.K

6. azril'kiara - May 18, 2009

senario pujian2 manusia ini sbnrnya menggusarkan hati sy.
merasakan tanggungjawab semakin berat dgn anjakan ini.
kita memerlukan pendapat2 kritis utk penambahbaikan gerak kerja masa depan.

ayuh .. kita teruskan melangkah !

7. S.K - May 18, 2009

Salam Mok Su..

Tu ar pasal.. pepaham ar abi kita ni kan.. Lagi minggu imtihan ni.. Adess.. Melepas nak snorkelling ;p Tape, nanti mok Su dah kelija, mai sini culik kita sat.. bole kita jenjalan sesama.. tapi dalam negara tak main ar.. luar ok ;p

Ammu Buroq Putih,

Adakalanya, sesuatu yang baik harus dipaksa-relakan untuk terus melangkah.. err.. Buroq tu tak pernah dipaksa relakan laie eh? Macam 31 May tahun depan tu.. erm ermm.. kena paksa.. baru melaju,… toink toink 😀

S.K

8. azril'kiara - May 18, 2009

waa ..
mane tau ?
tensen aa dok shah alam ni ..
jumpe org melaka pun sama ..
xde mende lain nk ckp ..
asek ‘mende tu’ je ..

igtkan nk fokus dgn kerja ..
aaaa ..~
tp mmg betul ..
‘mende tu’ mmg dipaksa ..
nk xnk ..
kene rela ..
setuju dgn ‘baru melaju’ ..
dah lama garap dr kata2 nta ..
byk kali cuba pahamkan ..
tp xpenah rasakan ..
so kene rasa la~

aizam .. teruskan 😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: