jump to navigation

Dare to Hope … October 23, 2009

Posted by ibnukhair in Celoteh, Sketsa Kehidupan.
Tags: , ,
trackback

Sudah seminggu berlalu..

titikMasih jelas dalam ulang tayang kotak minda perihal seorang lelaki muda. Ianya kisah hari Jumaat yang lalu. Lebih spesifik, ianya gambaran kefahaman yang sahih tentang isi cetak al-Quran al-Kareem.

Dia bukan pemuda Melayu yang biasa saya kenali. Malahan, susur galur keturunannya bernoktahkan singh. Saya mengenali pemuda ini lewat Ramadhan yang lalu. Mengucap syahadah tika Ramadhan mula menjenguk, awal 6 hari. Ada pemandangan yang begitu menarik hati saya. Tatkala azan panggilan orang mukmin berkemundang di hari Jumaat, tikamana orang-orang yang kulitnya sama warna dengan saya masih mampu berlenggang kangkong, malah ada yang masih terselit puntung di bibirnya, beliau saya lihat sungguh istimewa. Beliau berlari !! Dan beliau berlari dengan sesungguhnya!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Saya sempat menegurnya Rabu yang lalu. Tika kami selisih dan bersama mengayun langkah ke Majlis Jamuan Raya. Majlis yang sepatutnya bermula jam 12 akhirnya hanya bermula jam 1250. Al maklum lah, saudara lebih faham dari saya. Justeru, kiranya anda orang yang berada di atas dalam mana-mana organisasi, maka tugas lebih berat. Contoh perlu ditunjuk dalam alam realitas. Sepanjang menunggu kami berborak rancak. Saya cuba mengorek rahsia.

“Brother, I just wondering lah… Why people don’t want come to masjid. Masjid besar, luas.. and tenang.. Bukankah, when azan kita kena stop semua kerja kita dan pergi ke masjid?”

Saya terkedu.

“Brother, I dare to hope and keep hoping that a born Muslim like me would have the level of understanding such as yours…”

Sejurus majlis bermula, kami cepat-cepat mengambil makanan. Dzuhur mengintai.

“Brother, I see you in masjid cay”

“Err..”

Saya melihat dia hanya mengambil 5 cucuk sate dan terus bergegas ke masjid. Saya masih ada beberapa potong nasi impit dan seketul ayam untuk dihabiskan. Ah, silap sendiri. Semangat dan kefahaman yang harus dicemburui. Saya melajukan kunyahan.

Saya mendo’akan agar saudara baru saya ini istiqamah. Memeluk Islam setelah mengkaji dalam dan kini berusaha memahamkan ahli keluarganya. Saya jujurnya berharap saya dan para pembaca dapat mencontohi beliau. Baru belajar tidak menjadikan beliau kurang faham dari orang yang sudah separuh abad membawa IC bercopkan Islam. Kesungguhan menterjemahkan isi Quran itu yang akhirnya menentukan timbangan akhirat kita.

Hari itu. Ianya berakhir dengan berduyun manusia sawo matang berbaris merebut nikmat sate dan lontong sedangkan rahmat Allah hanya  mampu menggiurkan satu saff manusia. Itupun boleh jadi cukup kiraan jari tangan dan kaki barangkali.  Namun, saya masih berharap dan akan terus berharap.

Wassalam,

Salam Jum’atil Mubarakah,

A.S.

$pkš‰r¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) š”ÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó™$$sù 4’n<Î) ̍ø.ό «!$# (#râ‘sŒur yìø‹t7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
Advertisements

Comments»

1. emir.abu.khalil - October 23, 2009

nak jumpa dia?! nanti bawa ana eh?!~ =P

ibnukhair - October 23, 2009

Turun Melaka Sheikh.. Bukan jauh sangat dengan rumah tu.. Hehe..

He searching for a agamawan like you to teach him Quran … God bless.

emir.abu.khalil - November 11, 2009

akhi, agamawan? apakah? ana tak percaya kepada kewujudan terma tersebut dalam konteks jemaah, sedang semua ialah pendokong risalah… =) jumpa di Melaka.

ibnukhair - November 13, 2009

Tepat sekali. Sebab tu laa ana panggil cikgu Azmir agamawan. Cikgu bukan sekadar cikgu. Hehe.. Tengah tunggu ustadz yang boleh pulak digelar IR !!

emir.abu.khalil - November 13, 2009

=D

2. iwa - October 23, 2009

saya rase say pon makin jauh.belom lg keje.mase study pon solat cepat2 sebb lewat nk gi klas.puasa 6 tak buat langsung sebab penat sgt kena pulak time surgery posting.quran seminggu sekali je.

ibnukhair - October 23, 2009

Salam Mok Teh,

Asalkan ada keinginan untuk berubah.. perlu terus disertakan mujahadah yang berterusan.. Syaitan akan terus menggoda.. Itu janjinya.. So, pokoknya.. bila kita rasa kita orang Islam yang bertanggungjawab, harus ada usaha ke arah memperbaiki keazaman dan iltizam terhadap gaya idup Islam.. Dari tak bertudung ke bertudung.. ke bertudung mengikut apa yang diperintahkan…

Dari Quran satu page ke Quran satu juzuk.. ke hafalan dan seterusnya.. Hehe.. Kita kan Islam… Jom membaik!!

3. Addin - October 29, 2009

teruskan mengharap..

ibnukhair - October 30, 2009

Harapan, Usaha Konsisten + Doa …

😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: