jump to navigation

Chasing the Game of Ramadhan August 18, 2009

Posted by ibnukhair in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Perjuangan Belum SelesaiChua, go go, tinggal bola tu.. biar aku baling..” teriakku lantang sambil langkah mengayun deras. Laju tapakku mengutip bola yang keluar padang. Separuh masa kedua berbaki 10 minit. Ketinggalan 1-2 kepada pasukan lawan bukanlah suatu yang diinginkan. Apatahlagi, tikamana ketinggalan seperti itu, masih mampu berjalan longlai mengutip bola. Itu mungkin. Mungkin hanya jika pasukanku mendahului lawan. Teknik melengahkan permainan. Pengaruh BPL barangkali…

Selaku general midfield di atas padang, tugasku untuk mengerah segenap ahli pasukan, kiri dan kanan, atas dan bawah terus berjuang ke titisan peluh terakhir terasa berat.  Namun motivasiku cukup jelas. Kekalahan tanpa usaha tidak sama sekali. Terkadang mereka terlupa yang mereka sedang ketinggalan. Santai. Perlu disergah. Terkadang pula terlalu berlengah mengatur serangan dan lorongan sedangkan masa terus berdetik. Sesekali perlu juga diperingat. Serak juga jadinya kotak suara…

Itu cerita bola…

Alangkah indahnya jika perasaan setiap Muslim dalam menghadap bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini dengan kesungguhan seperti itu, malah harusnya lebih baik lagi. Berlumba-lumba ke arah kebaikan. Penat lelah ditolak ke tepi. Tiada istilah separuh masa pertama mahupun duduk dalam keadaan mendahului pasukan lawan. Natijahnya, sikap berlengah dan santai akan menghuni diri. Menukar proaktif kepada pasif.

Sebaliknya, jiwa Muslim merdeka senantiasa merasai keberadaan suasana kejar mengejar yang tiada tali penamat. Bersaing dengan hari-hari berlalunya Ramadhan. Berapa muka kalam Quran sudah dikhatam. Berapa malam sudah terisi dengan qiyamullail. Berapa kantung telah terisi dengan sedekah. Berapa puntung rokok mahupun kenakalan yang telah dilontar jauh. Berapa masa terdetik telah terhuni dengan kehambaan mendamba maghfirah Tuhannya.

Merasa diri tidak pernah cukup dalam aspek melakukan ketaatan mahupun merebut segenap hadiah cenderahati dari Tuhan yang Esa merupakan antara titik tolak yang mampu mengangkat motivasi diri untuk terus memperbaiki diri. Apatahlagi di kala bulan barakah menjengah dengan pelbagai intensif yang menggiurkan. Janji gandaan yang hanya sah dalam tempoh 30 hari. Kalaulah diskaun 70% tatkala musim perayaan MegaSales Malaysia mampu menarik manusia berbondong-bondong mengheret plastik pelbagai warna. Apakah janji Allah ini hanya mampu diintai dengan sebelah mata?

Kalimah “la ‘allakum tattaqun’ menunjukkan bahawa semangat dari kewajipan puasa ialah melahirkan graduan yang beroleh segulung ijazah taqwa hasil kursus, latihan, dan kem selama 30 hari di universiti Ramadhan ini. Justeru, meletakkan diri dalam posisi senantiasa menginginkan kebaikan sehingga ketemu Allah seharusnya memenuhi agenda kehidupan seorang yang bergelar Muslim.

Makanya, ayuh kita penuhi madrasah Ramadhan kali ini dengan semangat seperti ini. Merasakan diri ketinggalan amalnya. Terus istiqamah dengan pelbagai projek Ramadhan dan tidak lagi hanya terkesan pada awal sehari dua permulaan dan kelaknya melabuhkan punggung mencari kerehatan kerna disangka sudah berguni pahala terkumpul.

Ahlan Ramadhan

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat pengunjung budiman. Moga Ramadhan kali ini menjentik hati-hati kecil kita untuk memperbaiki ketaatan kepada Allah dan Rasulnya dan terusan memperjuangkan survival ummah.

Allahumma Balighna Ramadhan !!

Fastabiqul Khairat!!
A.S

Advertisements

Comments»

1. danial - August 18, 2009

kena import coach ni..

ibnukhair - August 18, 2009

Salam Ammu Danial..

Nak coach apa tu.. Kalo nak coach buat demo tak mau aaa… Tapi kalau nak coach buat dakwah ok… Hehe..

Tapi ammu Danial power je tengok hari tu main.. Superb!

SKKR

2. al-kandahlawi - August 20, 2009

saya selaku bekas defender bersedia utk mengejar bola 😀

lets star chssing! all out!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: