jump to navigation

Al-Imtihan – Sini dan Sana May 23, 2009

Posted by ibnukhair in Sketsa Kehidupan, Yaumut Taghabun.
Tags: , ,
trackback

Rafak kepujian pada Empunya alam, hasbunAllahu wa ni’mal wakeel. Selawat dan salam buat Baginda SAW, penghulu kenabian.

Safiyyah diuji sekali lagi dengan simptom yang sama jam 5 pagi tadi. Kesian umminya saya tengok. Menggagahkan diri dalam penat untuk meladeni demam panas anak kami yang seorang ini. Sudahnya, Kelisa SE memecut laju membelah hening pagi. Alhamdulillah, sudah beransur pulih.

al-imtihan

Itu satu imtihan buat kami. Pagi ini pula, saya bertugas mengawasi peperiksaan semester. Musim imtihan (peperiksaan) yang sedang berlangsung untuk para pelajar di kampus saya. Pulaknya, ‘terkena’ kertas BAC3674 – 3 jam lah jawabnya ‘mengetatkan‘ muka dan berubah watak kepada cikgu disiplin yang sedikit garang..

3 jam – suatu penyeksaan?

Rata-rata para pengawas peperiksaan akan mengeluh bila disuakan dengan peperiksaan dengan kod subjek bermula dengan abjad BAC. Arghh.. accounting! What I’m suppose to do in this 3 hour.. Pheww… antara keluhan mereka.

”]Menunggu Perhitungan

Sudahkah pula anda bayangkan barisan manusia pelbagai ragam dari Adam a.s hingga ke akhir zaman menanti saat dihitung di sana kelak? Di sini, mungkin masih mampu meletakkan enak punggung di bangku lembut dialun dengan bisikan angin penghawa dingin. Sebaliknya, apa jaminan yang kita tidak akan diperah dan dipanggang oleh amarah mentari sejengkal di sana nanti? Tika itu datang, alangkah baiknya jika amal dunia datang membantu mempercepat perhitungan untuk menyantap hidangan syurgawi abadi!

Supplementary Exam

Di sini, para pelajar dibenarkan untuk mengambil peperiksaan ulangan (supple) sekiranya gagal buat kali pertama. Ada juga yang mengira diri mereka ‘cerdik’ dengan berpura sakit, mengambil sijil cuti bagi dibenarkan mengambil peperiksaan dengan cubaan pertama. Jujurnya, saya dahulu tidak pernah terfikir taktik ‘sekeji’ ini natijah ketidaksempatan menghabiskan modul pembelajaran yang bakal diuji. Jika terfikir sekalipun, pastinya agenda picisan seperti itu tidak akan menempatkan diri dalam diari hidup dek takut azab Allah. Mungkinnya keputusan akan sedikit baik, tapi tidakkah mereka sedar hasil duit yang bernanah di umbi perut anak isteri kelak itu hasil penipuan hari ini!!

Di sini, ya, kita berkesempatan malah diberikan peluang untuk sekali lagi membuktikan kemampuan kita. Di sana kelak, angkatlah tangan dan suakan kehendak untuk kembali dihidupkan agar dapat menabur pelbagai bakti. Nyah. Mengukir wajah kasihan selepas deretan gambaran dan tempelak azab derita dan amaran singgah di cuping telinga? Hitungkan hidupmu wahai saudara!

Hanya dua gambaran yang saya ingin kongsikan. Jangan dibilang pada banyaknya. Akhirannya, kita kan ditanya sejauh mana bisa kita hadamkan gambaran ini dalam nada keinsafan.

Oh ya. Masih ada sejam setengah. Mungkin bisa terhadam baki Adz-Zariyat lewat muka ke-empat. Saya jauh ketinggalan. Ayuh!

Bit taufeq wan najah fil imtihan..

Fastabiqul KHAIRat !!
A.S

Advertisements

Comments»

1. MoHaZaMiN - May 23, 2009

Salam..
saya tertarik dengan ayat ni

“Jangan dibilang pada banyaknya. Akhirannya, kita kan ditanya sejauh mana bisa kita hadamkan gambaran ini dalam nada keinsafan.”

=D

2. dziauddin - May 23, 2009

nak pheewww lebih panjang lagi…mai la dtg ke uitm..semua paper 3 jam..pheewwww….

3. M.Ridzuan.alKindy - May 23, 2009

Kalau di IPGM semua paper diselaraskan kepada 2 1/2 jam sahaja… Tu pun rasa lama ja dok kat kerusi tu…

4. ibnukhair - May 24, 2009

Salam Ammu Hafiz,

JazakAllah for ziarah. Moga kita menjadi golongan yang bekerja!

Ustadz Din, ammu al-Kindy,
InsyaAllah 2 atau 3 atau berapa jam sekalipun, jika digunakan untuk kemanfaatan diri dan sejagat, pasti “pheww” menanti di pintu syurgawi…

Ayo!
S.K.K.R


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: