jump to navigation

Memoir Da’wah I November 13, 2009

Posted by ibnukhair in Aset Kehidupan, Jalan Da'wah.
Tags: , ,
trackback

Peserta terbaik Mukhayyam ISMA Zon Selatan kali ini bagi tahun 2009 dengan tema “jiddiyah” adalah kapten bola kita semalam, merangkap ketua pasukan at-Tajarrud..” umum Kem Komandan bersama, al-akh Arif.

Telingaku cuba menangkap kemas. Punggung yang baru hendak dilabuhkan setelah pulang dari mendapatkan hadiah kumpulan kedua terbaik sepanjang perkhemahan kali ini hampir saja tersasar dari tapak tujunya.

Pemilihan kali ini berdasarkan “jiddiyah” yang ditunjukkan oleh kapten kita, sungguhpun diberikan team separuh kuyu, beliau tetap berusaha keras di atas padang.. ” pandai sungguh Arif mengatur kata. Entah ya entah tidak.

Di jemput akh Khair untuk menerima sedikit buah tangan..” ujar Arif makin bersemangat.

Bola Mukhayyam ISMA Zon Selatan

Rasa Kerdil

Jiddiyah = Kesungguhan = Keseriusan = Kerja sampai nak ‘mati’. Anugerah bukan untuk dikecapi. Bahkan untuk diteladani. Anugerah bukan untuk dijaja tetapi ianya lebih kepada seruan agar lebih bertanggungjawab.

Saya merasa begitu kerdil. Masakan bisa dianugerah satu memoir yang bermakna di hadapan barisan murobbi yang bukan calang-calang hebatnya. Ada yang bakal mencecah 50-an tapi lagak di padang tempur gaya Laksamana belasan tahun. Masih ramai yang lebih layak. Ada yang sudah beranak 13, namun fokusnya tidak sedikitpun lari dari as-solah dakwah. Justeru, saya kejapkan pijak di bumi yang nyata.

Realitikan !

Sepanjang jalan pulang, fikiran menerawang jauh. Pengumuman Arif tatkala Mukhayyam melabuh tirai adalah satu amanah. Sukar justeru perlukan kesungguhan. Sikap bermalas harus ditolak jauh. Tidur yang panjang harus dikejut. Motivasi harus terus utuh. Tarbiyyah dzattiyyah perlu cepat diposisikan setepat dan sepantas yang mungkin dalam keperibadian harian. Orang putih kata “Live up to expectation!

Jiddiyah dalam arena dakwah harusnya menuntut kerahan tenaga yang tersusun. Kerja di ofis dengan perancangan kedoktoran yang masih belum selesai perlu seimbang dengan lajunya derap tapakan di atas jalan dakwah. Biah sekitar rumah tangga yang sudah menjejak usia 3 tahun harus juga mendapat perhatian secukupnya. Apatahlagi dengan si kecil yang semakin petah bicaranya dan keahlian yang akan semakin bertambah sedikit masa lagi. Tawazun dalam kesungguhan.

Saya lebih terpandu. Ini barangkali yang orang dulu-dulu katakan sebagai blessing in disguise.

Mukhayyam ISMA ZOn Selatan

Petanda Baik

Adanya yang terbaik tidak memaknakan yang lain tidak bermutu. Saya lebih cenderung menggambarkan bahawa di sana ada si nombor dua dan yang lainnya menolak begitu kuat. Menjadikan persaingan lebih sihat. Benar, kita tidak menginginkan sebarang penghargaan untuk memartabatkan kembali kemuliaan dakwah ini, namun di sana ada ibrah yang wajar disyukuri.

Budaya menunggu. Budaya biar orang lain buat dulu. Budaya berpada dengan apa yang ada. Budaya asalkan buat. Ini budaya yang mungkinnya budaya kita dan harusnya kita ikhtiarkan penyisihannya dari kamus hidup. Sudah lupakah kita ungkapan keramat,

“Tiada ithar (mementingkan saudara) dalam perkara soleh!”

Saya jujurnya mengharapkan ianya bukan retorik. Ianya menggambarkan sekumpulan masyarakat dakwah yang faham erti kesungguhan dalam pengorbanan. Saya positif. Saya yakin bahawa yang lain punyai jiddiyah yang bahkan lebih dari diri kecil ini. Nah. Kiranya ini berlaku pada semua da’ie, tidakkah ini suatu sisi pandang yang wajar disyukuri?

Muhasabah

Ini bukan hanya satu lagi dari deretan cerita perihal si dai’e kaki bola. Ia perihal susuk tubuh yang senantiasa inginkan kemuliaan dalam perjuangan. Ianya darah pejuang dan roh baru yang mengalir dalam diri. Dihambur dengan penuh kasih sayang untuk dinikmati. Aura kesungguhan, percikan imani yang ingin dikongsi.

Ayuh para dai’e. Paradigma bermalasan buangkan jauh. Usah diambil enteng perihal kecil biarpun ianya sudah sinonim dengan kehidupan. Biar sekecil manapun ia pada pandangan manusia, bisa sahaja ia menjadi besar di hadapan Rabbul Izaati barakah jiddiyah yang tertanam utuh. Tunggu apa lagi?

Terus Jiddiyah,
A.S.

Advertisements

Comments»

1. danial - November 13, 2009

nicely illustrated.pengalaman yang menarik utk dikongsikan bersama para pembaca.

2. ismirieya - November 14, 2009

Salam ‘alayk..

Uh. Tahniah kat abi Safiyyah eh..

Em. Jiddiyah. Muga bukan sekadar retorik.. Berusaha!

Jum balik Tunggal tunggang beskal baru tuh!

ibnukhair - November 14, 2009

Mok Su,

Beskal tu takleh kuar daerah laaa… Mok Su belik satu ar untuk kita.. hehe… Had ada gear naik bukit tu.. Ihiks… InsyaAllah, ada masa kita ketemu! Terus jiddiyah

3. Dziauddin - November 15, 2009

still duduk kat rumah sewa lama kat tmn kerjasama ke ya akhi? insya allah ana pindah melaka 2 minggu lagi..leh main bola tiap2 khamis balik

ibnukhair - November 15, 2009

Salam akhi,

Boleh roger no lama. Duduk rumah sendiri di BBU. Boleh nampak dari jalan Sg. Putat…

Looking forward for striker “veteran” ;D

4. azril'kiara - November 15, 2009

muga istiqomah 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: