jump to navigation

Begitu Murabbiku .. July 8, 2009

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah.
Tags: ,
trackback

Da’wah tidak hanya terhasil dengan adegan cuba-cuba. Da’wah tidak juga terhasil dengan telahan dan agakan. Da’wah juga tidak akan melarut dengan keadaan dan tekanan keadaan. Da’wah tidak berkehendakkan kepada mereka yang gagal dan enggan memahami jalan yang ditunjuk para Nabi.

Sungguhpun begitu, formula kebangkitan telahpun dilakar berzaman. Sejarah yang panjang mencatatkan sunnatullah perjuangan yang harus ditekuni rantaiannya tanpa lelah. Para dai’e harus berkeupayaan meniru sehabis baik. Tanpa sedikitpun mencampakkan agenda perubahan ini atas dasar ianya lapuk ditelan zaman. Menginginkan suatu dengan jalan pintas lantas memacu agenda peribadi bukanlah satu idea baru. Ia ibarat mengukir senyum di atas pepasiran di gigi pantai. Pantas, namun gak bisa bertahan dilanda badai.

Sepanjang pengamatan di atas jalan ini, mereka.. murabbiku berkongsi satu peribadi yang sama. Dan kini, aku menjejak tapakan mereka sambil sesekali turut memastikan kesan tinggalanku kemas menongkah lukisan cerita yang mendepan. Begitu murabbiku..

Mungkinkah mutarabbi didikku bakal tercetak dengan didikan sebigini rupa. Kudo’akan agar kalian tidak keciciran. Senantiasa sabar dan tabah. Tajamkan pandangmu, asahkan dengarmu, banyakkan tanyamu, perbaiki amalmu, sebarkan akhlakmu.. duhai mutarabbiku. Muga kalian jadi lebih hebat dari apa yang kalian saksikan pada kehidupan murabbimu.

Ayuh mutarabbiku, kita bina rijal sejati !

Membina Generasi Harapan,
AbuSafiyyah.

Advertisements

Comments»

1. akubersaksi - July 8, 2009

salam..

Alhamdulillah..

hidupku kini lebih bererti kerana

bertemu murobbiku..

2. ibnukhair - July 9, 2009

Salam Ustadz Azroy yang melontarkan pandangan..

Terima kasih sudi bertandang. Muga rahmat Allah bersama ustadz.

Tidaklah termaktub dalam mana-mana kitab orang yang ada dalam “usrah” masuk syurga.. tetapi akhirnya tidak kira banyak manapun amal kebaikan, akhirnya syurga itu milik orang yang punyai redha Allah SWT.

Justeru, tugas kita adalah mencari sebaik mungkin kepada permasalahan sebenar ummah hari ni dan bekerja ke arah penyelesaiannya. Untuk cerita Yahudi tu, saya pun nak tau kes yang mana satu? Nak juga dengar cerita tu:) As of now, takut kita terkesima dengan israeliyat (cerita rekaan) lantas menjadikan kita tidak berapa bijak untuk membandingkan cerita yang tidak sama pentasnya.

Perenggan pertama juga tidak cuba mensucikan mana-mana golongan tetapi lebih bersifat teguran kepada mereka yang memilih jalan ini dan mengelirukan orang dengan pandangan mereka sendiri. Saya amat bersetuju dengan Ustadz Azroy yang mungkin telah disalahertikan pengertian sebenar “usrah”. Moga golongan yang sebegini (dan juga kita) beroleh hidayah Allah hendaknya.

York ustadz, kita join smart circle anjuran i-Smart malam ni di Sri Ruby..

Allah juga yang Maha Mengetahui,

Fastabiqul Khairat!
A.S.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: