jump to navigation

Promosi Seumur Hidup October 2, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Celoteh.
Tags: ,
trackback

Ini bukan cerita promosi perabot. Hari raya dah masuk minggu kedua. Juga bukan promosi tiket kapal terbang AirAsia ke Old Trafford. Ia cerita pembugaran dan rejuvenasi kehidupan.

Sketsa Pagi Sabtu

“Ummi bawak plastik apa tu?”

“Ni haa.. ambikkan belon tuk Safiyyah. Tumix buat promosi, bagi perencah ajinomoto sekali ni”

“Bukan ke ajinomoto termasuk dalam barangan yang kita boikot?”

“….”

“Hmm.. dia nak promosi lah tu. Biasalah, mesti rugi banyak dah kene boikot. Nak kasi nama up balik, kenelah bagi percuma.. “

“Samalah apa-apa produk lain pon yang. Maggi, Bata, Colgate, Pampers… walaupon generasi seperti kita dah kenal dan melekat dah kat kepala sejak kecik lagi, belum semestinya generasi muda macam Safiyyah akan terus kenal produk produk tu. Kena selalu dan terusan dibuat promosi dan iklan. TV, media cetak dan sebagainya.”

“Kalau tak, boleh bungkus bisnes dibuatnya.”

Itu ceritera Sabtu lepas. Usai berbelanja barangan dapur untuk resepi rumah separa terbuka, kami berbual seperti biasanya. Dan seperti lazimnya, kehidupan yang berlalu pantas di depan mata harus disaling kaitkan dengan bisikan ruhiyyah. Kacamata agama pendeknya. Agar ia membekas kekal. Terpasak dalam akarnya, mengesani dan mempengaruhi lagak seharian.

Promosi Beragama dalam Kehidupan

Alaa.. abang Ngah dah besau panjang maknya. Dah masuk U pun. Takda apa nak dirisaukan lah. Pandailah dia jaga diri tu….

Sepertinya pernah didengar klise di atas. Bujukan si abah. Harapan dan kepercayaan menggunung yang dibahukan kepada anak kesayangan. Pun begitu, kepercayaan yang sedemikian kerap bertukar menjadi rengusan tak sudah. Didikan beragama yang seolah terhenti pada satu ketika mungkinnya kelak kan memakan diri. Saya kerap berhadapan kes seperti ini. Siswa yang kononnya sudah bijak mengatur urus kehidupan. Akhirnya tertewas kerana putusnya tarbiyah keTuhanan. Menyangka diri sudah mendap dan tepu dengan ilmu agama menjadikan mereka bersahaja dalam aspek keazaman memperbaiki diri setiap masa.

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Abi, Jangan Lupa Tarbiyyah Kita Tau

Hal ini tidak terkecuali buat sang dai’e. Agak dangkal meletakkan sangkaan anak-anak kita mampu terus thabat dalam jalan ini tanpa pantauan yang menyeluruh. Panji da’wah harus terus mapan berkibar dan seharusnya dipastikan semakin tinggi. Justeru, anak-anak kita ini tidak harus jemu ditarbiyyah selagi nyawa dikandung badan.

Kerisauan saya singgah tatkala melihat mutu pemuda pemudi Islam yang semakin sirna. Tragiknya, pabila melihat ayah berketayap putih dan ibu bertudung labuh. Masakan cetakan anaknya sedemikian rupa. Justeru, buat ibu dan ayah di luar sana, nasihat saya teruskanlah mengesani anak kita sehingga salah seorang di antara kita mendapat panggilanNya. Kerapkan, laburkanlah barang sesen dua menelefon anak mahupun ziarah bertanya khabar.Ia tidak sahaja untuk anak-anak, bahkan dalam konteks lebih luas meliputi timbal balik suami isteri, majikan dan pekerja, anak dan ibubapa.

Kita punya Harapan Besar

نُرِيْدُ دُعَاةَ مُسْلِمِيْن لَا مُسْلِمِيْن فَقَط

Kita mahu menjadi du’at (pendakwah) untuk orang Islam bukan menjadi orang Islam sahaja

Kita punya mimpi indah. Ingin melihat sinar Islam menerangi alam. Ini bukan cerita dongeng. Ia suatu kepastian yang dijanjikan. Makanya, kerjanya pasti menuntut komitmen yang tinggi dan tiada kesudahan. Sambung bersambung merentas generasi. Kita bukan memasarkan produk biasa. Kita punya jenama yang amat hebat cetakannya.

Promosi Islam tidak akan terhenti setakat tarbiyyah kendiri.
Promosi Islam tidak pula melambat tatkala rumahtangga Islam sudah tegak berdiri.
Tidak juga promosi ini terhenti tatkala masyarakat sudah mula memerhati simpati.
Perlu terus diperhebat tatkala khilafah sudah kukuh berpaksi.
Nah, jangan dilupa tatkala puas hati memamah diri, pastikan tragedi lama berulang kembali.

Ayuh sahabat yang saya kasihi, hidupkan promosi ke arah amal Islami tanpa mengira sempadan masa, geografi, dan generasi. Makin hebat si penjual, makin hebat penerimaannya. Bahu membahu, kukuhkan saf… ayuh kita martabatkan kembali produk ini kembali ke tangga asalnya.

Al-Islam Huwal Hal !!

Wassalam,
A.S.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: