jump to navigation

Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H August 5, 2009

Posted by ibnukhair in Aktivisma, Umum.
Tags: ,
trackback

SPR2009Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh… Allahumma balighna Ramadhan.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.

InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H tanggal 16 Ogos 2009 ini bertempat di Masjid Al-Azim.

Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H

Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka untuk bersama merasai kerinduan bertandangnya bulan mulia ini disamping memberikan peluang para hadirin mendengar perkongsian ilmu juga melangsaikan segala kemusykilan yang sekian lama bersarang di lubuk hati berkisar perihal Ramadhan.

Justeru, menjadi harapan agar sidang pembaca budiman dapatlah kiranya menghebahkan di laman masing-masing dengan meletakkan poster mahupun animasi banner. Hanya pada Allah kita mengharapkan ganjaran, insyaAllah. Di bawah saya kongsikan satu layangan warkah maya dari sabahat saya untuk sedikit kita membakar semangat berlumba-lumba mengejar kebaikan dalam bulan Ramadhan. Semoga bermanfaat

***

Universiti merupakan institusi pendidikan yang menyaksikan kelahiran graduan pelbagai bidang dengan masing-masing menaruh harapan untuk diterima bekerja usai majlis konvokesyen. Selama 4 atau 5 tahun kita di universiti pelbagai ilmu telah kita tekuni drpd guru-guru yang mahir di dalam bidang masing-masing. Kita kena datang kelas, buat assignment, projek, ambik ujian, kuiz, buat kerja rumah dan antara yang menakutkan final exam. Semua kesusahan yang kita lalui merupakan halangan awal buat kita mencapai segulung ijazah. Ijazah melambangkan yang kita telah berkelayakan untuk menempuh alam pekerjaan dalam bidang yg kita ceburi; samada agama, kejuruteraan, akauntan, ICT dan lain-lain.

Jangan kita lupa ada yang terkandas separuh jalan semasa di universiti sehingga tidak dapat mencapai apa yang diimpikan iaitu menggengam segulung ijazah yang menjadi harapan ibubapa tercinta. Memanglah untuk mendapat sesuatu yang baik itu memerlukan pengorbanan yangtidak terhingga sehingga kita sanggup berjaga malam, kurang makan dan bertungkus-lumus untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan projek, assignment dan sebagainya. Semua itu adalah lumrah kehidupan sebagai seorang yang bernama siswa/i.

Ikhwanu Fillah,
Hari ini 5 Ogos’09 bermakna kita masih ada dlm 17 hari saja lagi untuk memasuki atau register sebagai pelajar di madrasah yangbernama Ramadhan, insyaAllah. Sekiranya diizinkan oleh Allah untuk melalui pengajian atau kuliah di madrasah Ramadhan ini maka kita seharusnya merasa bersyukur kerana terpilih sebagai antara pelajar yang bertuah pada tahun ini kerana diterima masuk.

Nah! apa yang kita tunggu lagi…inilah peluang kita untuk kita score A dalam kuliah di madrasah Ramadhan dan kita berpeluang utk menjadi pelajar cemerlang atau menggapai Dean’s List pada tahun ini. Adakah kita bersedia dari sekarang? Sudahkah kita menyiapkan pen, pensil dan buku catatan untuk kita hadiri kuliah-kuliah yang bakal diadakan? Apakah mungkin madrasah Ramadhan yang akan kita tempuhi kali ini insyaAllah akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?

Tepuk dada tanya iman..

[disaring bebas dari karya nukilan al-Akh Zakaria]

Salam Sya’ban
A.S

Advertisements

Comments»

1. danial - August 6, 2009

Subhanallah

pejam celik pejam celik..
tidak sangka cepatnya masa berlalu.
Sampai juga kita dari Shah Alam ke Madrasah Ramadhan di MMU..hehe

2. kandahlawi - August 16, 2009

hua..tkleh join program tu~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: