jump to navigation

Lajukan Langkahmu.. Jalan Masih Jauh! September 3, 2009

Posted by ibnukhair in Jalan Da'wah, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
trackback

fastabiqulkhairat1

Saya kira ianya fenomena yang agak memeritkan. Kebanyakan subjeknya orang kita. Orang kebanyakan menggelarkannya sindrom “orang Melayu”. Malahan, lebih memeritkan ianya turut menular pada jiwa mereka yang ingin berbuat kebajikan. Saya adakalanya begitu. Tulisan ini menuntut diri saya berubah. Jika anda terkesan, mari berubah bersama saya!

Tika pulang pasca Merdeka tempohari, kereta Kelisa tua saya menderu laju membelah angin pagi. 120 dan 130 menjadi nombor bidaan. Ada bicara butuhkan kesegeraan. Bergerak sesudah Subuh setelah peluk cium bersama keluarga tercinta.  Tidak selalu pulang ke kampung. Makanya, waktu yang sedikit itu harus dioptimumkan agar abah dan emak tidak berkecil hati.

Mengetahui jarak jalan yang masih panjang dengan bebanan usaha untuk mengekalkan kesegaran sehingga destinasi yang dituju tiba mengkehendaki saya untuk bersedia awal. Mengetahui kepentingan untuk berada tepat atau setidak-tidaknya dalam lingkungan 15 minit (frasa yang tidak sepatutnya menghuni kotak minda) dari aturcara penganjur menjadikan otak saya ligat menghitung kelajuan dan baki kilometer perjalanan. Ia cerita tentang asimilasi kepentingan sesuatu objek, kejauhan capaiannya serta reaksi sikap saya terhadapnya.

*****

Kring.. Kring….

Saya mengerling ke arah OMNIA lusuh. Tertera jam 08:50 pagi. Waktu Malaysia.

“Akhi, berapa orang nak ambil?” ujar seorang ikh lewat cerobong pembesar suara OMNIA.

“5 orang. Boleh aturkan. Ana ada kat highway lagi ni. Satgi sampai tol dah ni…” balas saya.

“Enta kat mana? Bukan start kol 9 ke?” soal saya menyambung.

“Oh, ana ada kat rumah laie ni… Satgi gerak”

*****

Saya kurang pasti. Tapi, pemerhatian saya mengiyakan akan sikap dan budaya yang perlu dianjak biar berdikit. Terutamanya, perihal sosok keperibadian seorang dai’e yang perlu menonjolkan qudwah kesungguhan. Apatahlagi jika berbincang perihal rakus terhadap masa. Saya sendiri adakalanya begitu.

Menyedari jarak destinasi hanya 10 minit dari rumah, terkadang hanya memberi diri setepatnya 10 minit untuk memulakan gerakan pertama dari rumah. Entah apa yang mengikat. Mungkin juga dari 10 minit ditambah sikap takpa.. terus melanjut kepada sisa masa berbaki 9… mungkin juga 7 minit…

alaa…. ikhwah.. biasa aaa… asyik aku je datang dulu..” ditambah faktor hati yang cuba membisik nakal.

Dan, acapkali didapati orang yang jauh datang awal, bahkan terlebih awal. Dan yang dekat terus melewat. Percaturan jarak destinasi dan timbal balik sikap yang perlukan teguran.

Makanya, buat para dai’e (terutama diri yang hina ini), apakata kita majukan sedikit momentum transformasi Ramadhan ini ke arah mengubah sikap kita yang kerap mengambil enteng tentang ketepatan masa dek percaturan jarak  yang menyasar. Adalah harus untuk dipastikan membiak di dalam diri kita sikap melajakkan sesuatu lebih awal seumpama kita datang dari tempat yang jauh dan justeru memaksa kita berkejar-kejar menyungguhi setiap minit yang berbaki. Buangkanlah sikap, alaa takpe.. ada 5 minit lagi.. sempat ni… alaa.. abi kan bawak cam Alex Yoong.. sempat lah sampai.. rumah kita dekat je

الوَاجِبَات أَكْثَرُ مِنَ الأوْقَات…فَأَعِنْ أَخَاك على الاِنْتِفَاع بِوَقْـتِهِاَ

Kewajipan lebih banyak daripada waktu..maka bantulan saudaramu dalam memanfaatkan waktunya.

Begitu pabila kita merenung nasib ummat. Tikamana kita bersetuju bahawasanya Ustaziyatul Alam  (kepimpinan tamadun manusia) yang kita impikan masih jauh. Masih wajarkah gerak longlai hayunan tangan berlenggang menempatkan diri dalam aksi seharian kita? Justeru, destinasi yang jauh seharusnya menggerakkan kita untuk mengambil inisiatif untuk terus bersegera dalam sebarang agenda kehidupan, apetahlagi yang melibatkan gerak kerja berpersatuan. Nah, jangan disalah tafsir. Destinasi yang dekat pula tidak sebaliknya bermaksud kita harus memperlahankan momentum, bahkan seharusnya lebih giat dan rakus melajukan langkahan.

Andaikata kita tahu dan sedar  bahawa kematian itu sangat hampir, nescaya kita tidakkan mampu melengahkan masa yang ada dengan bermalas-malasan …

Tentang Ramadahan kali ini. Teringat sajak saya pasca Ramadhan lalu. Saya sudah ketinggalan 3 tiang dalam perlumbaan dengan fajar Ramadhan. Aduhai. Lajukan langkahmu!!

Fastabiqul Khairat !!!
A.S.

P/S: Cerita perbualan di atas adalah imaginasi penulis. Mungkin pembaca mahu menukilkan kisah yang boleh dijadikan iktibar.

Advertisements

Comments»

1. kasyah - September 3, 2009

salam…

masa itu seperti emas. setiap insan mempunyai waktu yang sama, cuma terpulang kepada setiap individu untuk mengisi waktu tersebut…=)

jazakallah…

ibnukhair - September 3, 2009

Thoyyib .. thoyyib Ammu…

Isunya di sini ialah dah bereh dah part nak isi masa dengan benda berfaedah.. tapi masih melengah 🙂 Pon tak berapa baik jugak.. Benda yang bermanfaat harus dikerjakan segera.. iyaaah.. fastabiqul khairat (berlumba-lumba lah kamu mengejar kebajikan….)

Jangan merempit sudah ye ammu!

2. emir.abu.khalil - September 3, 2009

bismillahi summal hamdulillah,

ana kira satu tulisan yang amat baik. amat penting bagi para ikhwah untuk menjadi dan menunjukkan qudwah yang baik. apalagi tatkala nanti memimpin masyarakat, sekalipun keluarga sendiri. budaya masyarakat jepun yang selalu berada awal 10 minit sebelum waktu yang dijanjikan tiba tidak salah andai kita ambil untuk dijadikan satu amalan…

bekerja dan berkejarlah, kerana ganjaran hanya bagi mereka yang beramal dan bersungguh…

akhuka fillah

3. Danial - September 3, 2009

jauh lagi perjalanan…jauhnye melaka dari shah alam

4. aizam - September 3, 2009

“masa itu emas” satu analogi yg dicipta barat. Emas bersifat keduniaan. Makanya kita rugi mengejar dunia semata.

Bak kata as-syahid imam Hassan Al Banna ” masa itu kehidupan”. Ia.. setiap saat kita itu, adalah kehidupan kita. Rugi sesaat, rugilah sesaat kehidupan kita.

Sesaat yang telah berlalu tak dapat dibeli oleh segunung emas.. => fikir-fikirkan…

5. mursyidi - September 6, 2009

” Saya adakalanya begitu. Tulisan ini menuntut diri saya berubah. Jika anda terkesan, mari berubah bersama saya! ”

Mari sama2 kita berubah…

6. ibnukhair - September 6, 2009

Ammu..

Ngak tidur lagi.. atau menunggu acik Noni di balik kuak pintu dengan penuh senyuman dan hati berbunga riang…

Aduhai….

SKKR


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: